9.27.2010

EMPAT PERKARA

Dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh onak duri, seringkali kita lupa akan perkara-perkara yang boleh mengembirakan hati. Seringkali hanya kesusahan diri yang dikeluh tiap masa. Dunia ini telah diciptakanNYA dengan penuh keseimbangan, ada positif dan ada negatif. Pandanglah dunia ini dengan pandangan yang berbeza dari normal. Ada hikmah disebalik apa yang ditentukanNYA.

Berikut adalah antara empat perkara-perkara yang boleh kita lakukan dan juga boleh kita elakkan untuk memastikan kesimbangan dalam diri sendiri.

[POSITIF]

Empat hal yang memberikan kesenangan dalam hati:

  1. Melihat yang hijau-hijau
  2. Melihat air yang mengalir
  3. Melihat orang yang disayangi
  4. Melihat buah-buahan

Empat hal yang membuat badan menjadi kuat:

  1. Mengenakan pakaian yang lembut
  2. Mandi dengan air hangat
  3. Makan makanan yang manis dan berlemak
  4. Mencium wangian

Empat hal yang membuat wajah semakin segar:

  1. Menjaga harga diri
  2. Menepati janji
  3. Dermawan
  4. Takwa

Empat hal yang bisa mendatangkan rezeki:

  1. Bangun malam untuk solat
  2. Banyak beristighfar menjelang fajar
  3. Membiasakan memberi
  4. Membiasakan diri berzikir di petang hari

Empat hal yang akan menambah daya pemahaman:

  1. Hati yang bersih
  2. Tidak menjejalkan makanan dan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
  3. Mengatur menu makanan yang baik
  4. Membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan.

[NEGATIF]

Empat hal yang bisa membuat pandangan mata menjadi gelap:

  1. Berjalan tanpa alas
  2. Bersedih di pagi buta dan petang hari menjelang tidur
  3. Terlalu sering menangis
  4. Terlalu banyak membaca tulisan-tulisan yang sangat kecil

Empat hal yang merosak tubuh:

  1. Cemas
  2. Sedih yang berpanjangan
  3. Lapar
  4. Kurang tidur malam

Empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah:

  1. Berbohong
  2. Tak tahu malu
  3. Terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
  4. Banyak melakukan maksiat

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki:

  1. Tidur di pagi hari
  2. Jarang solat
  3. Malas
  4. Suka berkhianat

Empat hal yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan otak:

  1. Katagihan makanan yang masam dan buah-buahan
  2. Tidur terlentang
  3. Resah
  4. Gundah

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian:

  1. Takabur
  2. Dengki
  3. Bohong
  4. Suka mengadu

Source: La Tahzan (Dr. ‘Aidh al-Qarni).

9.23.2010

Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal


Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).

Filosofi pahala puasa 6 hari di bulan Syawal setelah puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan sama dengan puasa setahun, karena setiap hasanah (kebaikan) diganjar sepuluh kali lipatnya.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:

1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, karena pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di berbagai riwayat. Mayoritas puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Taala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

4. Puasa Ramadhan – sebagaimana disebutkan di muka – dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lain. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya ‘ldul Fitri yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah ‘Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

Sebaiknya orang yang memiliki utang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, karena hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan utangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Dan perlu diingat pula bahwa shalat-shalat dan puasa sunnah serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada bulan Ramadhan adalah disyariatkan sepanjang tahun, karena hal itu mengandung berbagai macam manfaat, di antaranya: ia sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakannya pahala kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, shalawat dan salam semoga tercurahkan selalu ke haribaan Nabi, segenap keluarga dan sahabatnya.

9.20.2010

Taubatku padaMu

Langkah kaki A’liyah diatur kemas ketika melangkah ke dalam pejabat barunya. Hatinya berdebar-debar untuk memulakan tugasnya dan bertemu pemilik syarikat yang akan dia berbakti itu. Senyuman diberi kepada penyambut tetamu yang setia menanti di pintu syarikat, manis gadis yang menyambut kedatangan A’liyah.

