7.04.2009

Day 1: Sirah: Dakwah Secara Sulit dan Terang-terangan

TAHAP PERTAMA

JIHAD MELALUI DAKWAH

Tiga tahun berdakwah secara rahsia.

Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota Makkah. And here is the rest of it. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati dan ketabahan yang tidak boleh digugat oleh dugaan dan bencana.

Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supaya tidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang boleh membangkitkan kemarahan mereka.

GENERASI PERTAMA

Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Mereka inilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah sebagai individu yang mengutamakan kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai generasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yang terawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawahjagaan Rasulullah, kawannya yang terdekat Abu Bakr al-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah memperkenalkan dakwahnya.

Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif, beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu pengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-Umawi, al-Zubair bin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang adalah generasi peneroka dan terawal menganut Islam.

Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat, Abdullah bin Mas'ud al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka sebagai golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut: Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.

Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia, Rasulullah terus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepada mereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masih lagi dalam bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putus lagi, iaitu selepas terturunnya awalan surah al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di masa-masa ini merupakan ayat-ayat yang pendek-pendek, struktur ayatnya indah dan kemas, rentak-rentaknya adalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan suasana yang damai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerja pencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan keindahan syurga dan keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala, membimbing manusia mukmin dalam satu suasana yang berbeza dari suasana masyarakat manusia di ketika itu.

SOLAT

Perintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat, Muqatil bin Sulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardukan solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah:

"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan di waktu pagi".

(al-Mu'min: 55)

Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah sebelum Isra' bersembahyang, demikianjuga para sahabat Baginda, cuma yang diikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelum kefardhuan solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu? Ada pendapat mengatakan yang difardhukan itu ialah solat sebelum naik matahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin Usamah katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w) dipermulaan penurunan wahyu, Baginda telah didatangi Jibril (a.s), beliau mengajar Baginda cara berwudhuk setelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, maka dibasuh kemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya, juga hadith yang diriwayat dari al-Bara' bin al 'Azib dan Ibnu Abbas, dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:

"am adalah dipermulaan fardhu solat"

Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat Baginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka, di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah dan Saidina Ali sedarig bersembahyang lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh mereka beristiqamah dengannya.

MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY.

Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.

Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwah Rasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.

Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kini Rasulullah diminta supaya mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta mengecam berhala-berhala mereka.

TAHAP KEDUA

DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN

Arahan awal menggerakkan dakwah:

Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "

Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara', diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun dan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-sama orangnya ke dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwah nabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnya untuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara terurai ini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladan tertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akan menghadapi pendustaan dan penyiksaan semasa mereka mengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awal-awal lagi mereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal mereka laksanakan nanti.

Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yang engkar dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, 'Aad, Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut, penghuni al-Aikah - selain dari Firaun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran, bahawa kesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustai Rasulullah dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yang baik sedang menunggu mereka.

SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT

Tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik sahaja turun ayat mengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya: Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba 'ah keluar agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah menjemput mereka dan berkata:

Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya laku memohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya daku bertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada I\ihan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya. Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata: Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih Iagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu. Segera dicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan.

DI BUKIT AL-SAFA

Setelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukit

al-Safa dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Maka bergegaslah keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah. Di sana Rasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imam al-Bukhari meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbas dengan katanya:

"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "

Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud:

''Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".

Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari cerita ini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya, setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud:

"Dan berilah peringatan kepada keluargamuyang terdekat. "

Maka Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kata Baginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Ka'ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.

Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaian yang optima. Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yang terdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yang dibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antara Baginda dan mereka semua. Kefanatikan kekeluargaan yang menjadi pegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasan inzar-inzar (peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang pasti akan disusuli dengan azab dari daripada Allah s.w.t.

MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAH

Suara seruan Rasul di bukit al-Safa itu masih lagi bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalah turuimya ayat Allah:

"Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpaling tadahlah dari kaum musyrikin "

(al-Hijr: 94)

Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit pun. Baginda mendedahkan kekosongan fungsinya dengan contoh-contoh sebagai pendekatan. Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja yang sia-sia dan sesat semata-mata. Seluruh Makkah menjadi berang dan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat, tuduhan itu dianggap melulu bak halilintar berdentum di celah mendung langit, menggegar suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangun serentak untuk menyekat satu revolusi yang muncul dengan tiba-tiba, mereka curiga ianya akan melenyap dan meranapkan budaya hidup yang mereka warisi selama ini.

Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pasti bahawa "beriman" itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari Allah. Beriman dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat bererti penyerahan total dan pengakuan yang mutlak, dengan ertikata mereka sudah tidak mempunyai sebarang pilihan lagi pada diri mereka mahupun pada harta mereka lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Ini juga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka ke atas bangsa Arab atas nama agama. Kerana mereka enggan melaksanakan kehendak Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang mereka sudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemua perilaku yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwa mereka enggan untuk menerima risalah Muhammad (s.a.w), untuk kebaikan dan kemuliaan, tetapi sebaliknya rela untuk meneruskan kejahatan seperti firman Allah:

"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa yang akan datang".

