Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim
Pada musim panas yang lalu, penulis telah berpeluang untuk memasuki sekolah memandu untuk mendapatkan lesen memandu. Bukan belajar memandu yang ingin penulis ceritakan, namun sedikit pengalaman bertemu dengan segenap lapisan masyarakat ingin diceritakan di sini. Penulis dapat bertemu, berkenalan dan berbual dengan beberapa orang sepanjang tempoh penulis belajar memandu di sekolah tersebut. Antara yang kami bualkan berbunyi seperti berikut :
Special test
Penulis : berapa awak bayar untuk belajar memandu dari sekolah A tu?
Pemudi A : Saya bayar RM XXXX. Saya ambil pakej special, senang sikit. Tak perlu fikir perlu repeat ujian memandu atau tidak.
Penulis : Mahal juga ye sekolah awak ambil. Pakej special? Eeemm, apa tu?
Pemudi A : oo, awak tak tahu ke. Kira pakej tu saya memang gerenti lulus dan memang akan dapat lesen (special test). Ada juga pakej lain yang disediakan, seperti pakej special untuk lesen L untuk gerenti lulus ujian berkomputer.
Penulis : oo, macam tu ye. Tak sangka banyak pakej pula. (penulis bingung)
Penulis juga sempat berbual dengan seorang kakak yang sudah bergelar emak. Pebualan ini adalah hanyalah untuk menduga masyarakat hari ini tentang kefahaman mereka tentang special test. Perbualan kami berbunyi seperti berikut :
Penulis : akak ambil special test ke?
Kakak A : akak ambil je, sebab kalau tak ambil, nanti pegawai tu akan sangat strict dan susah untuk lulus. Nak2 lagi akak ni dah la nervous bila nak ujian. Nanti kerana kesalahan kecil akak perlu repeat. Akak ambil special je la. Tambah RM XXX je pun.
Penulis : oo yeke (penulis bingung lagi)
Hari-hari yang dilalui di sekolah memandu tersebut penulis ceritakan kepada sahabat penulis untuk berkongsi pendapat dan perbualan berbunyi seperti berikut :
Penulis : eh, saya dengar awak nak ambil lesen memandu
Sahabat A : aah, insyaAllah akan start bulan X ni.
Penulis : awak pernah dengar tak tentang special test?
Sahabat A : mestilah pernah. Ramai kot kawan saya yang ambil special test. Kalau tak, agak susah la nak lulus. Saya pun rasa macam nak ambil special test. Malas nak fikir kalau tak lulus
Penulis : Awak nak ambil special test?? Emm, awak agak duit special test dapat dekat siapa?
Sahabat A : aah
Jahiliyah dan kebiasaan
Daripada beberapa perbualan ini, penulis dapat simpulkan masyarakat hari ini kalah dengan kebiasaan dunia hari ini. Mereka juga tidak dapat membezakan antara hak dan yang batil. Saidina Umar pernah berkata :
“Ikatan Islam akan terungkai apabila lahir dalam Islam orang-orang yang tidak mengenal jahiliyah”
“Special test” adalah salah satu jahiliyah dan dosa yang telah mendapat hati dalam masyarakat hari ini dan telah menjadi kebiasaan. Bila penulis fikirkan dan berbual dengan ramai orang, ramai juga daripada mereka yang tidak menyedari bahawa perbuatan itu adalah haram dan berdosa. Malah, ada di kalangan sahabat penulis yang telah bertaubat setelah mengambil lesen gerenti lulus ini beberapa tahun yang lalu dan hanya menyedari perbuatan ini adalah salah setelah mendapat kefahaman dalam Islam dengan betul.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Kesan special test
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit. Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar katanya:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”(Hadis riwayat ath-Thabrani)
Mengenal Islam
Ini adalah sebabak jahiliyah yang melanda masyarakat hari ini. Nampak remeh dan sudah menjadi kebiasaan di luar
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mengampunkan demi keranaku dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan” Riwayat ibnu Majah
“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Merka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta kepada Allah” (al-An’am: 116)
Oleh yang demikian, marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar, bermula dengan diri sendiri dahulu. Kenal pasti jahiliyah diri dan kebiasaan hari ini yang sebenarnya adalah jahiliyah. Tinggalkan kebiasaan yang salah tersebut moga-moga dengan mujahadah kita hari ini dapat menyelamatkan anak cucu kita di masa hadapan dan lebih-lebih lagi menyelamatkan kita di akhirat
Humaira’
0 comments:
Post a Comment