7.28.2009
~~~Jom Futsal!!!~~~
7.26.2009
Rejab-Syaaban-Ramadhan
“Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu.” Maka, alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu.” Surah A-Ra’d, ayat 24.
Syaaban sudah pun bertapak untuk tahun 1430 Hijrah ini. Ini juga nikmat daripada Allah, bukan? Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW:
Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpusa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan dimana manusia mengabaikannya iaitu bulan diantara bulan Rejab dan Ramadhan (Syaaban). Ia adalah bulan dimana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekalian alam dan aku suka amalanku diangkat dalan keadaan aku berpuasa. (Riwayat Nasai dan Ahmad)
Subhanallah. Sangat istimewa bulan Syaaban ini, sehinggakan Rasulullah SAW sendiri berusaha untuk memanfaatkan bulan ini. Sedangkan Baginda SAW yang telah dijanjikan oleh Allah SWT syurga-Nya, juga berusaha untuk mencari keredhaan Allah; maka kenapa tidak kita? Kita sendiri tidak mengetahui ajal kita bila, kan? Boleh jadi, besok hari. Boleh jadi, selepas kita membaca perkataan terakhir dalam penulisan ini. Juga, boleh jadi lepas ini. Jadi, tak perlu lagi untuk kita berlengah untuk beramal. Beramal kerana Allah SWT akan berasa indah, kerana terasa seperti diri berada di bawah lembayung rahmat-Nya. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu. Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah SAW menjadikan ibadah berpuasa sebagai salah satu ibadat Baginda kepada Rabb. Marilah sama-sama kita mengikuti sunnah Baginda SAW! ;)
Dalam beribadah kepada-Nya, sudah tentunya kita perlu berlumba-lumba. Tetapi, berbeza dengan acara sukan lumba lari, mahupun lari berpagar; walaupun kita berlumba-lumba untuk beribadah, dalam masa yang sama perlu juga untuk kita mengingatkan orang di sekeliling kita untuk turut sama beribadah. Konteks ibadah sangat luas! Anda niatkan usaha anda membaca penulisan ini kerana ibadah kepada-Nya, kemudian anda akan mengambil pengajaran daripadanya, disamping berkongsi-kongsi dengan orang lain, itu juga sudah di kira sebagai ibadah! Subhanallah! Sangat mudah. Mari kita bersama-sama membetulkan niat kita. insyaAllah, niat yang ikhlas kerana-Nya, akan beroleh ganjaran yang setimpal.
“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kami-lah yang mencatat untuknya.” Surah Al-Anbiya’ ayat 94.
Syabaan juga mempunyai satu hari di mana ianya dianggap sebagai suatu yang istimewa.
“Sesungguhnya Allah melihat (amalan-amalan) hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur sapa dengan saudaranya.) Riwayat Ibnu Majah
Nisfu membawa maksud ‘pertengahan’. Maka, nisfu Syaaban memberi makna ‘pertengahan Syaaban’. Maka, manfaatkan, manfaatkan, manfaatkan! Beribadahlah seperti kita akan pergi menemui-Nya pada esok hari. Beringatlah diri. Satu hari yang berlalu meninggalkan kita bermakna satu hari kita menghampiri hari bertemu-Nya.
Apa lagi ye, yang berkaitan dengan bulan Syaaban? Cuba kita buka kembali kitab suci Al-Quran, lihat kepada surah Al-Baqarah, ayat 142 dan 144.
“Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata,”Apakah yang memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (berkiblat) kepadanya? Katakanlah (Muhammad), “Milik Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” Surah Al-Baqarah, ayat 142.
“Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, makan akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (Pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.” Surah Al-Baqarah, ayat 144.
Yup! Pemindahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidilharam. Pada waktu tersebut, agama Kristian dan Yahudi turut berkiblatkan Masjidil Aqsa. Lantas mereka mencemuh dengan berkata bahawa Islam pada waktu itu, meniru mereka. Rasulullah SAW, sentiasa berdoa kepada Allah (seperti yang disebut pada ayat diatas), supaya Allah menukar kiblat kea rah Masjidilharam. Melalui peristiwa ini, kita dapat melihat betapa kasih dan sayangnya Allah kepada Rasul junjungan SAW. Doa Baginda diperkenankan oleh Allah SWT. Pada suatu petang, usai solat Asar, Baginda SAW mendapat perintah daripada Allah, untuk menukar kiblat.
