Bagaimana hati? Bagaimana iman? Semoga masih teguh dan semakin sihat dikala bulan ramadhan sudah mula memasuki minggu kedua. Alhamdulillah, pada minggu lepas usai sudah dua majlis yang penting, Ayuh Bantu Palestin dan Jejak Langkah Badar. Jutaan ucapan terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat. Sungguh, setiap keringat yang diberikan, setiap masa yang diluangkan , ada balasan yang maha besar dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Sekitar Majlis Abp
Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasalam:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من خالفهم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك.))قالوا يا رسول الله؟ : وأين هم قال ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasalam yang bermaksud:“Akan sentiada ada segolongan dari umatku, yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka, barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan ALLAH, dan mereka akan tetap sedemikian, maka para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah!!! di manakah mereka ini?
Sabda baginda: “Mereka berada di Baitul Maqdis (plastien) dan sekitar Baitul Maqdis.
Sekitar Majlis Jejak Langkah Badar
Program di akhiri dengan sesi perkongsian. Ini adalah ikrar yang telah sama-sama termeterai di antara semua peserta.
Bahawasanya kami, berikrar akan:
1) Meningkatkan kecintaan kepada Allah dan RasulNya.
2) Mengoptimumkan ibadah sehari-harian
3) Istiqamah dalam beramal
4)Mencari dan mendalami ilmu Allah
5) Sentiasa bersedia bermujahadah menentang anasir-anasir luar
6) Berani mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran
7) Berusaha untuk menjadi muslimah solehah yang sejati
8) Sentiasa bersabar dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah
9) Sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang mendorong kearah kebaikan
Mari bersama-sama berusaha sehabis baik untuk mengotakan segala ikrar yang dilafaskan. insyaAllah...Akhir kata dari SOI, sayang semua =)=)=) fillah
0 comments:
Post a Comment