“Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini. Allahyarham menyatakan hasratnya pulang ke Palestine utk berkahwin. Baliau sempat bertunang cuma lebih sebulan. Cadangannya hendak pergi konvo selepas berkahwin tidak kesampaian Beliau seorang yang sangat disenangi dan suaranya sangat sedap melagukan syair2 Arab. Beliau giat mencari dana untuk membantu ratusan anak2 yatim di Gaza. Rakan sekampungnya, Herbawi, mengatakan Masjid Ibrahim tempat beliau solat itu terletak di bahagian kawasan yang sudah dikuasai Yahudi dan mereka terpaksa melalui pemeriksaan apabila keluar masuk masjid tsb. Tetapi demi cinta mereka terhadap Masjid Ibrahim yang bersejarah itu mereka sanggup mengharungi berbagai kesukaran untuk bersolat di Masjid tsb.
Bagi mereka pengalaman ditahan, diancam dan diseksa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan.Namun ramai pelajar UIA sendiri tidak merapati insan2 yang berjiwa kental ini mungkin kita TIDAK mengenali latarbelakang mereka sebenarnya. Mereka tidak akan bercerita jika kita tidak bertanya.Pernahkah kita mengajak mereka berhari raya umpanya. Pernah kita berkongsi makanan dengan mereka. Pernahkah kita meyakinkan mereka bahawa kita adalah sahabat tempat mereka berkongsi kesakitan.Mati syahid adalah idaman mereka sejak kecil. Mereka tidak takut disakiti tetapi takut kalau keluarga mereka diancam.Masya Allah hebatnya mereka.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
0 comments:
Post a Comment