“Cik Aliyah Mansur ya?” tanya gadis berbaju kemeja biru laut itu.

Terukir senyuman di bibir A’liyah, dan mengangguk kepalanya mengiyakan pertanyaan gadis itu seraya menjawab .

“Ya, saya. Panggil saya A’liyah je.” Lantas A’liyah dibawa menuju ke arah bilik pemilik syarikat yang baru beberapa tahun di tubuhkan itu.

Kejayaan syarikat yang hanya berusia setahun jagung itu berjaya menawan hatinya ketika dia terfikir untuk merubah angin dari kedudukannya di syarikat lama dahulu. Lantas dia terus memohon untuk memenuhi jawatan akauntan di Syarikat Indera Sdn. Bhd. Suasana pejabat yang kian sibuk mencuit perhatiannya, dia melihat setiap pekerja mejalankan tugas dengan tekun sekali, mungkin telah ditapis kualiti pekerja-pekerja ini semasa temuduga seperti dirinya juga. Hayunan kaki terhenti di hadapan pintu kayu yang menjadi pemisah dengan ruang di dalamnya, tulisan di pintu diamati.

‘Yusuf Zafran. Errmm, sedap nama pemilik syarikat ni, mungkin sudah sebaya dengan ayah.’ Desis hati A’liyah membuat andaian. Pintu diketuk lantas debaran dihati A’liyah kian berdegup kencang.

Lantas bibirnya laju menyampaikan kalam Allah yang berbunyi;

”Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah sabarmu dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung” Surah Ali Imran (3:200).

Kata ayah, ayat ini untuk keyakinan dan buat orang-orang yang baru kita kenali senang dengan kita. Semoga tugas-tugas masa akan datang akan lebih mudah dilakukan. Tudung yang meliputi kepalanya dibetulkan agar nampak kemas. Namun, mata A’liyah terus terpaut kepada susuk badan yang kelihatan sibuk tunduk menyelesaikan kerjanya. Lantas kepalanya diangkat ketika A’liyah diperkenalkan sebagai akauntan baru, Mata A’liyah terus terpaut dengan pemilik nama Yusuf Zahran itu.

‘Muda.’ Satu perkataan yang terbit di hatinya apabila terpandang wajah Yusuf.

*************************************************************************************************

“Ini syarikat aku! Lantaklah apa cara aku nak guna pun. Aku yang keluarkan duit untuk syarikat ni. Kau kalau nak ikut kepala kau buatlah syarikat kau sendiri. Hei, dengar sini Aliyah. Aku ambil kau untuk menguruskan kewangan syarikat ini. Cara apa aku nak kau guna, itu urusan aku. Kau makan gaji dengan aku jadi tak payah nak tunjuk baik kat sini!” Jerkah Yusuf kepada A’liyah.

Merah muka A’liyah dimarah sebegitu, dia tak puas hati dengan penjelasan Yusuf. Pertanyaan yang disusun baik, supaya lelaki itu tidak terasa dengan pertanyaannya tetapi tetap salah. Tetap membuatkan lelaki itu menyinga. Tidak disangka lelaki yang dia bertemu muka sebulan lalu begitu kasar orangnya. Dia terkejut dengan kewangan syarikat dipenuhi dengan riba dan rasuah. Syarikat ini juga telah berjaya mengelak dari membayar cukai tahunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sangkaannya dulu salah sama sekali, kejayaan Indera bukan dengan usaha dan jalan yang diredhai-Nya.

‘Ya Allah, aku tidak mahu bersubahat melakukan dosa pada-Mu dan memperoleh rezeki yang haram.’ Hati A’liyah merintih kesedihan.