“Selepas Rasulullah sampai ke Madinah, baginda dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang 16 atau 17 bulan. Kemudian, barulah ditukar ke Mekah. Peristiwa berlaku di dalam Masjid Qiblatain, pada waktu Asar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, marilah kita berusaha! Berusaha untuk menggapai redha-Nya (mardhatillah) semaksimum boleh! Ingat kan mana yang lupa. Kejutkan siapa yang lena. Bangkitkan mereka(diri!) sebelum ada yang tersungkur.
Ayat cinta daripada Allah SWT.
“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahal yang terbaik (syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat wajah Allah). Dan wajah mereka idak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” Surah Yunus, ayat 26.
Subhanallah. Terimalah amalan-amalan kami sebagai ibadah kami kepada-Mua ya Allah. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Aisyah R.A berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad SAW) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana Baginda apabila solat (sunat) Baginda akan terus melakukannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nukilan istimewa: -cahayaKEHARUMANKU-
7.25.2009
TIPS Merajut Cinta Dalam Ukhwah
7.21.2009
The old man and the ship ......
Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed! A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars. "What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"
So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."
The man sent a bill that read:
Tapping with a hammer...... ......... ........ $ 2.00
Knowing where to tap.......... ......... ...... $ 9,998.00
Effort is important, But knowing where to make an effort makes all the difference!
berusehelah! em!
7.19.2009
Muqayyam ' Footsteps of Badr'
7.15.2009
Tunggu saya wahai Encik Masa!!!!
Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan rahmatNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat Islam, kemanisan iman, kesejahteraan dan keselamatan. Berlalu sudah semester pertama dan berkunjung kini semester kedua. Moga-moga kita lebih ceria dan lebih bersemangat untuk menghadapi semester baru.
Bersempena dengan minggu pertama sekolah, ade entree speciallll dr SOI untuk sahabat-sahabat semua. Nak tahu lebih lanjut?? Jom mari kita baca sama-sama....
Alkisah, Ani dan Ana merupakan pelajar tahun kedua di salah sebuah pusat pengajian tinggi di NZ.
Babak 1:
Kisahnya bermula begini.......
Ani: Assalamualaikum Ana.
Ana: Wa’alaikumussalam Ani. Lame tak jumpa kan, awak sihat?
Ani: Alhamdulillah, sihat-sihat saja.
Ana: Awak pergi class tak nanti?
Ani: Ani macam malas la nak pergi lecture hari nie. 1st lecture bukan ada ape-ape pun
sangat, lecturer tak mengajar, kasi outline dan brief pasal course saje kan. Ani
ingat nak turun town lah, nak cuci mata sikit.hehhe. Ana nak ikut tak?
Ana : Ohw tak pe lah. Ana nak pergi class. Takut pulak tertinggal point penting dari
lecturer. Kalau tak bersungguh dari awal, Ana takut tak terkejar nanti.
Ani: Kalau macam tue, Ana amekkan note untuk Ani yerk. Sampai kan salam sayanggg
Ani kat lecturer nanti. Terima kasih daun keladi, lain kali ambilkan lagi. Ani pergi
dulu.... Byeeee....
Ana: Eh Ani kejappp...Ana nak cakap sikit ni......!!!
Tak sempat Ana menyambung kata-kata nya, Ani sudah berlalu pergi....
Babak 2:
Ana: Ani, awak dah mula cari bahan untuk assignment essay yang Dr.Debs kasik tue?
Jom kite start buat.. Sebab tinggal 2 minggu je lagi. Kebetulan minggu yang kene
hantar essay tu kite ade in-term test untuk subject Math.
Ani: Nanti lah Ani buat. Banyak mase lagi nie. Kalau dikira-kira ade lebih kurang 14 hari
dan kalau didarabkan dengan 24 jam, ha!!! Ade lebih kurang 336 jam lagi.. Hehehe.
Chill, chill.... bile dah dapat ilham nanti Ani buat lah. Kite talk later lah.. Ani nak
pergi lab computer nak sambung tengok movie nie…… Cerita drama bersiri yang
ari tue pon tak habis tengok lagi. Tak best lah kalau orang lain advance dari Ani….