(al-Qiyaamah: 5)

Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukan berhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yang merupakan contoh ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yang sempurna, selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh dan bandingan seperti Muhammad s.a.w ini disepanjang sejarah mereka dan sejarah ibu bapa mereka. Apakah yang akan mereka lakukan? Mereka sebenarnya kebingungan dan memanglah wajar mereka kebingungan.

Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya, didapati tiada jalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, mereka akan meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anak saudaranya itu, dari meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan tuntutan mereka itu, mereka akan mendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang faedah atau sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan dan merendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini. Sebaik sahaja mereka dapat idea ini terns mereka berhadapan dengan Abu Talib.

PERWAK1LAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB

Ibnu Ishak meriwayatkan; tokoh-tokoh pemuka Quraisy bergerak menemui Abu Talib dan mereka bersuara: Wahai Abu Talib, sebenarnya anak saudaramu itu telah mencela tuhan-tuhan kita, memperbodohkan agama pegangan kita, memperkecilkan pemikiran kita dan mendakwa datuk nenek kita dalam kesesatan. Di sini kami menuntut samada kamu berhentikannya dari kata-katanya itu, atau berikan kami laluan untuk kami buat perhitungan dengannya. Kamu pun sama dengan kami juga, tidak mempersetujuinya, ayuh kita bersama-sama menghalangnya. D sini Abu Talib menjawab kepada mereka dengan kata-kata yang lunak dan jawapannya pun bermuslihat, dengan itu mereka semua pulang, sedang Rasulullah kekal dengan usahanya itu mengembang agama Allah dan menyeru kepadanya.

MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG UNTUK MENCEGAH JEMAAH HAJI DARI MENDENGAR SERUAN RASULULLAH

Di dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru yang merunsingkan Quraisy kerana musim haji pun sudah tidak berapa bulan lagi, sedang dakwah secara terang-terangan mula mengorak langkahnya. Rombongan haji tidak lama lagi akan tiba, mereka harus ada satu kata-kata sakti mengenai diri Muhammad (s.a.w) yang mampu menghalang dakwahnya daripada mempengaruhijiwa bangsa Arab. Dengan itu mereka berkumpul bersama al-Walid Ibn al-Munghirah, membentuk kata-kata sakti itu, maka kata al-Walid: Kamu harus bersatu danjangan ada di antara kamu yang berselisih atau mendusta antara satu sama lain, atau ada yang menolak pendapat orang lain, maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang kemukakan. Lalu mereka menyebut: Kita katakan dia seseorang sami, jawab al-Walid: Demi Allah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat sami-sami, kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. Kata mereka: Jadi kita "katakan dia gila", kata al-Walid: Dia tidak gila, kan semua kita pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukan repekan, "dia seorang penyair" kata al-Walid:

Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita kenalijenis-jenis syair, sama ada yang berbentuk raj 07. atau hazajnya., kata-katanya itu bukan syair, maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan, beliau tukang sihir. Kata al-Walid: Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali sihir itu, kata-katanya itu bukan mentera ataujampi sihir, maka kata mereka: Kalau semuanya ini tidak maka apa yang hendak kita kata: Maka al-Walid pun berkata :

"Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai sepohon pokok bawahannya sangatsubur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamu semua itu karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorang ahli sihir kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalah sihir yang boleh memecah belahkan di antara seseordng dengan ayahnya atau saudaranya atau isteri atau dengan seluruh keluarganya, oleh itu hindarlah din kamu darinya "

Sesetengah riwayat mengatakan bahawa al-Walid setelah menolak semua bentuk cadangan pemuka-pemuka Quraisy tadi, beliau telah dipinta, dengan kata mereka: Cuba kamu tunjukkan kepada kami satu pendapat yang kemas dan tidak boleh diperbodohkan, jawab al-Walid kepada mereka: Berilah kepada aku tempoh untuk ku berfikir. Dengan itu al-Walid pun cuba berfikir dan berfikir, akhirnya beliau kemukakan pendapat tadi.

Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam surah al-Muddasir sebanyak tujuh ayat:

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran.

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

(Al-Muddaththir 18-25)

Setelah majlis permesyuaratan bersetuju untuk menerima pakai cadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang haji di musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumat yangjahat itu, malah kesemua mereka menerima peringatan dari pemuka-pemuka Quraisy.

Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana apabila Rasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediaman mereka, ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwah mereka ke agamanya, Abu Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberi tahu kepada mereka: Jangan kamu percaya dia, dianya seorang yang sudah keluar agama serta mendusta.

Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji, mereka menyebarkan kisahnya di seluruh pelusuk bumi Arab.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com