Dia berharap agar penghijrahannya ke Indera membawa kegembiraan tetapi hatinya kini layu dengan keadaan syarikat ini diusahakan. Hari pertama lalu, terkejut hatinya apabila diberitahu tiada ruang solat disediakan di dalam syarikat dan kebanyakkan pekerja tidak menunaikan solat kerana malas untuk bergerak ke masjid yang berdekatan, mereka tidak mahu waktu rehat mereka dibuang untuk bergerak jauh. Berkerut dahi A’liyah mengenangkan keadaan syarikat itu diuruskan.

“Tak boleh ke kita lakukan secara bersih perniagaan ni? InsyaAllah kita akan berjaya. Redha Allah pun kita dapat. Usaha dengan titik peluh sendiri lebih manis kejayaannya dirasakan.” Ujar A’liyah tegas.

Sudah tidak ada jalan penyelesaian yang boleh dia ambil. Buntu fikirannya mencari baik kata-kata untuk diluahkan kepada Yusuf. Terkejut A’liyah apabila melihat Yusuf begitu muda pada hari pertamanya. Kagum A’liyah dengan kejayaan Yusuf menguruskan syarikat dan kejayaan-kejayaan yang sukar diperoleh oleh syarikat yang baru dalam bidang perniagaan ini. Rupa-rupanya ada muslihat disebalik projek-projek besar yang dijalankan syarikat ini. Fikirannya melayang kepada kata-kata ayah.

“A’liyah, jangan mudah mengalah. Jangan lari dari perjuangan A’liyah. Mungkin Allah pilih A’liyah untuk membimbing mereka. Mungkin ini jalan jihad A’liyah. Jalan dakwah yang A’liyah perlu lalui untuk kembalikan mereka ke jalan-Nya. Jangan lari dari medan peperangan A’liyah, Allah murka dengan orang lari dari medan jihadnya. Kalau A’liyah tak bimbing mereka siapa lagi yang berani? Atau A’liyah mahu melihat teman saeagama A’liyah terus sesat?”panjang ucapan ayah menenangkan jiwa A’liyah.

Semangatnya kembali, lantas A’liyah memandang Yusuf seraya mengeluarkan kata-kata yang tersusun untuk menenangkan keadaan.

“Keredhaan Allah yang saya cari bila saya memilih untuk berada di sini. Saya akan lakukan tugas saya sebagaimana tuntutan syariat dan saya harap Encik Yusuf tidak menghalang saya. Bagaimana kita mahu orang menghormati dan mencontohi kita jika pemimpin tidak pernah tunduk dan sujud kepada Maha Pencipta? Biar harta dan kekayaan menimbun tapi hati kosong tidak diisi dengan keimanan, tiada gunanya Encik Yusuf Zafran.” Laju kata-kata A’liyah dan lantas bangun bergerak keluar dari bilik yang kian panas dengan perbalahan itu.

“Saya keluar dulu Encik Yusuf. Oh, lupa pula. Hari ini, pekerja lelaki masuk ke pejabat lewat sikit. Saya minta kebenaran dari Encik Yusuf bagi pihak mereka untuk tunaikan solat Jumaat.” Selamba A’liyah meminta kebenaran dari Encik Yusuf.

*************************************************************************************************

“Arrggghhhh!” jerit Yusuf.

‘Perempuan ni memang dah melampau. Rosak syarikat aku. Aku akan berhentikan dia.’ Hati Yusuf kian membara memikirkan akauntan barunya, A’liyah.

Lantas interkom ditekan seraya dia memanggil setiausahanya. Nekad dia akan memberhentikan A’liyah. Tiba-tiba perlakuannya terhenti. Memikirkan suatu jalan untuk membalas dendamnya pada A’liyah. Dia perlu buktikan pada A’liyah yang dia lebih hebat dari perempuan itu.

‘Kau ingat kau hebat, A’liyah. Aku akan buktikan yang aku pun baiklah. Kau ingat pakai tudung tu dah baik sangat la. Aku boleh bina masjid kalau aku nak la.’ Geram hatinya mengingatkan kata-kata A’liyah.

Pintunya diketuk, dan setiausahanya muncul sambil memegang buku nota dan pen sedia menunggu arahan dari ketuanya.

