5.30.2010

Kembali

Tugasan, laporan makmal, latihan, ujian dan peperiksaan. Semuanya memeningkan kepala. Menyakitkan mata dilihat timbunan buku dan kertas di atas meja. Issshhhhh, kenapa masih belum tiba masanya untuk tidak merasai semua ini. Kusut, pusing dunia dengan hari-hari yang dilalui. Kadang-kadang terasa kosong, tiada perasaan yang terasa. Sunyi hati bila tahap tertekan memuncak ke puncak tertinggi. Bingung dengan perasaan, jiwa dan fikiran. Mana satu menjadi pilihan. Mana satu yang menjadi haluan? Ke mana harus dibawa lara dan beban di dalam hati dan kepala ini. ‘Pelajar’ itu gelaran yang dipikul. Mampukah diharungi dengan jaya atau duka? Hati masih mencari-cari jalan yang perlu dilalui. Jalan yang sunyi, keseorangan dan suram atau jalan yang bahagia, bersama saudara dan menggembirakan. Ya Allah, mungkin dengan kembali kepada-Mu semua ini akan hilang. Semua ini akan ringan, mudah dan senang. Ringankanlah bebanan hati ini Ya Ilahi. Helaian kalam-Mu diselak dan surah Insyirah menambat hati, memautkan mata untuk mendalami maksudnya. Hati terkesan dengan ayat-Mu:

Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahannya (94:5&4).

Inikah petunjuk yang dicari? Inikah kekuatan yang didamba? Inikah jalan yang harus dipilih sebagai hamba-Mu Ya Tuhanku. Mungkin kerana jauh dari-Mu haluan yang ditempuhi penuh onak. Sakitnya sangat memedihkan. Hilang tujuan hidup ini. Terasa hidup makin hari makin tiada gunanya. Mana pegangan dan pedoman? Dilempar jauh kerana keasyikan dunia. Kerana leka dengan nikmat yang sementara. Leka dengan penipuan dan hasutan Syaitan. Leka dengan cara kafir yang membawa kepada kesesatan. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala dosa dan kelalaian hamba-Mu. Lamunan terhenti kerana linangan air mata hampir menitis jatuh ke atas helaian Kalam Suci-Mu. Jari-jemari ligat mengubah lampiran lagi untuk mencari ayat-ayat-Mu yang menenangkan jiwa, membawa kepada penyesalan dengan kelalaian dan kealpaan yang telah dilalui selama ini. Mata terhenti pada ayat yang berbuyi :

Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar (2:153).

Telah Kau berikan panduan kepada hamba-Mu yang dalam kesusahan dan bebanan tetapi adakah kerana sombong dengan-Mu selama ini membuatkan hidup terasa beban. Tenang hati. Ringan kepala. Senang jiwa. Ayat-ayat-Mu Ya Allah, sangat-sangat indah. Selama ini dipikul gelaran Muslim. Tapi hanya sekadar luaran. Dalamnya masih kosong. Masih tidak terisi sehinggalah hari ini. Sehinggalah tanpa disedari Islam yang dianuti bukan sekadar nama untuk dibanggakan. Tapi sebagai jalan yang lurus yang akan dan terus dilalui untuk mendapat keRedhaan-Mu, Yang Maha Mulia. Di saat ini, gelaran ‘Pelajar Muslim’ bukan lagi taruhan. Tapi MUSLIM YANG MENUNTUT ILMU itu panggilan yang sebenarnya. Semoga Allah memudahkan denai yang akan dilalui, agar kaki menapak dengan baik. Walaupun banyak semak rintangan dan sempit laluannya, tapi cukup untuk rasa bersyukur dengan apa yang diberi oleh-Nya. Kekusutan hati sudah berlalu, moga lembaran hidup yang baru membungakan harapan yang indah di masa hadapan. Moga dapat dicari keindahan dan ketenangan yang menggetarkan jiwa.

5.23.2010

Apa Sudah Jadi ?

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat  Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini  lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

5.13.2010

Can money buy happiness?


Saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Tidaklah miskin papa kedana tetapi tidaklah berada. Namun, disebabkan saya membesar dengan 2 orang kawan baik yang berasal daripada keluarga yang berada, ketika kecil saya selalu sedih kalau bandingkan diri saya dengan mereka. Masa kecil, kalau lepas solat saya mesti doa “Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati abahku untuk belikan aku....., amin” Kalau waktu itu saya hendak beg sekolah baru,maka saya berdoa untuk beg sekolah baru. Bila dah besar, kelakar pula kalau ingat balik. Kadang-kadang, rasa cemburu dengan kekayaan ini terbawa-bawa sehingga saya besar. Ya Allah, susahnya untuk belajar bersyukur.. Bila terlintas di hati sifat cemburu ini, cepat-cepat saya istighfar.

Sewaktu kecil, saya selalu ingat orang kaya ni orang paling happy dalam dunia. Bila saya semakin matang, saya kaji semula. Can money buy happiness? TIDAK sama sekali. Tidak semestinya kaya, segala ujian Allah boleh ditukar dengan wang. Kadang-kadang, ada orang kaya tapi ditimpa cancer. Bolehkah nyawa ditukar dengan duit? Allah tidak menjadikan happiness di dunia ini sempurna. Ingatlah ayat Allah :

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (30:54)

Jangan kita rasa gembira dengan rezeki dan nikmat yang Allah bagi. Tidak semua kekal untuk selamanya. Rasulullah saw pernah memiliki seekor unta yang dinamai Al-Adhba’. Unta ini tidak pernah dikalahkan oleh para sahabat sehinggalah pada suatu hari seekor unta Arab Badwi telah mengalahkan unta itu. Para sahabat berasa gelisah. Lantas Nabi bersabda

Sudah menjadi hak Allah untuk tidak menaikkan sesuatu, kecuali Dia akan menurunkannya” ( HR Bukhari)

Kalau sekarang kita kaya, bolehkah kaya itu membawa kita happiness yang hakiki? Kalau sekarang kita cantik, kekalkah cantik kita itu sampai ke liang lahad? Kalau kita ada rumah banglo mewah dihias cantik, bolehkah kita merasa happiness itu bila sudah meninggal? Lantas kalau jawapan kita tidak untuk semua soalan tadi, apakah happiness hakiki yang kita cari?


Nabi bersabda dalam hadith Qudsi, Allah berfirman,

Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia.’ (HR Bukhari & Muslim).

Saya pernah melihat gambar betapa cantiknya Festival Bunga Tulip di Keukenhof,Holland. SubhanAllah! Indah sungguh ciptaanNya. Rasa macam hendak baring di atas lautan bunga-bunga ciptaan Allah seperti tuan puteri. Kalau cantik di dunia pun saya sudah kagum, apatah lagi Syurga yang tidak terbayang oleh manusia.

Cuba bayangkan ketika kita memasuki syurga, kita memiliki 4 perkara yang kita merasa takut akan kehilangannya di dunia : kesihatan yang abadi tanpa merasa sakit selepas itu,kehidupan abadi yang tidak pernah mati, ketetapan usia muda tanpa pernah berhenti dan bersenang-senang tanpa risau akan hilang kesenangannya. Kesemua 4 perkara ini amat mustahil untuk kita capai di dunia. Namun, semua ini boleh dicapai di syurga. Sudahkah anda tertawan dengan syurga? ;)
Suatu hari, Nabi Musa bertanya pada Allah,

Ya Tuhanku, tunjukkan padaku penghuni syurga yang paling rendah?” Allah menjawab, “Wahai Musa, ia keluar dari neraka dengan merangkak, dan ketika ia keluar dari neraka, ia melihat ke arah neraka sambil berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatku darimu.’ Maka Allah mengatakan pada orang itu, ‘Pergi dan masuklah ke syurga!’ Ia bergegas pergi, tetapi ia menyangka seolah-olah syurga itu telah penuh, maka ia kembali dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku melihat syurga telah penuh.’ Allah berkata, ‘Apakah kau puas jika memiliki kerajaan, seorang raja yang paling agung di antara raja-raja besar di dunia?’ Ia menjawab, ‘Apakah kamu menghinaku wahai Tuhan sementara Engkau adalah pemilik alam semesta?’ Maka Allah berkata, ‘kau seperti raja besar dari dunia, seperti dia, seperti dia, dan seperti dia.’ Hamba itu menjawab ketika Allah berkata untuk yang kelima, ‘Aku rela wahai Tuhanku, aku rela wahai Tuhanku.’ Allah berkata, ‘Kau seperti raja besar, satu raja dari dunia atau seperti sepuluh kali lipat ganda dari raja dunia, dan bagimu apa yang nafsumu kehendaki, mataku nikmati dan kau kekal di sana.’


