Langkah kaki A’liyah diatur kemas ketika melangkah ke dalam pejabat barunya. Hatinya berdebar-debar untuk memulakan tugasnya dan bertemu pemilik syarikat yang akan dia berbakti itu. Senyuman diberi kepada penyambut tetamu yang setia menanti di pintu syarikat, manis gadis yang menyambut kedatangan A’liyah.
“Cik Aliyah Mansur ya?” tanya gadis berbaju kemeja biru laut itu.
Kejayaan syarikat yang hanya berusia setahun jagung itu berjaya menawan hatinya ketika dia terfikir untuk merubah angin dari kedudukannya di syarikat lama dahulu. Lantas dia terus memohon untuk memenuhi jawatan akauntan di Syarikat Indera Sdn. Bhd. Suasana pejabat yang kian sibuk mencuit perhatiannya, dia melihat setiap pekerja mejalankan tugas dengan tekun sekali, mungkin telah ditapis kualiti pekerja-pekerja ini semasa temuduga seperti dirinya juga. Hayunan kaki terhenti di hadapan pintu kayu yang menjadi pemisah dengan ruang di dalamnya, tulisan di pintu diamati.
Kata ayah, ayat ini untuk keyakinan dan buat orang-orang yang baru kita kenali senang dengan kita. Semoga tugas-tugas masa akan datang akan lebih mudah dilakukan. Tudung yang meliputi kepalanya dibetulkan agar nampak kemas. Namun, mata A’liyah terus terpaut kepada susuk badan yang kelihatan sibuk tunduk menyelesaikan kerjanya. Lantas kepalanya diangkat ketika A’liyah diperkenalkan sebagai akauntan baru, Mata A’liyah terus terpaut dengan pemilik nama Yusuf Zahran itu.
‘Muda.’ Satu perkataan yang terbit di hatinya apabila terpandang wajah Yusuf.
“Ini syarikat aku! Lantaklah apa cara aku nak guna pun. Aku yang keluarkan duit untuk syarikat ni. Kau kalau nak ikut kepala kau buatlah syarikat kau sendiri. Hei, dengar sini Aliyah. Aku ambil kau untuk menguruskan kewangan syarikat ini. Cara apa aku nak kau guna, itu urusan aku. Kau makan gaji dengan aku jadi tak payah nak tunjuk baik kat sini!” Jerkah Yusuf kepada A’liyah.
Merah muka A’liyah dimarah sebegitu, dia tak puas hati dengan penjelasan Yusuf. Pertanyaan yang disusun baik, supaya lelaki itu tidak terasa dengan pertanyaannya tetapi tetap salah. Tetap membuatkan lelaki itu menyinga. Tidak disangka lelaki yang dia bertemu muka sebulan lalu begitu kasar orangnya. Dia terkejut dengan kewangan syarikat dipenuhi dengan riba dan rasuah. Syarikat ini juga telah berjaya mengelak dari membayar cukai tahunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sangkaannya dulu salah sama sekali, kejayaan Indera bukan dengan usaha dan jalan yang diredhai-Nya.
‘Ya Allah, aku tidak mahu bersubahat melakukan dosa pada-Mu dan memperoleh rezeki yang haram.’ Hati A’liyah merintih kesedihan.
Dia berharap agar penghijrahannya ke Indera membawa kegembiraan tetapi hatinya kini layu dengan keadaan syarikat ini diusahakan. Hari pertama lalu, terkejut hatinya apabila diberitahu tiada ruang solat disediakan di dalam syarikat dan kebanyakkan pekerja tidak menunaikan solat kerana malas untuk bergerak ke masjid yang berdekatan, mereka tidak mahu waktu rehat mereka dibuang untuk bergerak jauh. Berkerut dahi A’liyah mengenangkan keadaan syarikat itu diuruskan.
“Tak boleh ke kita lakukan secara bersih perniagaan ni? InsyaAllah kita akan berjaya. Redha Allah pun kita dapat. Usaha dengan titik peluh sendiri lebih manis kejayaannya dirasakan.” Ujar A’liyah tegas.
