8.19.2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan


Selamat Datang Tetamu Istimewa ku..

Ramadhan.. Ramadhan datang lagi.. hari berganti hari, tahun berganti tahun, tahu-tahu aku sudah dewasa. Masih segar di ingatan aku saat-saat aku belajar berpuasa. Di tinggalkan ayah di ruang tamu kerana tidak berpuasa ( maka aku tidak boleh berbuka bersama keluarga) adalah saat yang paling sadis, tetapi paling berkesan dalam hidup aku. Aku juga pernah puasa yang-yok. Curik2 makan tetapi mengaku berpuasa. Pernah juga membasuh muka ku berulang-ulang kali ketika di sekolah petang ( panas sangat heh) , dengan rasa nikmat kesejukan itu.
Saat yang paling aku suka.. adalah ketika berbuka.. Terutamanya saat ada tetamu slain dari rumah ku yang berkunjung. Sirap selasih adalah favourite ku! ..aduh.. rindu pula rasanya untuk meneguk sirap yang berbiji-biji hitam ( seperti berudu itu) hehe.. =D
Nikmat..nikmatnya berbuka puasa. Oh! Teringat! Setiap hari aku akan membeli coklat buat ‘hadiah’ kepada diri sendiri kerana Berjaya berpuasa. Aku sorokkan coklatku dari adik beradik ku ( biasela kan adik beradik ramai) . hehe..lucu..

Setiap malam aku akan melihat ke langit. “Lailatulqadar kah ini?” .. lantas aku bertanya-tanya kepada adik ku. “ Cube tgk langit. Rsnye lailatulqadar?” hehe.. lucu…kecil-kecil sudah pandai mencari-cari lailatulqadar. Pernah juga suatu malam kami dikejutkan. Tak ingat dah siapa yang kejutkan. Menurut pandanganku yang samar-samar ( mengantuk dan kecil lagi masa tu), malam itu lailatulqadar. Kami bersama-sama membace quran dan bersolat ( kakak-kakak ku dan aku). Heh.. xtahu ape beze dgn malam lain. Cuma ayah bersolat di luar malam tu. Itu yang kami spekulasikan lailatulqadar. Puas pulak bersolat.
Benar atau tidak Allah sahaja yang tahu.

Bersahur juga waktu kegemaranku.. walaupun mengantuk. Tp aku suka. Rasa kasih sayang ayah membancuh air susu buat semua anak-anaknya, dan memaksa kami semua minum selepas makan, ( air susu dan air suam, minum!) eheh.. alas perut katanya…Teringat pula lauk yang bisanya menanti… telur goreng dengan nasi kosong. Bantaijelah.. hehehe.. =) ingat juga kemalasan ku, tidur di ruang tamu sementara menunggu juadah siap di masak ( bkn nak tolong mak ayah) ..

Kini aku dewasa..
Aku mula merasakan kelainan puasa dan raya. Apakah erti puasa pada diriku? Apa pula erti raya pada diriku? Raya dan puasa. Semakin dewasa aku semakin merasakan raya itu tidak menyeronokkan. Iyalah.. tidak dapat duit raya.. Yang menyeronokkan pun bersama-sama keluarga. Sejak aku bergelar siswazah yang menuntut diluar Negara, aku merasakan raya itu seperti hari-hari biasa…. Lebih-lebih lagi jika pada saat itu aku disibukkan dengan peperiksaan dan kerja khursus yang perlu dihantar. Di manakah silap ku? Aku bertanya..

Silap ku.. dari pengertian puasa itu sendiri. Bulan Ramadhan bulan yang mulia.. bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat islam. Bulan mendidik diri untuk beribadah, beribadah bukan setakat di tikar sembahyang. Bahkan beribadah di dalam seluruh kehidupan .. Puasa.. bukan menuntut aku untuk hanya menahan lapar dan dahaga. Tetapi juga menuntut aku bersabar, mendidik diriku berkata benar, mendidik mataku melihat perkara-perkara yang di bolehkan, mendidik mulutku berkata perkara-perkara yang sedap telinga mendengar, dan yang paling susah , mendidik hatiku.. hatiku untuk sentiasa mengingati Allah.. bertaqwa. Benarlah.. benarlah kata-kata Allah bahawa puasa akan mendidik kita menjadi lebih bertaqwa. 30 hari adalah satu tempoh yang amat panjang, yang akan menjadikan diri terbiasa membuat kebaikan. Puasa.. adalah satu ibadah yang akan membuatkan aku menjadi insan yang lebih baik apabila selesai melangkah keluar darinya.


Ah.. terasa penyesalan dalam diriku.. betapa selama ini puasa ku.. di bulan Ramadhan adalah hanya di atas nama tidak makan dan minum. Di manahkah usaha ku mendidik jiwa menjadi lebih baik? Lebih mengenali Tuhan ku? Di manakah usahaku mengiatkan amalan-amalan sunat ku? Lebih mengenali Rasulku? Di manakah usahaku mentelaah dan mengambil tahu isu-isu saudara ku? .. Di manakah aku? .. di manakah mujahadahku pada bulan itu? Patutlah..patutlah aku kurang gembira ketika Raya menjelma..

Sesal. Tidak berguna tanpa tindakan. Baiklah! Puasa kali ini. Ramadhan kali ini tidak akan aku sia-siakan. Siapa tahu aku akan bertemu nya lagi? SIapa tahu jika aku tidak sempat menamatkan nya? Siapa tahu jika pada bulan ini aku akan bertemu mengampunan, kekuatan diriku.. Kini aku tahu.. Hari Raya itu pasti bermakna jika aku benar-benar menghayati Bulan Ramadhan itu sendiri. Berhati-hati meniti ramadhan.. seperti berhati-hati berjalan di jalan yang berduri.. Jangan bazirkan tetamu yang dinanti..

Hari Raya hari kemenangan. Apalah erti Aidilfitri tanpa kemenangan. Teriang-riang suara azan lauangan Syeikh Ameer Imam Masjid Kilbernie, takbir yang amat berbeza dengan takbir di Malaysia. Takbir kemenangan. Keras. Tegas. Kemenangan. Kesyukuran.
Aku rindukan takbir itu. Aku rindukan Rasa Kemenangan.. Sedikit video yang menaikkan semangatku, buat perkongsian semua ( di atas).

"Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka.. Seperti ketibaan orang yang kita cinta.. "


Hasil nukilan,

- yang bersinar-



0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com