Musa bertanya lagi, “ Wahai Tuhanku, apakah itu penduduk syurga yang paling rendah? Allah menjawab, ‘Ya.’ Musa bertanya, “ Wahai Tuhanku, siapakah yang paling tinggi?” Allah menjawab, ‘Wahai Musa, mereka yang Aku inginkan, Aku menanamkan kemuliaan mereka dengan tanganKu.” (HR Muslim, At-Turmudzi & Ibnu Hibban)

Apa erti ‘Aku menanamkan kemuliaan mereka dengan tanganKu’ ? Fahamilah bahawa kebahagiaan dan kemuliaan kita di tangan Allah. Jadi, kita seharusnya mendekatkan diri kepadaNya dan berdoalah. Tidak inginkah kita pada happiness yang hakiki ini?
Mereka bertanya

“ Wahai Rasul, ceritakanlah pada kami bangunan syurga.” Nabi berkata, “Batu batanya dari emas, batu batanya dari perak dan tanah liatnya dari kasturi yang amat wangi dan kerikilnya dari mutiara” (HR At-Turmudzi & Imam Ahmad)

Maha Suci Allah, Pencipta Yang Agung. Kalaulah ada rumah di dunia ini diperbuat dari emas,perak dan mutiara..berapalah agak-agaknya harga untuk sebuah rumah itu? Kalaulah manusia berlumba-lumba perfume siapa yang lagi kuat bau wanginya serta tahan lebih lama, boleh ke perfume itu dibandingkan dengan kasturi syurga?
Wahai yang masih lagi mencari-cari happiness dunia, yakinlah dengan janji Allah akan happiness akhirat. Tidak ada happiness yang sempurna di dunia. Nabi bersabda,

“Tidaklah pohon di syurga itu kecuali batangnya dari emas” (HR At-Turmudzi)

Cuba kita bayangkan, bercahaya dan berwarna-warni. Syurga yang tidak ada siang dan malam. Syurga yang seharum kasturi. Syurga yang penuh dengan bidadari. Tidak terbayang bukan keindahan syurga? Sehingga Allah berfirman,

“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan” (35;55)

Sibuk! Itu firman Allah, Pencipta kita yang tahu manusia akan leka akan sesuatu yang disukai. Sudah tentu syurga itu ter-amatlah best kan? Kalau tidak, mesti Allah Yang Maha Mengetahui tak akan berfirman sebegini. Kalau kita tengok di dunia, orang yang suka berharta - sibuk mengumpul harta sehingga leka dan alpa akan tanggungjawab pada Allah. Kalau orang yang suka main games – leka sampai tak tidur, tak makan.

Lantas, tidak ingin kah kita akan happiness yang Allah sudah persiapkan untuk hambaNya yang soleh? Islam tidak melarang kita mencari harta kerana Allah suka akan hambaNya yang kuat, yang berdikari serta tidak bergantung kepada orang lain. Islam itu indah,merangkumi segala aspek dalam kehidupan kita. Pendek kata, kita seharusnya menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kita menjalani kehidupan sementara ini untuk menuju ke kehidupan yang hakiki – akhirat kelak.
Money can’t buy love. Terutama jika love itu cinta Allah kepada hambaNya. Bukti Allah sangat cinta pada hambaNya? Disiapkan syurga untuk hambaNya yang taat, yang soleh. Kita lihat fitrah manusia terhadap orang yang berkasih sayang antara satu sama lain. Kalau kita kasihkan seseorang manusia itu, contohnya : ibubapa, sudah pasti kita sanggup membuat apa sahaja demi membahagiakan mereka. Apabila hari kelahiran mereka tiba, sudah tentu kita akan berusaha memberi sesuatu kepada mereka, lambang kasih sayang kita kepada mereka. Itu kasih sayang antara manusia. Kita bandingkan pula cinta antara kita dengan Sang Pencipta yang Maha Mendengar ketika kita ditimpa bencana, Yang Maha Pengampun apabila kita lalai dari tanggungjawab, Yang Maha Pemurah dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.