Ana: Ani..menangguh tu kan pencuri masa…. Allah tak suke kalau hambanya yang
mensia-siakan waktu.. Kalau kita buat sikit-sikit dari sekarang tak lah rase terbeban
di kemudiaan hari….
Ani: Em…. Pepandai lah Ani buat nanti…..
Babak 3:
Hari berganti hari, Ani masih lagi dengan sikapnya yang sambil lewa dan membuang masa…. sampai lah hari sebelum test dan submission assingment.
Ani: Ya Allah... macam mana nie!!! Banyak lagi keje tak siap nie.. Test pon tak habis cover lagi nie. Aduishhh.... habislah.... tinggal 5 jam je nie.... Idea-idea datanglah menjelma!!!! Wahai Encik masa jangan lah bergerak cepat sangat!!! Menyesalnya tak buat awal-awal.... arrggghhh!! Serabutttt!!!!
........The end..........
Walaupun cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata tetapi terase terkena juga pada diri saya sendiri. Daripada cerita di atas ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil.
1) Sikap menangguh penghalang untuk kita mencipta kejayaan.
”Masa ibarat pedang sekiranya kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu”
Alangkah ruginya kalau kite terus menerus menangguh dan tidak menghargai masa.Sikap menangguh bukan sahaja menyebabkan kita berasa tertekan dengan bebanan kerja yang menimbun malah kerja yang dihasilkan juga mungkin kurang berkualiti. Slogan ”Asal Siap Janji Hantar” mungkin jadi penyedap jiwa dikala diri tengah struggle siapkan kerja atau nak pulun habiskan baca untuk test esoknya. Kalau nasib baik, sempatlah hantar on time. Kalau tak terpaksa lah buat muka seposen mintak extension dari lecturer.
Sikap menangguh ada pada semua orang tetapi sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri inshaAllah ini memudahkan diri kita untuk menempah tiket kejayaan dalam hidup.
2) Kerugiaan yang besar pada diri sekiranya masa sentiasa diisi dengan perkara yang sia-sia
”Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya”
(Riwayat Tirmizi)
Masa sentiasa bergerak pantas dan tidak akan pernah berhenti menunggu kita. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengisi masa lapang, masa sihat, masa muda, masa kaya dan masa hidup sebelum datang kepada kita kesibukan, kesakitan, kekacauan, kesusahan dan kematian. Kita perlu mengisi masa kita dengan melakukan amal soleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(Al-’Asr: 1-3)
Allah telah memperjelaskan di dalam Al-quran bahawa manusia berada dalam kerugian kecuali;
- orang beriman
- orang yang mengerjakan kebajikan
- orang yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran
Moga-moga kita semua berusaha tergolong dalam kelompok manusia yang dimuliakan oleh Allah.
3) Perlunya kepada perancangan dalam mengendali kehidupan
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaanya.
Imam Hassan Al-Banna
Setiap manusia diberikan Allah dengan 24 jam sehari. Tugas kita sebagai seorang muslim yang sedang belajar menuntut kita untuk bijak menguruskan masa. Ini kerana dalam masa yang sama kita perlu melaksanakan hak kita kepada Allah, hak kepada diri kita sendiri dan juga hak kepada orang lain seperti ibu bapa dan sahabat-sahabat kita. Dengan merancang kita dapat melihat dengan lebih jelas perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan. InshaAllah kita juga akan rase lebih tenang dan dapat memberikan fokus yang lebih baik ketika melaksanakan urusan atau kewajipan kita.
7.14.2009
PROMOSI BUSANA MUSLIMAH!
[Al-Baqarah : 254]
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada kakak-kakak, adek-adek serta rakan-rakan sekalian. Disini ada 1 BERITA BAEKKK!!! yang hendak disampaikan. Jadi, Sila Bagi Perhatian sepenuhnya yeee!
Muslim T Brothers (NZD 14 each)
Muslim T Sisters (From NZD 18 to NZD 20 each)
Badges (NZD 2 each)
Boleh order ape2 aje dari website die. :P
Harga vary from NZD 22 and above for each item.
