7.24.2011

Ihya' Ramadhan

5.30.2011

Sungguh Mereka Tidak Bahagia

Hai bencana, kerahkanlah semua kemampuanmu
Kamu pasti akan lenyap
Kini tiba saatnya
sinar terang-benderang!


Jangan sekali-kali menganggap bahawa orang-orang yg hidupnya boros dan suka bermewah-mewahan itu akan berbahagia dlm kehidupannya. Sebab kenyataan sebenarnya, gaya hidup seperti itu sama sekali tidak patut dibanggakan.

Orang yang terlalu mengejar kenikmatan & keinginan hatinya, tidak peduli halal & haram, mereka sebenarnya tidak bahagia. Mereka dalam kesempitan, kesedihan dan kegelisahan.

Ingatlah bahawasanya setiap orang yg menyimpang dari aturan Allah, berbuat maksiat tidak akan pernah bahagia selamanya.

Jangan anda kira bahawa orang-orang kaya yg berlimpah ruah hartanya, mereka hidup dlm kesenangan dan kegembiraan. Tidak demikian! bahkan sebahagian orang-orang fakir, yg tinggal di rumah-rumah sederhana, keadaan mereka jauh lebih bahagia drpd mereka yg hidup bergelimpangan dgn kesenangan, berpakaian kain sutera, dan tinggal di bangunan-bangunan yg mewah. Kerana seorang mukmin yang fakir, gemar beribadah, dan tidak mengejar dunia, dan tahu besyukur. Tidak menyimpang keluar dari aturan Allah.

oh, dimanakah tinggal kebahagian yg dicari sebenarnya? adakah dgn cara hanya menjadi fakir??
TIDAK!

"Sesungguhnya, kebahagiaan sebenar itu ada dalam diri sendiri, maka carilah kebahagian itu dgn usaha jerih payah memperbaiki diri, tidak kira di mana pun kita berada"


Semoga Allah mempertemukan kita semua dgn kebahagian sebenar, dlm pencarian Yang Maha hakiki.




5.28.2011

Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang

Seseorang yang sedang sembahyang, akan batal sembahyangnya apabila berlaku salah satu dari sebab-sebab berikut:

1) Berhadas (besar mahupun kecil) - spt keluar mani/terkentut
2) Terkena najis, kecuali najis kering yg dibuang dgn segera dgn tidak memegang atau mengangkatnya
3) Membiarkan aurat terbuka
4) Berkata-kata dgn sengaja
5) Makan atau minum walaupun sedikit
6) Bergerak tiga kali berturut-turut
7) Melompat atau memukul dgn kuat
8) Menambah rukun sembahyang dgn sengaja- contohnya menambah bilangan rukuk
9) Berniat memutuskan sembahyang atau berubah fikiran hendak memutuskannya atau menggantung memutuskannya dgn sesuatu sebab - contohnya berniat memutuskan sembahyang jika hujan turun
10) Berpaling ke arah lain dari kiblat, kecuali sembahyang di dlm kenderaan (spt keretapi/ kapal terbang) ketika bermusafir
11) Murtad (keluar drpd agama Islam)

Sumber: Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu, Ustaz Uzair Taufik
www.jahabersa.com.my

Solat

Dalam mengejar kesempurnaan ibadah seharian, seringkali kita terlupa.. perkara yang paling utama yg menjadi pokok, tunjang, & akar umbi kpd segala ibadah.. iaitu solat! =)

Abdullah Umar r.a mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Seseorang itu bukanlah seorang islam sekiranya dia tidak sembahyang. Kedudukan sembahyang dalam Islam adalah umpama kepala kepada badan"

Makanya, mulai hari ini.. bagi yang belum bermula, marilah kita saling menyeru diri, sahabat, ahli keluarga, sanak saudara untuk sama-sama berusaha memperbaiki kualiti solat kita.

Ya iya dong, Manusia itu kan mudah lupa, & ubatnya kepada lupa hanyalah dengan memberi peringatan. SubhanaAllah. Ya udahlah, ayuh kita saling memberi peringatan! Nasihat menasihati. InsyaAllah! =)

Cukuplah Kemuliaan Anda Dengan Menjadi Seorang Muslimah

Jangan kau putus asa,
kerana tidak melihat jalan keluar,
kalau begitu, di manakah Allah dan takdirnya?

Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpa kita saat kita berjuang di jalan Allah merupakan penebus dosa-dosa kita dengan izinNya.

Bergembiralah dgn khabar dari Rasulullah SAW yg menyebut, bahawasanya

"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat 5 waktunya, dan memelihara kehormatannya,nescaya akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad)

Semua ini adalah perkara yg dimudahkan oleh Allah. Maka ayuhlah, kita sama-sama melaksanakan amalan-amalan ini dgn penuh pengharapan terhadap redha dan ampunannya.
Selagi kita berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, insyaAllah jalan untuk kita menjadi wanita solehah itu dipermudahkan.

Jangan berputus asa, semoga kita nanti tergolong dalam kalangan mereka yang mengikuti jejak langkah Khadijah, Aisyah dan Fatimah- kesayangan Baginda.