Ayuhlah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah, Pencipta Agung yang tidak pernah putus kasih sayangnya kepada manusia. Kita bukan ingin menjadi seperti orang kafir yang tidak ada matlamat hidup dan memilih untuk bersenang lenang di dunia kerana mereka telah memilih untuk berpaling daripada agama Allah. Kita buka buku akaun di dunia untuk kehidupan di akhirat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ganjaran sudah pun disiapkan dan digambarkan kepada kita. Cuma terpulang pada kita untuk memilih syurga dunia yang sementara, penuh dengan tipu muslihat dek hati manusia yang kotor atau memilih syurga akhirat yang begitu indah digambarkan di dalam al-Quran. Sebagai orang Islam, sudah tentunya syurga akhirat menjadi pilihan kita. Tetapi, terpilihkah kita sebagai penghuni syurga? Kita renung-renungkan.... Wallahualam.

5.12.2010

Tabung Perubatan Mangsa Perang Gaza


Assalamualaikum wbt.

Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan.

Bagi melaksanakan keprihatinan ini, ISMA New Zealand dengan kerjasama Aman Palestin Berhad mengadakan kutipan derma bagi TABUNG PERUBATAN MANGSA PERANG GAZA.

Tujuan utama tabung ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan bagi membiayai kos pengurusan serta rawatan pesakit-pesakit GAZA yang kini sedang menjalani rawatan projek pembekalan anggota palsu di Malaysia.




Pesakit-pesakit untuk projek Pembekalan Anggota Palsu ini telah dipilih oleh Pertubuhan As-Salamah iaitu sebuah pertubuhan (NGO) di Gaza yang bekerjasama dengan Aman Palestin. Pihak Aman Palestin telah bertanggungjawab untuk menguruskan pesakit-pesakit ini sepanjang tempoh mereka menjalani rawatan di Malaysia. Anggaran tempoh rawatan pesakit adalah selama 3 hingga 6 bulan. Projek ini turut melibatkan pembedahan, pemasangan anggota palsu serta rawatan fisioterapi/rawatan susulan bersama doktor sehingga pesakit dapat menyesuaikan diri dengan anggota palsu tersebut. Untuk menjayakan projek ini, Aman Palestin ingin mengumpul dana sumbangan untuk membiayai kos rawatan dan penggantian anggota palsu di Malaysia bagi 3 orang pesakit Palestin yang bernilai RM450,000.000.

Sumbangan wang boleh disalurkan ke akaun ISMA NZ:
Nama: ISMA NZ
Bank: BNZ
No akaun: 02-0727-0100651-083
Ref: 4palestine

Segala kerjasama, perhatian dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak didahului dengan jazakumullahukhairan kathira. Semoga ALLAH memberkati sumbangan dan usaha kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasulnya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. " (As-Saff 10-11)













5.06.2010

TRAGEDI DEIR YASSIN

Muqaddimah

Hakikat kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, beberapa kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuh antarabangsa dan Tragedi Deir Yassin yang berlaku 60 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Lokasi

Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.



Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.


Latar Belakang Tragedi Deir Yassin


Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabila secara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181′ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.


Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan Negara Haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.


Tragedi Deir Yassin


Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.


Kata-kata saksi
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah: -
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,“Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.



Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.


Angka korban yang besar


Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.


Siapakah arkitek kepada tragedi ini?


Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata, “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.


Kesan Deir Yassin


Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.


60 tahun selepas Deir Yassin


Kini telah 60 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.

Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?

Semoga Palestin dan Al Aqsa terbela!

Have a break, have a PICNIC!!

Dalam kesibukan yang teramat ni, ape kate kita ambil sikit masa untuk tarik nafas sebentar dan rehatkan minda dan badan dengan mengirup udara segar waktu pagi di harbour!! Dengan ini, kami berbesar hati menjemput adik2 manis semua untuk sama2 kita bersiar2 di harbour dan kawasan sekitarnya. Ini detailsnye:

Bila : 9 May (Ahad ni) pukul 9 pagi
Tempat berjumpa: Depan Kaffee ice
Aktiviti:jogging + light breakfast

Back up plan: In case hujan (weather kan unpredictable), kite tukar aktiviti jadi bersarapan beramai ramai di rumah willis, amacam? ok? hehe

Jangan risau, kite akan spend masa paling lama insyaAllah 2 jam sahaja (semua pun sibuk kann) dan pada siapa2 yang nak pergi sunday market lepas tu, kite boleh same2 pergi sunday market sebelah Te Papa Museum!! Oleh itu datang lah awal, kang tak sempat pergi sunday market pule..hehe..

