8.26.2009

Garage Sale untukmu Palestin


Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan kedatangan Ayuh Bantu Palestin yang semakin hampir, Garage Sale Untukmu Palestin akan diadakan pada 27 Ogos 2009, Khamis ini bermula dari 11 pagi hingga 4 petang di Everton Hall. Antara barangan terpakai yang akan dijual adalah jaket, tshirt, seluar, kasut, beg dan lain-lain lagi dengan harga serendah $ 1.
Untuk pengetahuan semua, hasil kerjasama daripada semua pihak, jumlah wang yang terkumpul sekarang ialah sebanyak $ 2400 dan kita mensasarkan kutipan sebanyak $ 5000. Tabung Ayuh Bantu Palestin masih lagi dibuka dan sumbangan boleh didermakan ke:

Miss A A MOHD NOOR
12-3141-0304589-00

Sekiranya anda berminat untuk membeli tetapi tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri… anda masih berpeluang!!!! Silalah berkunjung ke 75 Fairlie Terrace, Kelburn. Tawaran dibuka sehingga hari Jumaat, 28 Ogos 2009.
Mari ramai-ramai berkunjung ke Everton Hall!!! Sambil membeli sambil menderma. “A dollar makes difference for our brothers and sisters in Palestine” (^_^). Terima kasih diatas keprihatinan semua dalam membantu saudara-saudara kita di sana. Moga-moga kedatangan Ramadhan kali ini menjadi pemangkin buat kita semua untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Amin..

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Nadiah – momotaro_87@yahoo.com
02102779022

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com