“Aku nak kau tulis benda ni dan hantar pada semua pekerja kecuali Aliyah. Arahan ini berkuatkuasa mulai esok. Stor yang letak kita kertas-kertas tolong mintak cleaner bersihkan dan beli barang-barang ni.” Tegas dan kasar kata-kata Yusuf sambil menghulurkan kertas yang telah dicatitnya segala arahan yang diberinya.

Berkerut dahi setiausahanya, apabila membaca arahan yang ditulis ketuanya. Terkejut dengan apa yang dibacanya. Lantas dia terdiam dan kaku di hadapan Yusuf.

“Hah, apa tercegat lagi. Mulakan kerja kau.” Tegur Yusuf apabila melihat setiausahanya terdiam di hadapannya.

*************************************************************************************************

Pagi itu, A’liyah terkejut dengan perubahan yang dia lihat pada pejabatnya. Semua pekerja perempuan berbaju kurung. Tiada lagi skirt pendek yang dia lihat sebelum ini. Suasana ditenangkan dengan alunan nasyid yang keudara oleh pembesar suara. Gambar-gambar di dinding penuh dengan ayat-ayat Quran dan kaligraf Islam yang cantik.

“Salah masuk pejabat ke?” bisik A’liyah.

Tiba-tiba matanya terpaut pada papan tanda yang tertera perkataan ‘SURAU’. Terbeliak matanya melihat tulisan itu. Tiba-tiba dia tersenyum mengenangkan kata-kata semalam yang dia lontarkan pada Yusuf.

“Alhamdulillah.” Bibirnya memuji Yang Maha Esa.

*************************************************************************************************

Linangan air mata Yusuf dikesat dengan jari-jarinya yang merah berinai. Hatinya pilu mengenangkan masa lalunya. Perjalanan yang diharunginya. Teringat dia pada perubahan drastik yang diambil ketika A’liyah masih menjadi akauntannya. Dia berubah untuk buktikan pada A’liyah yang dia boleh menjadi lelaki yang baik. Tercabar dengan kata-kata A’liyah, tetapi jauh disudut hatinya dia menyukai A’liyah. Dia telah terpegun dengan A’liyah sejak hari pertama lagi. Dia menyembunyikan perasaannya dengan sikapnya yang dingin terhadap A’liyah. Keegoannya tercabar apabila A’liyah memandang rendah padanya dan mengkritik caranya menguruskan syarikat. Dia mahu buktikan pada A’liyah yang dia boleh menjadi lelaki yang baik. Pada mulanya memang itu adalah dendam, tetapi lama-kelamaan dendam itu padam. Dia mula mengenal Allah Yang Maha Esa kerana A’liyah. Dia mahu menjadi lelaki yang baik untuk A’liyah.

Tetapi, A’liyah kini damai di sana setelah pergi menghadap Ilahi dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah bertemu dengannya tapi itu semua hanya seketika, dia kembali terumbang-ambing kepada kehidupan lamanya. Dia kembali hilang arah kerana A’liyah. Dia sedih dan hampir putus asa dengan kehidupannya. Dia tersasar dari jalan yang membawa kepada ketenangan dan kedamaian. Sehinggalah suatu hati dia terbaca sekeping kertas tulisan A’liyah;

“Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. Berkata, Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan.” (Hadits ke-1 dari Hadits Arbain)

Dia kembali bangun dan berjuang setelah membaca Hadist Pertama yang ditinggalkan A’liyah padanya suatu ketika dahulu. Dia kembali mencari erti sebenar penghijrahannya. Niatnya untuk berubah dan taubatnya hanyalah kepada Allah. Kini dia mahu menjadi lelaki yang baik dan soleh untuk isterinya, Insyirah. Insyirah hadir dalam hidupnya setelah 5 tahun pemergian A’liyah. Tersentuh hatinya apabila Insyirah menyium tangannya semasa upacara pembatalan wuduk tadi.

