7.26.2009

Rejab-Syaaban-Ramadhan


Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi mengizinkan kita untuk terus bernafas di bumi-Nya ini. Apa khabar diri? Bagaimana status kesihatan? Bagaimana status iman? Allhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sehingga kini kita masih bergelar seorang Muslim. Dan yang paling penting, kita mahu menjadi Muslim yang sejati, bukan? insyaAllah, mari kita sama-sama berusaha kearah itu. Jom bermujahadah, wahai mujahidah-mujahidah~!“(sambil mengucapkan),

“Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.” Maka, alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu.” Surah A-Ra’d, ayat 24.


Syaaban sudah pun bertapak untuk tahun 1430 Hijrah ini. Ini juga nikmat daripada Allah, bukan? Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW:


Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpusa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan dimana manusia mengabaikannya iaitu bulan diantara bulan Rejab dan Ramadhan (Syaaban). Ia adalah bulan dimana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekalian alam dan aku suka amalanku diangkat dalan keadaan aku berpuasa. (Riwayat Nasai dan Ahmad)


Subhanallah. Sangat istimewa bulan Syaaban ini, sehinggakan Rasulullah SAW sendiri berusaha untuk memanfaatkan bulan ini. Sedangkan Baginda SAW yang telah dijanjikan oleh Allah SWT syurga-Nya, juga berusaha untuk mencari keredhaan Allah; maka kenapa tidak kita? Kita sendiri tidak mengetahui ajal kita bila, kan? Boleh jadi, besok hari. Boleh jadi, selepas kita membaca perkataan terakhir dalam penulisan ini. Juga, boleh jadi lepas ini. Jadi, tak perlu lagi untuk kita berlengah untuk beramal. Beramal kerana Allah SWT akan berasa indah, kerana terasa seperti diri berada di bawah lembayung rahmat-Nya. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu. Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah SAW menjadikan ibadah berpuasa sebagai salah satu ibadat Baginda kepada Rabb. Marilah sama-sama kita mengikuti sunnah Baginda SAW! ;)


Dalam beribadah kepada-Nya, sudah tentunya kita perlu berlumba-lumba. Tetapi, berbeza dengan acara sukan lumba lari, mahupun lari berpagar; walaupun kita berlumba-lumba untuk beribadah, dalam masa yang sama perlu juga untuk kita mengingatkan orang di sekeliling kita untuk turut sama beribadah. Konteks ibadah sangat luas! Anda niatkan usaha anda membaca penulisan ini kerana ibadah kepada-Nya, kemudian anda akan mengambil pengajaran daripadanya, disamping berkongsi-kongsi dengan orang lain, itu juga sudah di kira sebagai ibadah! Subhanallah! Sangat mudah. Mari kita bersama-sama membetulkan niat kita. insyaAllah, niat yang ikhlas kerana-Nya, akan beroleh ganjaran yang setimpal.


“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kami-lah yang mencatat untuknya.” Surah Al-Anbiya’ ayat 94.


Syabaan juga mempunyai satu hari di mana ianya dianggap sebagai suatu yang istimewa.


“Sesungguhnya Allah melihat (amalan-amalan) hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur sapa dengan saudaranya.) Riwayat Ibnu Majah


Nisfu membawa maksud ‘pertengahan’. Maka, nisfu Syaaban memberi makna ‘pertengahan Syaaban’. Maka, manfaatkan, manfaatkan, manfaatkan! Beribadahlah seperti kita akan pergi menemui-Nya pada esok hari. Beringatlah diri. Satu hari yang berlalu meninggalkan kita bermakna satu hari kita menghampiri hari bertemu-Nya.


Apa lagi ye, yang berkaitan dengan bulan Syaaban? Cuba kita buka kembali kitab suci Al-Quran, lihat kepada surah Al-Baqarah, ayat 142 dan 144.
“Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata,”Apakah yang memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (berkiblat) kepadanya? Katakanlah (Muhammad), “Milik Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” Surah Al-Baqarah, ayat 142.


“Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, makan akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (Pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.” Surah Al-Baqarah, ayat 144.


Yup! Pemindahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidilharam. Pada waktu tersebut, agama Kristian dan Yahudi turut berkiblatkan Masjidil Aqsa. Lantas mereka mencemuh dengan berkata bahawa Islam pada waktu itu, meniru mereka. Rasulullah SAW, sentiasa berdoa kepada Allah (seperti yang disebut pada ayat diatas), supaya Allah menukar kiblat kea rah Masjidilharam. Melalui peristiwa ini, kita dapat melihat betapa kasih dan sayangnya Allah kepada Rasul junjungan SAW. Doa Baginda diperkenankan oleh Allah SWT. Pada suatu petang, usai solat Asar, Baginda SAW mendapat perintah daripada Allah, untuk menukar kiblat.
“Selepas Rasulullah sampai ke Madinah, baginda dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang 16 atau 17 bulan. Kemudian, barulah ditukar ke Mekah. Peristiwa berlaku di dalam Masjid Qiblatain, pada waktu Asar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi, marilah kita berusaha! Berusaha untuk menggapai redha-Nya (mardhatillah) semaksimum boleh! Ingat kan mana yang lupa. Kejutkan siapa yang lena. Bangkitkan mereka(diri!) sebelum ada yang tersungkur.


Ayat cinta daripada Allah SWT.


“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahal yang terbaik (syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat wajah Allah). Dan wajah mereka idak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” Surah Yunus, ayat 26.


Subhanallah. Terimalah amalan-amalan kami sebagai ibadah kami kepada-Mua ya Allah. Amin ya Rabbal ‘Alamin.


Aisyah R.A berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad SAW) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana Baginda apabila solat (sunat) Baginda akan terus melakukannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nukilan istimewa: -cahayaKEHARUMANKU-

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com