Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?
Dari artikel-artikel yang sebelum ini, kita tahu apa yang berlaku di Palestin, dan mengapa kite perlu ambli peduli. Jadi, apa peranan kita sekarang? Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:
Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
sumber :www.missionislam.com/images/frontpage/boycott.htm
Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.
Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.
Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.
Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita? TEPUK DADA, TANYA SELERA!
diedit dari:ismapj.com
0 comments:
Post a Comment