“Abang akan cuba menjadi suami dan ayah yang soleh untuk Insyirah dan anak-anak kita nanti. Semoga jodoh kita berkekalan.” Bisik Yusuf pada isterinya.

“Perempuan-perempuan keji untuk lelaki-lelaki keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka tu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).”(Surah An-Nur:26)

Taubatnya kepada yang Maha Pencipta, dan dia berterima kasih kepada A’liyah kerana membuka mata dan hatinya untuk kembali kepada Allah Yang Maha Besar. Cinta yang hanya pada-Nya telah disandarkan kepada cinta seorang suami kepada isterinya. Semoga penghijrahannya membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga taubatnya diampuni dan diredhai-Nya.

9.12.2010

Kemenangan yang Agung


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah
Dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walau orang-orang kafir membenci
Tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya, dan Dia menolong akan hambaNya
Dan Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya
Tiada Tuhan melainkan Allah

Allahu Akbar, Allahu Akbar
Dan bagiNya segala puji.

Telah tiba detik kemenangan, hari di mana umat Islam seluruh dunia bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua orang bergembira, keceriaan tergambar di setiap wajah. Akan tetapi, marilah kita merenung sejenak, apakah definisi Aidilfitri untuk kita? Adakah ia hari untuk kita memakai baju baru yang dikirimkan ibu, atau hari untuk menghadiri open house anjuran rakan-rakan? Adakah Aidilfitri satu tanda kemenangan umat Islam berjaya menahan lapar dan dahaga setelah sebulan berpuasa atau kemenangan setelah berjaya mentarbiyah diri sepanjang Ramadhan? Marilah kita jadikan Aidilfitri sebagai hari untuk kita bersama-sama memuhasabah diri dengan mengingati Allah, dan merefleksi segala amalan kita semasa Ramadhan yang telah lalu. Adakah kita benar-benar telah mentarbiyah diri semasa Ramadhan?

Disamping kita bergembira menyambut hari yang istimewa ini, marilah kita memuhasabah diri untuk menaikkan kembali semangat kita untuk terus berjuang.

Masihkah kita ingat
Dahulu sewaktu kita sendiri
Dahulu sewaktu mata masih terpejam
Dahulu sewaktu telinga masih tertutup
Dahulu sewaktu lidah masih kelu

Kita meraba-raba mencari
Cahaya datang melayang
Kebenaran memunculkan diri
Hidayah datang mengetuk perasaan

Apabila kesedaran tiba
Kita bersama mereka
Kita berusaha
Kita menempuh segala onak duri
Kita bangun apabila jatuh

Tapi apa yang terjadi
Apabila tumpuan mula berubah
Apabila hasil tidak menjadi
Kita salahkan diri
Kita berputus asa

Adakah sekarang kita penat
Adakah masih tidak cukup segala nikmat
Adakah kita lupa apabila
Allah mempersatukan hati-hati kita
Sedangkan kita berada di jurang pintu neraka

Berusahalah wahai daie-daie
Bangunlah wahai pendakwah
Bangkitlah wahai insan kamil

Jika iman masih tebal di dadamu
Jika neraca Allah masih menjadi peganganmu
Janganlah kita berputus asa
Untuk mengejar mardhatillah

Al Anfal 8:65
Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Jika kita lihat kisah para sahabat, ketika Amru Ibn Aash memimpin tentera Islam untuk memasuki negeri Mesir yang pada ketika itu diduduki oleh tentera Rom, beliau meminta bantuan bala tentera sebanyak empat ribu daripada Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab untuk memperkuat pasukan. Umar RA mengirim empat orang komandan dan ia juga menulis surat yang isinya : Aku mengirim empat orang sahabat yang terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang.