Al - Jannah Collection (NZD 20 to NZD 22 each)
Blessing Collection (NZD 20 to NZD 22 each)
7.13.2009
7.11.2009
Update on Islamic OSCE Practice Day
Selamat Kembali Ke UNI!!! ..
Alhamdulillah, selamat sudah percutian kita selama tiga minggu dan bermulalah cabaran di semester baru sebagai maha-siswi harapan agama dan negara. Sama-sama betulkan niat kita belajar, untuk mendapatkan Keredhaan Allah. Sesuai dengan hadith
Dari abu sholeh dari Abu Hurairah berkata : rosulullah bersabda : “barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga”. (HR. Tirmidzi).
Jadi marilah kite bersama2 bersemangat baru dan berusaha. emp!
Anyway, pada tanggal 11hb Julai 2009 bersamaan hari Sabtu yang lalu S.O.I telah berjaya menganjurkan ujian penilaian kepada aktiviti cuti-cuti Wellington yang telah berlansung secara semingg bermula pada 5hb Julai yang lalu. Alhamdulillah, aktiviti ini telah mencapai matlamatnya untuk menganalisa sejauh mana keberkesanan Cuti-Cuti Wellington dalam membentuk 10 ciri individu yang cemerlang ;
Aqidah yang Sejahtera, Ibadah yang betul,Akhlak yang mantap,Individu yang kuat tubuh badan, Berilmu pengetahuan luas, Mampu berdikari,Bermujahadah melawan dirinya, Menjaga masa, Tersusun urusannya, dan bermanafaat kepada orang lain.
Ujian dijalankan berdasarkan bintang kerjasama , kreativiti dan ilmu pengetahuan yang di uji disetiap Stesen:
Stesen 1: Tak Kenal Tak Cinta: Sirah
Stesen 2: Islam DI Hati : Ujian FARDU AIN
Stesen 3: Ambil Peduli: Palestin
Stensen 4: Mata-mata Rantai: Hafazan JUZ AMMA
Alhamdulillah, semua peserta menunjukkan pencapaian yang baik dalam kesemua ujian penilaian. Ini mencerminkan kesungguhan masing-masing dalam mempelajari ilmu dan menyusun urusan kehidupan. Picture speaks more than words, untuk lebih overview on the day event: boleh lihat slide show di bawah. Untuk lebih menarik, sila mainkan mana-mana lagu di dalam Entertainment Box di sebelah.
Sekian, salam mujahadah! Semoga berterusan dalam menjaga waktu. Sesungguhnya amalan yang kecil dan berterusan itu lebih Allah sukai daripada amalan yg besar tetapi sekali sekala. =)
ISLAMIC OSCE PRACTICE DAY - PROMO
7.09.2009
Sirah Day 6: Hijrah Rasulullah s.a.w
Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah, Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: "Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu".
PENGEMPUNGAN RUMAH RASULULLAH S.A.W
1. Abu Jahal bin Hisyam
2. Al-Hakam bin Abi al-As
3. Ugbah bin Abi Muit
4. al-Nadhr bin al-Harith
5. Umaiyah bin Khalaf
6. Zamaah bin al-Aswad
7. Tu'imah bin 'Adi
8. Abu Lahab
9. Ubai bin Khalaf
10. Nabyah bin al-Hajjaj
11. dan saudaranya Manbah bin al-Hajjaj
Masa tindakan adalah ditengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi, Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggarNya. Memang Allah melaksanakan sesuatu seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
"Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya".
(al-Anfal: 30)
RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA
(Yaa Siin: 9)
Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, "Apa yang kamu tunggu ini?" Jawab mereka, "Kami menunggu Muhammad". Jawab lelaki tadi, "Kau sudah gagal dan kehilangan peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya". Jawab mereka semua, "Demi Allah, kami tidak melihatnya pun". Mereka semua bangun, mengibas tanah dari kepala masing-masing.
DARI RUMAH KE GUA
Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, "Abdullah adalah salah seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam". Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan, "susu dan daging" kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.
Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah terlepas dari usaha jahat mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana Rasulullah dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu rumah, Asma' binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, "Mana bapa awak?". Jawab Asma', "Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi". Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma' hingga melayang sebelah subang di telinganya.
Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan, iaitu seratus ekor unta untuk seorang.
Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, "Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, "Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita".
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi.
DALAM PERJALANAN KE MADINAH
Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini, Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, "Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah seekor tunggangan ini". Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab Rasulullah, "Ku ambil Dengan harga".
Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan mulia ini. Katanya, "Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak lama kemudian beliau membawa mereka rrtenyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad, dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A'ada memasuki Ta'hn berlepas ke al-Ababid melintasi al-Fajah turun al-A'rj mengarah ke Thaniyah al-A'air di sebelah kanan Rakubah, kemudian turun lagi ke Batn Ra'im akhirnya sampai ke Quba'. Di sini diringkaskan beberapa peristiwa di dalam perjalan berkenaan:
1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, "Tidurlah wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini". Rasulullah pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah, hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, "Siapa tuan kamu, wahai pengembala?". Jawabnya, "Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah. Kataku kepada lelaki itu, "Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?". Jawabnya, "Ya, memang ada". Kataku, "Boleh tak kauperahkannya". Jawabnya, "Ya, sudahtentuboleh".Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, "Hai, kau bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran". Lepas itu, beliau memerah susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu' darinya, ku pun bawa ke hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin. Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, "Boleh tak kita bergerak sekarang ini?". Jawabku, "Bahkan boleh, wahai Rasulullah". Kemudian kami semua bergerak. .
2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, "Siapa yang dihadapan kamu itu?" Jawab Abu Bakr, "Itu penunjukjalan". Orang itu menyangka yang dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.
Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, "Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja'syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami.
(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)
(al-Taubah: 40)
Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab". Di awal hari beliau menjadi musuh Rasulullah, di akhir hari menjadi pengawal Baginda.
4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma'bad al-Khuza' iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, "Apakahada sesuatu bersama puan?" Jawabnya, "Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau".
Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata suami Ummu Ma'bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma'bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung tajuk nanti, kata suami Ummu Ma'bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti.
Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Dipersinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau... Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka 'ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan kaum mukmin mu,
Bertanyalah saudara mu,
Mengenai kambingnya, Bejananya,
Kambing pula menegas saksian.
PERSINGGAHAN DI QUBA'
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'.
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan perasaannya dengan melaung," wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu," kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.
(al-Tahrim: 4)
Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalnagan qabilah Banu Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang - dalam salu naskah tertulis; mereka berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w) oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.
saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.
MEMASUKI AL-MADINAH
Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah, ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk mempertahankan man hamba". Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, "Biarlah dia bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga bap'a saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya, maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As'ad bin Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama beliau.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami yang terdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk". Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu berdua dengan keberkatan dari Allah".
Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.
Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:
Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.
"Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya, pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah."
Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu' peranan dakwah Islamiah di peringkat Makkah.
7.08.2009
Sirah Day 5: Perjanjian Aqabah kedua
Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari tasyriq, di persimpangan berhampiran al-'Aqabah di mana upacara Jamrah pertama dilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malah gelap gelita.
Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya telah pun kami membuat janji dengan Rasulullah untuk bertemu di al-'Aqabah di pertengahan hari-hari tasyriq, malam yang kami janjikan itu telah turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kami itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam itu kami telah berbicara dengan Abdullah bin Amru, kata kami: Wahai Abu Jabir tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di al-'Aqabah. Kata Kaab: Tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah, dan beliau turut serta dipertemuan al-'Aqabah, di mana beliau menjadi naqib dan ketua.
Kami semua berkumpul di persimpangan yang dijanjikan, menunggu ketibaan Rasulullah, tepat pada masanya, Rasulullah pun datang, turut serta mengiringi Rasulullah ialah al-Abbas bin Abd al-Muttalib, beliau masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu.
PERBINCANGAN AWAL DAN PENJELASAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT PE NTING OLEHAL-ABBAS '
Agenda Baiah:
Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Jabir secara terurai, kata Jabir, "Wahai Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berbaiah dengan tuan hamba?" Jawab Rasulullah, kamu berbaiah untuk:
1. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan segar dan malas.
2. Berinfaq semasa susah dan senang.
3. Menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran.
4. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang.