5.26.2011

Lebih baik dari ayahku



Petang itu indah dan sungguh menenangkan. Aku dan ibu baru sahaja usai mendirikan solat asar dan membaca mathurat bersama. Sudah menjadi rutin keluargaku, setiap petang kami akan meluangkan masa bersama-sama setelah seharian melakukan urusan peribadi masing-masing. Ayah biasanya akan terus ke masjid setelah habis waktu bekerja dan akan pulang selepas isyak kerana memenuhi undangan masjid untuk menyampaikan kuliah. Ya, ayah begitu sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga tanggungjawab pada masyarakat. Aku kagum dengan keperibadian ayahku yang tidak mengenal erti penat juga bersyukur kerana dikurniakan ayah sepertinya. Begitu juga perasaanku terhadap ibuku. Ibuku bukan sahaja guru di sekolahnya tapi juga guru dirumah. Ibulah yang mendidik kami adik beradik serba-serbi. Akademik, mengaji dan meghafaz Quran, memasak, mengemas dan lain-lain. Didikan ibu tegas tapi penuh kelembutan begitu menambat hati dan mendisiplinkan kami.

Ibu menyediakan pisang goreng dan teh panas sebagai juadah minum petang. Se’simple’ mana pun masakan ibu itulah masakan terbaik kerana air tangan ibu sendiri. Entah mengapa petang itu tiba-tiba terbit kata-kata ini pada ibuku, “hana nak jadi isteri dan ibu sesolehah ibu bila berumah tangga nanti”. Sambil tersenyum ibu membalas, “hana tak boleh jadi isteri dan ibu sesolehah ibu!”. Tercengang aku mendengar jawapan ibuku. “kenapa pulak ibu? Salahkah hana jadi org sesolehah ibu?”. Ibu memang tidak pernah lekang dengan senyuman. “ibu tidaklah sesolehah mana wahai sayangku, hana sebaiknya mencontohi Abdullah Ibn Umar Al-khattab”. “Siapakah dia dan kenapa hana harus mencontohi dia?”, aku bertanya. “ Abdullah Ibn Umar Al-khattab merupakan anak kepada Umar Al-khattab sahabat Rasulullah SAW. Suatu hari, Abdullah menunggang baghal menempuh perjalanan di padang pasir yang cuacanya sangatlah panas. Di pertengahan jalan, Abdullah menemui seorang lelaki sedang berjalan kaki. Abdullah pun turun dari baghalnya dan menjemput lelaki tadi menunggang baghalnya. Lelaki itu berasa hairan dan bertanya pada Abdullah mengapa Abdullah besikap demikian baik padanya. Abdullah menjawab, “aku suka melakukan segala apa kebaikan yang telah ayahku lakukan, dan aku akan lakukannya lebih baik dari yang ayahku lakukan”. Sebab itulah hana kene jadi lebih baik dari ibu, fahimti ya habibi(faham sayangku?)”. Begitu rupanya.

Ibu mahu aku jadi yang lebih baik dari dirinya, masyaALLAH. Bertambah lagi rasa sayang dan kekaguman aku pada ibuku. Mampukah aku menjadi lebih baik dari ibuku Ya ALLAH?. “ibu, doakan hana jadi wanita solehah ye? Dan lagi satu, biar hana yang kemas dapur harini, kesian ibu penat”. “Ibu selalu doakan yang terbaik buat hana, baiknya anak ibu. Ni yang ibu bertambah sayang ni”. Seperti biasa, perbualanku dengan ibu pasti membuahkan pengajaran dan manfaat bukan sekadar bual-bualan kosong. Segala puji-pujian kepada ALLAH yang mengurniakan keluarga yang sakinah dan mawaddah ini.


Dipetik dari http://www.kimsnet.info/v2/2011/05/lebih-baik-daripada-ayahku/

3.11.2011

"Dedikasi buat kamu. Senyumlah ya"

Semoga hari anda ceria selalu, cukuplah supaya Allah sentiasa di hati. Ala-ala iklan tv 9 gitu, "Dekat di hati.." Ingat Dia, nanti hati pun jadi tenang. Ingat bukan setakat di lidah, kiranya, pandanglah sesuatu itu dengan mata hati.. Adakalanya kita terlupa ujian Dia itu untuk jadikan kita lebih bersabar.. Bila kita ingat begitu, insya-Allah hati akan tenang kerana mana mungkin Allah ciptakan segala sesuatu tanpa hikmah-Nya?

"Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada Ku, dan jangan kau ingkar kepada Ku." (Al-Baqarah: 152)

Jangan mengharapkan kepada yang lain, sebab macam mana Allah nak jaga dan pegang erat hati kita serta bantu diri kita kalau perkara lain dah ambil alih tempat yang khas untuk Allah itu, kan? Kebanyakan daripada kita terlalu pentingkan yang luaran, tetapi kecantikan dalaman, iaitu hati selalu terabai..kesian hati..