Tahukah anda siapa empat orang komandan itu? Mereka adalah Al Miqdad Ibn Aswaad,
Muhammad Ibn Musa'lamah, Zubair Bin Al Awwam, dan Ubaid Bin Samid. Ketika menghadapi benteng Babylon, kaum muslimin sukar membuka dan menguasainya. Azzubair RA memanjat dinding benteng dengan tangga lalu berseru "Allahu Akbar" dan disambut dengan kalimat tahuid oleh pasukan yang berada diluar benteng. Hal ini membuat pasukan musuh gentar, panik dan meninggalkan pos-pos pertahanan mereka, para sahabat ini beserta tentera Islam yang lain bergegas membuka pintu gerbang dan memasuki kota, maka tercapailah kemenangan yang gilang gemilang pada kaum muslimin.

Tidakkah kita mahu menjadi seperti para sahabat ini, seorang individu yang bersamaan dengan seribu orang pejuang. Para pejuang yang membenarkan kalimah tauhid dengan sebenar-benarnya. Marilah kita berusaha untuk mencapai kemenangan yang agung seperti firman Allah dalam surah Al-Buruj:

Al-Buruj 85:11
Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.

Noor Ruzaini Adam
Pen. Setiausaha IsmaNZ 2010.

9.08.2010

Hantarkan salam Aidilfitri anda!


Sebagai salah satu cara untuk menrayakan hari kemenangan umat Islam dalam menjalani ibadah puasa serta melawan nafsu sepanjang Ramadhan, kami di ISMA New Zealand ingin membuka peluang kepada semua untuk berkongsi ucapan hari raya aidilfitri di laman web ISMA NZ ini. Bagaimana? Senang sahaja dimana anda hanya perlu emailkan kepada kami (salamaidilfitri@ismanewzealand.com) /komen pada post ini dengan menyatakan ucapan, nama dan kawasan anda berada. InsyaAllah, kami akan paparkan ucapan tersebut.

Salam Aidilfitri daripada kami di katan Muslimin Malaysia-New Zealand.

Buletin Ramadhan (Volume 4)

Buletin 4

Jemputan ke Solat Sunat Hari Raya dan Jemputan ke Rumah Terbuka Di Rumah Malaysia


Solat Sunat Eid Fitr di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Wellington
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saudara dan saudari yang dihormati dan dikasihi sekelianSukacita dimaklumkan terdapat perubahan dalam masa program berkenaan dan di bawah adalah butiran program yang terkini:
Tempat : Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia Wellington
Hari : Hari Raya Pertama

Tentatif Program :

8.15 am - Takbir
9.00 am - Solat Sunat Eid Fitr
10.00 am - Jamuan Ringan
(Sumbangan segala juadah Hari Raya yang ingin dikongsi bersama amatlah dialu-alukan)
12.00 pm - Bersurai

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Rumah Malaysia
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Saudara dan saudari yang dihormati dan dikasihi sekelian. Sukacita dimaklumkan bahawa, TYT Dato' Hasnudin Hamzah dan Datin Rusnah Ismail akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri untuk pelajar Malaysia mengikut butiran seperti berikut:

Tarikh dan Hari : 12 September 2010 (Ahad)
Tempat : Rumah Malaysia, 4 Butavas Street, Khandallah
Masa : 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari

Sehubungan dengan itu, semua pelajar Malaysia adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini sambil dapat bersama-sama merayakan Aidil Fitri dengan TYT Dato' dan Datin.Kerjasama saudara/i juga dimohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua rakan pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa.* Memandangkan TYT Dato' dan Datin turut mengadakan majlis yang sama untuk tetamu-tetamu lain di sebelah petang, mohon kerjasama semua pelajar agar dapat menepati masa yang telah ditetapkan.


Eid Mubarak

9.01.2010

Apa Lailatul Qadar bagiku?

Pada suatu petang, di kala umat Islam seluruh dunia sudah mula menghitung hari untuk menyambut kedatangan bulan kemenangan, Syawal, terdapat dua orang muslimah sedang berbual-bual sambil menyediakan juadah berbuka di sebuah rumah di Wellington. Banyak yang mereka bincangkan daripada berkaitan dengan assignments, shopping, puasa dan akhirnya mengenai persiapan raya yang bakal tiba lagi beberapa hari. Ikuti dialog antara Fatimah dan Asma.