5. Menyokong daku setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nanti.
PENGIKATAN BAIAH
Setelah persetujuan dicapai dengan semua agenda baiah dan setelah penegasan dibuat maka pengikatan baiah pun dimeteraikan melalui berjabat tangan dengan Rasulullah. Di sini kata Jabir selepas menaqalkan(memetik) kata-kata As'ad bin Zurarah tadi: Maka hadirin pun berkata: "Wahai As'ad hulurkan tangan kau, demi Allah kami tidak akan biarkan baiah ini sia-sia atau dipercumakannya".
Dengan itu maka baiah umum pun berjalan lancar. Kata Jabir: Setelah itu maka seluruh kami bangun seorang demi seorang memeterai baiahnya dengan Rasulullah dan baginda menjaminkan kami syurga Allah. Adapun baiah kaum wanita yang dimeteraikan di dalam kedua-duanya adalah melalui lafaz akad baiah sahaja tanpa baginda berjabat tangan dengan mana-mana perempuan ajnabi.
PERLANTIKAN DUA BELAS ORANG SEBAGAI NAQIB
Setelah proses baiah selesai dilaksanakan, Rasulullah (s.a.w) meminta supaya dipilih dua belas orang pemimpin sebagai naqib kepada kaum mereka, bakal bertanggungjawab bagi pihak mereka semua di dalam rangka usaha merealisasikan seluruh agenda baiah itu, seru baginda: "Ayuh kemukakan dua belas orang sebagai naqib untuk pimpinan kepada kaumnya. Pemilihan pun dibuat dengan segera, yang terdiri dari al-Khazraj sembilan orang, dan tiga dari al-Aws mereka itu adalah:
1. As'ad bin Zurarah bin Ads
2. Sa'd bin al-Rabi' bin Amru
3. Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah.
4. Rafi bin Malik bin al-Ajlan
5. Al-Bara' bin Marur bin Sakhr
6. Abdullah bin Amru bin Hiram
7. Ubadah bin al-Samit bin Qais
8. Sa'd bin Ubbadah bin Dulaim
9. Al-Munzir bin Amru bin Khanis
Naqib-naqib kepada al-Aws
1. Usaid bin Hudhair bin Simak
2. Sa'd bin Khaithamah bin al-Harith
3. Rifa'ah bin Abd al-Munzir bin Zubair
SYAITAN MEMBONGKAR PERJANJIAN RASULULLAH
Sebaik sahaja proses pemeteraian perjanjian dan semua peserta hampir beredar dari majlis, salah seekor syaitan telah menjumpai mereka, namun terbongkarnya pertemuan itu adalah di saat-saat terakhir, agak terlewat baginya untuk memaklumkan kepada pihak pemimpin Quraisy akan rahsia pertemuan sulit ini. Agar pihak Quraisy menyerempak mereka, walau macamana sekalipun syaitan tadi naik ke atas tanah tinggi dan melaung selantang suaranya yang dapat didengar: "Wahai penduduk al-Akhasyib, kamu tahu tak Muhammad dan orang-orangnya ini? Mereka telah berjanji setia untuk memerangi kamu". Kata Rasulullah : "Itu dia syaitan al-"Aqabah, demi Allah wahai seteru Allah sepenuh masa akan ku perangi kau," dengan itu para peserta bersurai pulang ke tempat masing-masing.
KESEDIAAN AL-AMSAR UNTUK MEMERANGI QURAISY
QURAISY MEGEMUKAKAN BANTAHAN KEPADA PEMIMPIN YATHRIB
Bila mana berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan Quraisy timbullah rasa rimas, kebimbangan, dan kekesalan, kerana mereka sudah menduga sedalam-dalamnya kesan baiah seperti ini, juga pengaruhnya ke atas harta benda malah nyawa mereka, bila menjelang siang terus diutuskan perwakilan yang ramai terdiri dari pemuka-pemuka dan kepala samsengnya ke perkhemahan penduduk Yathrib, untuk mengemukakan bantahan mereka yang amat sangat terhadap perjanjian itu, kata mereka: "Wahai kalian al-Khazraj, sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu datang menemui saudara kami itu, dengan hasrat kamu untuk membawanya keluar dari pangkuan kami, malah kami sudah berjanji setia untuk memerangi kamu, demi Allah sesungguhnya tidak satu qabilah Arab pun yang senang untuk menyaksi peperangan timbul di antara kami dan mereka, di mana kamu sebahagian darinya".