Sudah tidak ada jalan penyelesaian yang boleh dia ambil. Buntu fikirannya mencari baik kata-kata untuk diluahkan kepada Yusuf. Terkejut A’liyah apabila melihat Yusuf begitu muda pada hari pertamanya. Kagum A’liyah dengan kejayaan Yusuf menguruskan syarikat dan kejayaan-kejayaan yang sukar diperoleh oleh syarikat yang baru dalam bidang perniagaan ini. Rupa-rupanya ada muslihat disebalik projek-projek besar yang dijalankan syarikat ini. Fikirannya melayang kepada kata-kata ayah.
“A’liyah, jangan mudah mengalah. Jangan lari dari perjuangan A’liyah. Mungkin Allah pilih A’liyah untuk membimbing mereka. Mungkin ini jalan jihad A’liyah. Jalan dakwah yang A’liyah perlu lalui untuk kembalikan mereka ke jalan-Nya. Jangan lari dari medan peperangan A’liyah, Allah murka dengan orang lari dari medan jihadnya. Kalau A’liyah tak bimbing mereka siapa lagi yang berani? Atau A’liyah mahu melihat teman saeagama A’liyah terus sesat?”panjang ucapan ayah menenangkan jiwa A’liyah.
Semangatnya kembali, lantas A’liyah memandang Yusuf seraya mengeluarkan kata-kata yang tersusun untuk menenangkan keadaan.
“Keredhaan Allah yang saya cari bila saya memilih untuk berada di sini. Saya akan lakukan tugas saya sebagaimana tuntutan syariat dan saya harap Encik Yusuf tidak menghalang saya. Bagaimana kita mahu orang menghormati dan mencontohi kita jika pemimpin tidak pernah tunduk dan sujud kepada Maha Pencipta? Biar harta dan kekayaan menimbun tapi hati kosong tidak diisi dengan keimanan, tiada gunanya Encik Yusuf Zafran.” Laju kata-kata A’liyah dan lantas bangun bergerak keluar dari bilik yang kian panas dengan perbalahan itu.
“Saya keluar dulu Encik Yusuf. Oh, lupa pula. Hari ini, pekerja lelaki masuk ke pejabat lewat sikit. Saya minta kebenaran dari Encik Yusuf bagi pihak mereka untuk tunaikan solat Jumaat.” Selamba A’liyah meminta kebenaran dari Encik Yusuf.
*************************************************************************************************
“Arrggghhhh!” jerit Yusuf.
‘Perempuan ni memang dah melampau. Rosak syarikat aku. Aku akan berhentikan dia.’ Hati Yusuf kian membara memikirkan akauntan barunya, A’liyah.
Lantas interkom ditekan seraya dia memanggil setiausahanya. Nekad dia akan memberhentikan A’liyah. Tiba-tiba perlakuannya terhenti. Memikirkan suatu jalan untuk membalas dendamnya pada A’liyah. Dia perlu buktikan pada A’liyah yang dia lebih hebat dari perempuan itu.
‘Kau ingat kau hebat, A’liyah. Aku akan buktikan yang aku pun baiklah. Kau ingat pakai tudung tu dah baik sangat la. Aku boleh bina masjid kalau aku nak la.’ Geram hatinya mengingatkan kata-kata A’liyah.
Pintunya diketuk, dan setiausahanya muncul sambil memegang buku nota dan pen sedia menunggu arahan dari ketuanya.
“Aku nak kau tulis benda ni dan hantar pada semua pekerja kecuali Aliyah. Arahan ini berkuatkuasa mulai esok. Stor yang letak kita kertas-kertas tolong mintak cleaner bersihkan dan beli barang-barang ni.” Tegas dan kasar kata-kata Yusuf sambil menghulurkan kertas yang telah dicatitnya segala arahan yang diberinya.
Berkerut dahi setiausahanya, apabila membaca arahan yang ditulis ketuanya. Terkejut dengan apa yang dibacanya. Lantas dia terdiam dan kaku di hadapan Yusuf.