Seperti sabda Rasullullah: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah" (HR Muslim). Dengan ini, diharapkan sangat adik2 dpt bersama sama datang pada pagi Ahad ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah, merasai pengalaman manis berukhuwah dan yang paling penting menyihatkan tubuh badan!!

So, InsyaAllah, See you on Sunday!

5.05.2010

Mari bershopping sambil beramal!!

Assalamualaikum semuaa,

Haa, mcm menarikkan tajuk di atas? Untuk pengetahuan semua, Wellington tahun ini terpilih menjadi tuan rumah untuk winter gathering-Jalinan Ukhuwah New Zealand (JUNZ) yang akan diadakan pada 25hb- 28hb Jun ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menjenguk ke website http://junz.ismanewzealand.com/ untuk mengetahui maklumat lanjut serta boleh beri nama pada wakil Wellington (bagi penduduk Wellington), iaitu kak Nadirah Halim (desert_rabbit87@yahoo.com). Ayuh memeriahkan JUNZ tahun ini!! Boleh berkenalan dengan student2 dr Auckland,Palmerston North,Christchurh dan Dunedin!! Bestttt

Berbalik kepada topik, jadi kami ingin mengajak anda semua utk sama2 membantu bagi meringankan kos dalam menjayakan program tahunan ini dan pada masa yang sama boleh infak pada jalan Allah.Insya Allah. Bagaimana caranya?Ah haaaa....kami akan menjual busana muslimah,tudung,arm socks serta Al-Quran dan Tafsir. Menarik bukan? Hehehe.Di samping boleh menambah koleksi baju, turut sama infak pada jalan Allah.

Untuk menjenguk jenguk barang apa yang boleh dibeli sila rujuk website website berikut:

  • Untuk baju,tshirt ataupun blouse (range harga adalah NZD25 to NZD30 bergantung pada harga asal,termasuk kos penghantaran dan overseas charge).

http://www.tshirtlabuhmuslimah.com/

  • Untuk arm socks (harga NZD 7)

http://iconprops.blogspot.com/

  • Untuk Al-Quran dan Tafsir (range harga dari NZD 24 ke NZD 60 bergantung pada jenis, kos penghantaran, dan overseas charge)

http://www.quranonline2u.com/

  • Utk tudung (range harga adalah dari NZD 10 ke NZD 15 bergantung pada jenis, harga asal, kos penghantaran dan overseas charge)

http://www.tudungnur.com/index.php

http://fadzbiz.com/kedai/index.php (Note:Kami tidak mengambil tempahan untuk semua tudung yang dijual di web ni, tapi hanya untuk jenis Pramit, Hanmei, Cotton dan Polyster berbidang 45 dan ke atas. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, boleh buka katalog yang diattach di dalam email. Sesiapa yang belum mendapat emel, boleh tinggalkan email anda dan kami akan poskan katalog dan borang pesanan

Berminat? Bagaimana nak order?

Haa.. bagi yang sudah pun menerima email boleh la terus menempah mana2 yang menarik di mata dgn mengisi borang tempahan dan emailkan semula ke penghantarnya. Tempahan dibuka mulai sekarang sehingga 10 May 2010. Anda tidak perlu membuat bayaran terlebih dahulu, kerana kami akan menghubungi pihak pengedar dan semuanya tertakluk pada stok. Insya Allah, kemudian kami akan menghubungi anda dan memaklumkan mengenai jumlah bayaran tempahan setelah mendapat pengesahan dr pihak pengedar.

Bagi yang berminat dan belum mendapat email (dan sudahpun check spam), sila tinggalkan email anda di ruangan comment dan insyaAllah kami akan menghantar borang pesanan dgn segera.

Sebarang kegusaran/pertanyaan/komen/pandangan boleh diutarakan kepada:

Sarah Shaina Abd Rahman (sarah_sarina@yahoo.co.uk)

Nadirah Halim (desert_rabbit87@yahoo.com)

Ernie (jameelah2010@hotmail.co.uk)

Spread the words!

Akhir kata, selamat membeli belah sambil beramal, dan yang penting sekali ingat Allah selalu=)

Jazakumullah khairan khatira


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertakwa, iaitu, orang yang berinfak baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (Ali Imran 133-134)

 

Blog Template by YummyLolly.com