Assalamualaikum sahabat-sahabat semua....
Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan rahmatNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat Islam, kemanisan iman, kesejahteraan dan keselamatan. Berlalu sudah semester pertama dan berkunjung kini semester kedua. Moga-moga kita lebih ceria dan lebih bersemangat untuk menghadapi semester baru.
Bersempena dengan minggu pertama sekolah, ade entree speciallll dr SOI untuk sahabat-sahabat semua. Nak tahu lebih lanjut?? Jom mari kita baca sama-sama....
Alkisah, Ani dan Ana merupakan pelajar tahun kedua di salah sebuah pusat pengajian tinggi di NZ.
Babak 1:
Kisahnya bermula begini.......
Ani: Assalamualaikum Ana.
Ana: Wa’alaikumussalam Ani. Lame tak jumpa kan, awak sihat?
Ani: Alhamdulillah, sihat-sihat saja.
Ana: Awak pergi class tak nanti?
Ani: Ani macam malas la nak pergi lecture hari nie. 1st lecture bukan ada ape-ape pun
sangat, lecturer tak mengajar, kasi outline dan brief pasal course saje kan. Ani
ingat nak turun town lah, nak cuci mata sikit.hehhe. Ana nak ikut tak?
Ana : Ohw tak pe lah. Ana nak pergi class. Takut pulak tertinggal point penting dari
lecturer. Kalau tak bersungguh dari awal, Ana takut tak terkejar nanti.
Ani: Kalau macam tue, Ana amekkan note untuk Ani yerk. Sampai kan salam sayanggg
Ani kat lecturer nanti. Terima kasih daun keladi, lain kali ambilkan lagi. Ani pergi
dulu.... Byeeee....
Ana: Eh Ani kejappp...Ana nak cakap sikit ni......!!!
Tak sempat Ana menyambung kata-kata nya, Ani sudah berlalu pergi....
Babak 2:
Ana: Ani, awak dah mula cari bahan untuk assignment essay yang Dr.Debs kasik tue?
Jom kite start buat.. Sebab tinggal 2 minggu je lagi. Kebetulan minggu yang kene
hantar essay tu kite ade in-term test untuk subject Math.
Ani: Nanti lah Ani buat. Banyak mase lagi nie. Kalau dikira-kira ade lebih kurang 14 hari
dan kalau didarabkan dengan 24 jam, ha!!! Ade lebih kurang 336 jam lagi.. Hehehe.
Chill, chill.... bile dah dapat ilham nanti Ani buat lah. Kite talk later lah.. Ani nak
pergi lab computer nak sambung tengok movie nie…… Cerita drama bersiri yang
ari tue pon tak habis tengok lagi. Tak best lah kalau orang lain advance dari Ani….
Ana: Ani..menangguh tu kan pencuri masa…. Allah tak suke kalau hambanya yang
mensia-siakan waktu.. Kalau kita buat sikit-sikit dari sekarang tak lah rase terbeban
di kemudiaan hari….
Ani: Em…. Pepandai lah Ani buat nanti…..
Babak 3:
Hari berganti hari, Ani masih lagi dengan sikapnya yang sambil lewa dan membuang masa…. sampai lah hari sebelum test dan submission assingment.
Ani: Ya Allah... macam mana nie!!! Banyak lagi keje tak siap nie.. Test pon tak habis cover lagi nie. Aduishhh.... habislah.... tinggal 5 jam je nie.... Idea-idea datanglah menjelma!!!! Wahai Encik masa jangan lah bergerak cepat sangat!!! Menyesalnya tak buat awal-awal.... arrggghhh!! Serabutttt!!!!
........The end..........
Walaupun cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata tetapi terase terkena juga pada diri saya sendiri. Daripada cerita di atas ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil.
1) Sikap menangguh penghalang untuk kita mencipta kejayaan.
”Masa ibarat pedang sekiranya kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu”
Alangkah ruginya kalau kite terus menerus menangguh dan tidak menghargai masa.Sikap menangguh bukan sahaja menyebabkan kita berasa tertekan dengan bebanan kerja yang menimbun malah kerja yang dihasilkan juga mungkin kurang berkualiti. Slogan ”Asal Siap Janji Hantar” mungkin jadi penyedap jiwa dikala diri tengah struggle siapkan kerja atau nak pulun habiskan baca untuk test esoknya. Kalau nasib baik, sempatlah hantar on time. Kalau tak terpaksa lah buat muka seposen mintak extension dari lecturer.
Sikap menangguh ada pada semua orang tetapi sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri inshaAllah ini memudahkan diri kita untuk menempah tiket kejayaan dalam hidup.
2) Kerugiaan yang besar pada diri sekiranya masa sentiasa diisi dengan perkara yang sia-sia
”Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya”
(Riwayat Tirmizi)
Masa sentiasa bergerak pantas dan tidak akan pernah berhenti menunggu kita. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengisi masa lapang, masa sihat, masa muda, masa kaya dan masa hidup sebelum datang kepada kita kesibukan, kesakitan, kekacauan, kesusahan dan kematian. Kita perlu mengisi masa kita dengan melakukan amal soleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(Al-’Asr: 1-3)
Allah telah memperjelaskan di dalam Al-quran bahawa manusia berada dalam kerugian kecuali;
- orang beriman
- orang yang mengerjakan kebajikan
- orang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran
Moga-moga kita semua berusaha tergolong dalam kelompok manusia yang dimuliakan oleh Allah.
3) Perlunya kepada perancangan dalam mengendali kehidupan
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaanya.
Imam Hassan Al-Banna
Setiap manusia diberikan Allah dengan 24 jam sehari. Tugas kita sebagai seorang muslim yang sedang belajar menuntut kita untuk bijak menguruskan masa. Ini kerana dalam masa yang sama kita perlu melaksanakan hak kita kepada Allah, hak kepada diri kita sendiri dan juga hak kepada orang lain seperti ibu bapa dan sahabat-sahabat kita. Dengan merancang kita dapat melihat dengan lebih jelas perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan. InshaAllah kita juga akan rase lebih tenang dan dapat memberikan fokus yang lebih baik ketika melaksanakan urusan atau kewajipan kita.
Siri Sifat2 Muslim: 9) Bermanfaat kepada orang lain
12 years ago
1 comments:
jazakillah..artikel ini dtg tepat pada masanya..
housemate saye, Neo Wan Ling minta saya sampaikan 'good' kepada usaha blog ini :-)
Post a Comment