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Perjalanan ke arah kehidupan yang bahagia hanya akan tamat apabila kita mengambil keputusan untuk berhenti. Kadang-kadang kita terfikir, 'kalaulah aku dapat kehidupan/sesuatu yang orang lain ada, mesti aku akan lebih bahagia..'

Tapi..betul ke pandangan tu? Tak semestinya.. Lagipun;

Setiap ujian adalah nikmat supaya kita lagi dekat dengan Allah. Setiap ujian adalah nikmat supaya kita lagi dekat dengan Allah. Setiap masalah tak semestinya derita. Setiap masalah tak semestinya derita.




Kita selalu anggap pelangi kat atas kepala orang, tak pernah kat atas kepala sendiri. Kadang-kadang tu kan, kita tak sedar, orang yang kita nampak macam paling senang atau bahagia kat dunia ni, tak semestinya dia akan bahagia selamanya. Tak semestinya sepanjang hari tu dia bahagia.. Adakalanya dia sendiri hampir tewas disebabkan ujian hidup yang pelbagai. Tapi disebabkan ketabahan hati yang kuat dan percayanya dia kepada Allah, itulah kebahagiaan yang sebenar..Tak semestinya apa yang kita lihat dengan mata kasar itu merupakan kebenaran yang sebenarnya..

Elakkan daripada terlalu membenci sesuatu perkara itu, sebab boleh jadi itulah perkara yang akan menyebabkan kita makin faham hala tuju hidup ini. Tak semestinya apa yang kita terlalu suka itu akan bawa kebaikan berpanjangan untuk kehidupan ni. Jadi, jangan terlalu suka kepada sesuatu perkara, nanti kita akan benci pula kepada apa yang disukai. Elakkan daripada terlalu membenci kepada sesuatu, nanti silap hari bulan kita pula suka kepada apa jua perkara yang dibenci secara berlebihan itu. Allah lebih mengetahui, dan kita tidak mengetahui.

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)



Kadang-kadang tu, fikiran jadi melayang-layang. Silap hari bulan boleh sampai ke planet Marikh, kot. Itulah sebabnya, kita kena cuba elakkan daripada terlalu berangan-angan, atau terlalu alpa dengan masa lapang. Bukan apa, elok-elok duduk seorang diri, takut-takut nanti setan pun join sekali... parah jadinya nanti.

"yang dilaknati Allah dan setan itu mengatakan,'Aku pasti akan mengambil bahagian tertentu daripada hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka,'..."

(An-Nisa':118-119).


Ada apa dengan ujian hidup?


'Aku dah tak tahu sampai bila lagi aku nak pertahankan kesabaran aku ni. Wujud ke dalam diri aku kesabaran yang tinggi? Mampu ke aku nak contohi Rasulullah saw? Aku manusia biasa. Aku tak tahu sama ada aku mampu nak bertahan lagi. Kekuatan diri makin menghilang. Mana perginya diri aku yang dahulu dapat bersabar? Mana perginya sebahagian daripada kekuatan dalam diri aku tu?? Tanggungjawab semakin bertambah... Ya Allah...sedihnya hati ku...Dan selayaknya, harus aku ubah dari dalam. Segalanya bermula dari dalaman. Perlahan-lahan tak mengapa, asalkan kita berusaha meneruskan suatu perjuangan itu, kerana kita tahu, Allah akan memandang akan usaha kita, bukan setakat hasilnya..''

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,." (Al-Baqarah: 45)

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah:153)

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."

( Ali-Imran:139)




Sedikit kata-kata

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”


“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”


-Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."(Al-Israa':36).

"(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukan-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh."
(Al-Hajj:31)

.

Sedikit petikan daripada sebuah buku.


Tajuk buku: Fikir-fikirlah (Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj)

PENGHARGAAN BUAT DIRI. (m/s 246)
'Kita tak mungkin menemukan daratan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai.'

"HARGAI diri anda. Bagaimanapun anda bersangka yang buruk-buruk tentang diri anda, anda sebenarnya lebih baik daripada apa yang anda sangka itu. Anda tetap ada kelebihan, tetap ada keistimewaan.

Kita jadi tak reda dengan apa yang kita ada apabila selalu bandingkan diri dengan yang lebih tinggi daripada kita. Cuba bandingkan dengan yang lebih rendah daripada kita, kita akan lihat macam-macam kelebihan."

Kesimpulannya


Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Biarlah diri ini kadangkala menderita kini, tetapi, penghujungnya nanti, berbahagia..


Tak semua yang kita rancang akan menjadi. Tapi, andai kita betul-betul ikhlas ingin mencapai sesuatu matlamat itu, sudah pasti Allah akan menunjukkan jalannya. Jika kurang berjaya, atau masih tidak dapat apa-apa yang diingini, bersabarlah kerana Allah sebenarnya ingin memberikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita sering harapkan. Allah tetap sayang hamba-hambaNya.. Tanyalah diri, adakah aku akan tewas dengan pujukan rayu syaitan dan hawa nafsu?



Yours truly,

-Ash Faith '12

May Allah bless~

 

Blog Template by YummyLolly.com