“Hah, apa tercegat lagi. Mulakan kerja kau.” Tegur Yusuf apabila melihat setiausahanya terdiam di hadapannya.
*************************************************************************************************
Pagi itu, A’liyah terkejut dengan perubahan yang dia lihat pada pejabatnya. Semua pekerja perempuan berbaju kurung. Tiada lagi skirt pendek yang dia lihat sebelum ini. Suasana ditenangkan dengan alunan nasyid yang keudara oleh pembesar suara. Gambar-gambar di dinding penuh dengan ayat-ayat Quran dan kaligraf Islam yang cantik.
“Salah masuk pejabat ke?” bisik A’liyah.
Tiba-tiba matanya terpaut pada papan tanda yang tertera perkataan ‘SURAU’. Terbeliak matanya melihat tulisan itu. Tiba-tiba dia tersenyum mengenangkan kata-kata semalam yang dia lontarkan pada Yusuf.
“Alhamdulillah.” Bibirnya memuji Yang Maha Esa.
*************************************************************************************************
Linangan air mata Yusuf dikesat dengan jari-jarinya yang merah berinai. Hatinya pilu mengenangkan masa lalunya. Perjalanan yang diharunginya. Teringat dia pada perubahan drastik yang diambil ketika A’liyah masih menjadi akauntannya. Dia berubah untuk buktikan pada A’liyah yang dia boleh menjadi lelaki yang baik. Tercabar dengan kata-kata A’liyah, tetapi jauh disudut hatinya dia menyukai A’liyah. Dia telah terpegun dengan A’liyah sejak hari pertama lagi. Dia menyembunyikan perasaannya dengan sikapnya yang dingin terhadap A’liyah. Keegoannya tercabar apabila A’liyah memandang rendah padanya dan mengkritik caranya menguruskan syarikat. Dia mahu buktikan pada A’liyah yang dia boleh menjadi lelaki yang baik. Pada mulanya memang itu adalah dendam, tetapi lama-kelamaan dendam itu padam. Dia mula mengenal Allah Yang Maha Esa kerana A’liyah. Dia mahu menjadi lelaki yang baik untuk A’liyah.
Tetapi, A’liyah kini damai di sana setelah pergi menghadap Ilahi dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah bertemu dengannya tapi itu semua hanya seketika, dia kembali terumbang-ambing kepada kehidupan lamanya. Dia kembali hilang arah kerana A’liyah. Dia sedih dan hampir putus asa dengan kehidupannya. Dia tersasar dari jalan yang membawa kepada ketenangan dan kedamaian. Sehinggalah suatu hati dia terbaca sekeping kertas tulisan A’liyah;
“Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. Berkata, Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan.” (Hadits ke-1 dari Hadits Arbain)
Dia kembali bangun dan berjuang setelah membaca Hadist Pertama yang ditinggalkan A’liyah padanya suatu ketika dahulu. Dia kembali mencari erti sebenar penghijrahannya. Niatnya untuk berubah dan taubatnya hanyalah kepada Allah. Kini dia mahu menjadi lelaki yang baik dan soleh untuk isterinya, Insyirah. Insyirah hadir dalam hidupnya setelah 5 tahun pemergian A’liyah. Tersentuh hatinya apabila Insyirah menyium tangannya semasa upacara pembatalan wuduk tadi.
“Abang akan cuba menjadi suami dan ayah yang soleh untuk Insyirah dan anak-anak kita nanti. Semoga jodoh kita berkekalan.” Bisik Yusuf pada isterinya.
“Perempuan-perempuan keji untuk lelaki-lelaki keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka tu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).”(Surah An-Nur:26)
Taubatnya kepada yang Maha Pencipta, dan dia berterima kasih kepada A’liyah kerana membuka mata dan hatinya untuk kembali kepada Allah Yang Maha Besar. Cinta yang hanya pada-Nya telah disandarkan kepada cinta seorang suami kepada isterinya. Semoga penghijrahannya membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga taubatnya diampuni dan diredhai-Nya.
0 comments:
Post a Comment