KEPASTIAN BERITA OLEH PIHAK QURAISY DAN PEMBURUAN MEREKA YANG BERBAIAH
Pemimpin Quraisy pulang ke Makkah dengan kepercayaan hampir yakin mengenai perkhabaran yang didustakan itu, namun mereka masih menggali dan mencari kesahihan berita berkenaan, akhirnya mereka memastikan kebenaran berita itu, memang baiah berlaku sebenarnya, itupun setelah jamaah haji pulang ke tanah air masing-masing, dengan itu cepat-cepat wira-wira penunggang kuda Quraisy memburu golongan Yathrib, malangnya masanya sudah terlewat, namun sempat juga mereka melihat Sa'd bin 'Ubbadah dan al-Munzir bin Amru, lalu mereka memburu kedua-dua orang ini, al-Munzir sempat melepaskan dirinya tetapi Sa'd tidak sempat, pihak Quraisy menangkap serta memberkas tangannya dengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka mengerjakan terhadap Sa'd menyeret-nyeretnya, menarik-narik rambutnya, hinggalah mereka membawa masuk semula ke Makkah, namun bila al-Mut'am bin 'Adi dan al-Harith bin Harb bin Umaiyah mendapati Sa'd dalam keadaan begini mereka berdua berusaha membebaskan serta merongkai ikatan di tangannya, ini adalah kerana Sa'd memberi perlindungan kepada Qafilah mereka yang melalui Yathrib.
Perasaan dan syuur seumpama ini bukanlah luapan seketika, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, lantaran ianya bersumberkan keimanan kepada Allah, Rasul dan kitabNya, keimanan yang tidak mungkin dipudarkan oleh mana-mana kekuatan penganiayaan yang jahanam, keimanan yang apabila roh dan semangatnya bertiup, tidak ada tenaga yang mampu menghalangnya, malah di ketika itu ianya mampu melakukan keajaiban-keajaiban. Dengan keimanan ini kaum muslimin mampu merakamkan kerja-kerja dan warisan-warisan di samping lembaran sejarah, kekal abadi memberi contoh kepada masa-masa bakal mendatang.
7.07.2009
Sirah Day 4: Baiah Al-Aqabah Pertama
Telah pun kita katakan enam orang dari penduduk Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah dan menjanjikan Rasulullah untuk menyebarkan risalahnya di sana, di kalangan kaumnya.
Sebagai hasil kepada usaha-usaha mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua belas kebangkitan Rasulullah, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba ke Makkah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:
1. Muaz bin al-Harith Ibn 'Afa Banu al-Najar al-Khazraj
2. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraj
3. Ubbadah bin al-Samit Banu Ghanam al-Khazraj
4. Yazid bin Tha'labah sekutu Banu Ghanam al-Khazaraj
5. al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu Salim al-Khazaraj
6. Abu al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan al-Asyhal. al-Aws
7. Uwaim bin Sa'idah Banu Amru bin Auf al-Aws
Dua yang akhir adalah dari qabilah al-Aws manakala yang lainnya dari al-Khazraj.
Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Muna, terus berbaiah dengan Rasulullah berdasarkan Baiah al-Nisa' (wanita), iaitu corak baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah telah berkata kepada mereka: "Ayuh mari berbaiah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu adalah habuannya". Kata Ubbadah:
Dengan itu daku pun berbaiahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiah dengannya di atas dasar itu"
DUTA ISLAM KE MADINAH
Setelah selesai pemeteraian baiah dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbaiah, seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat Islam serta mendalamkan masalah agama ( al-Tafaqquh fi al-din ), dan supaya mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal memeluk Islam, iaitu Mus'ab bin Umair (r.a).
KEJAYAAN YANG CEMERLANG
Semasa di Madinah, Mus'ab bin Umair menumpang bersama As'ad bin Zurarah, malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mus'ab dikenaU sebagai al-Muqri (pembaca).
Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari As'ad bin Zurarah telah keluar bersama Mus'ab bin Umair ke perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh orang-orang Islam, di masa itu Sa'd bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua tokoh pemuka Banu Abd al-Asyhal, yang pertama telah meminta kepada yang kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, As'ad bin Zurarah itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yang bereskan.
Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Mus'ab dan As'ad, sebaik sahaja As'ad melihatnya, As'ad pun memberitahu kepada Mus'ab katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap kau dapat jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Mus'ab: Insyaallah sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang membawa kamu datang ke mari kamu cuba memperbodohkan golongan yang lemah di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu masih sayan^ lagi kepada diri kamu". Kata Mus'ab: "Boleh tak tuan dudul dan cuba dengar dari kami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalau tidak kau boleh perintah aku berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu beliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Mus'ab pun menyampaika'n kepadanya pengenalan Islam di samping membaca al-Quran, seterusnya Mus'ab menceritakan: Demi Allah kami sudah dapat melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?
Kata Mus'ab dan As'ad kepadanya: "Pertama-tamanya kamu harus bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terus bangun dan bftrsuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan:
"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya beliau ini mengikuti kamu berdua, pasti tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan menuju ke hadapan Sa'd bin Mu'az yang sedang berada bersama kaumnya di kelab mereka, kata Sa'd: Demi Allah Aku bersumpah itu dia Usaiyid, telah datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi.Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab terus Sa'd berkata:Apa yang telah kau lakukan? kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan dua orang muda itu dan aku dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan mereka berdua telah memberijawapan, dengan kata mereka: Kami menurut sahaja, apa yang kamu senang dengannya".
Apa yang terjadi seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk membunuh As'ad bin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau adalah anak saudara Sa'd bin Mu'az, dengan tujuan untuk melanggar perjanjian. Sa'd bin Mu'az pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat kaum muslimin berkumpul bersama As'ad, beliau membawa tombaknya terus menuju ke tempat Mus'ab dan As'ad, setelah didapati mereka berdua tenang tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di mana Usaiyid membiarkan begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari mereka berdua, namun sesampainya beliau di hadapan Mus'ab dan As'ad dengan keadaan memarahi mereka, lantas beliau berkata kepada As'ad: "Demi Allah wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungan kekerabatan di antara kita berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua telah memasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".
Sebelum ini As'ad sudahpun memberitahu kepada Mus'ab:Itu dia ketua qabilah ini, telah pun datang di belakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akan tertinggal. Dengan itu Mus'ab pun berkata kepada Sa'd: Boleh tak tuan hamba duduk seketika dan dengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami sampaikan itu menyenangkan tuan, bolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan itu memberatkan tuan, maka kami elakkannya dan hindarkan yang tuan bencikan ini. Kata Sa'd: Itu adalah waras dan saksama, kemudian beliau memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan ayat-ayat al-Quran semasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran Islam sebelum beliau berkata sesuatu, mukanya berseri penul kepercayaan dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memeluk Islam? JawabMusab dan As'ad: pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu beliau teru bertindak seperti yang dijelaskan.
Setelah beliau mencabut tombaknya dan terns pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat oleh kaumnya, mereka mendapati wajah Sa'd telah bembah dari sebelum beliau menemui Mus'ab.
Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus bertanya: Wahai Bani Abd al-Asyhal, kamu kenal tak diriku di kalangan kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di antara kami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sa'd: Demi sesungguhnya, apa-apa perkataan yang diungkapkan oleh kaum lelaki atau perempuan di kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya, selagi mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu, tidak sampai sekerat hari seluruh Banu al-Asyhal menganut Islam, kecuali seorang sahaja iaitu al-Usayram yang telah menangguh penerimaannya, hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum muslimin yang lain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya al-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yang syahid meskipun tidak sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang banyak.
Mus'ab bin Umair tinggal di rumah As'ad bin Zurarah menyeru masyarakat di sana kepada Islam, menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumah Banu Umaiyah bin Zaid, I[hatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang disegani di mana cakapnya didengari iaitu Qais bin al-Aslat, mereka tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahun peperangan Khandak iaitu tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum ketibaan musim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah, Mus'ab telah membawa bersama beliau satujemaah ke Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan, beliau memperihalkan kepada Rasulullah segala sesuatu mengenai qabilah yang menetap di Yathrib, dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensi yang sedang menunggu di sana.