Fatimah: Eh tak sangka kan, lagi beberapa hari saja lagi, dah nak raya. Hurm...lagi 10 hari je.

Asma: A’ahlah. Terasa cepat sangat Ramadhan ini berlalu. Rupa-rupanya dah masuk fasa ketiga Ramadhan. Sedihnya.

Fatimah: Sedih? Kenapa pulak awak sedih? Patutnya sekarang ini kita kena gembira tau. Wah, excitednya saya nak beraya, first time beraya di perantauan lah katakan.Hehe. Nak buat kuih raya lah. Agaknya macam manalah perasaannya ye?

Asma: Memanglah kita sepatutnya gembira, tapi sebenarnya kita perlu juga ada perasaan sedih.

Fatimah: Kenapa? Sebab kita jauh dari keluarga? Ala, awak jangan risaulah. Saya kan ada. Housemates kita, budak-budak batch kita, seniors kan ada. Saya dengar ramai juga orang-orang Malaysia yang tinggal kat Wellington ini. Pasti meriah lah. Awak jangan sedih-sedih ya.

Asma: Bukan sebab itu saya sedih. Saya sedih sebab tak lama lagi Ramadhan dah habis. Itu tandanya berakhirlah bulan yang penuh dengan keberkatan dan syafaat. Tanda berakhirnya tempoh syaitan diikat dari menggoda kita.

Fatimah: Oh, betul juga kata awak itu. (Insaf).Tiba-tiba saya teringat satu surah dalam al-Quran, surah Al-Qadr yang ada menyebut mengenai lailatul Qadar. Eh maknanya kita sekarang berada dalam lingkungan 10 malam terakhirlah ye?

Asma: Ya. Saya cuma takut saya tergolong dalam golongan yang diriwayatkan dalam HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, di mana Nabi Muhammad s.a.w bersabda “ Jibril datang kepadaku dan berkata “Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis, dan ia tidak mendapat sebarang keampunan, maka jika ia mati, ia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan, Amin! Aku pun mengatakan Amin!”. Huhu. Harapnya kita tidaklah menjadi orang-orang yang rugi.

Fatimah: Yalah. Tiba-tiba saya rasa bersemangat pula untuk meningkatkan lagi amal ibadah di saat-saat akhir Ramadhan. Tapi saya selalu tak pasti apa yang saya boleh lakukan selain membaca al-Quran dan solat terawih.

Asma: Sebenarnya sebagai pelajar, lebih-lebih lagi ketika mid-term break macam ini, sebenarnya beri kita kelebihan tau untuk bangun malam, bagus untuk kita yang nak memburu lailatul Qadar. Hihihi

Fatimah: Macam mana caranya? Takkan nak pergi masjid pagi-pagi buta? Dahlah jauh, sejuk pula tu. Ish, susahnya. Tak logik lah.

Asma: Tidak semestinya dilakukan di masjid, unless kalau awak nak beriktikaf, tapi memandangkan macam kurang praktikal bagi kita, boleh sahaja kita beribadat di rumah, di bilik sendiri. Kita boleh bangun malam, around pukul 3.30 pagi atau 4 pagi. Bangun dari tidur, ambil wuduk dan buatlah solat tahajud, sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Fatimah: Oh ya? Nampak macam susah, tapi tak impossible kan? Saya nak cuba lah buat malam ini. Apa lagi yang boleh kita buat selain solat tahajud?

Asma: Banyak sangat. Antara kelebihan solat sunat tahajud ialah salah satu sunnat muakkad iaitu sangat-sangat dituntut dalam Islam. Mengikut Sunnah Rasulullah,baginda melakukan solat tahajud sebanyak 11 rakaat (Hadis Riwayat Bukhari). Tapi jika awak tak mampu, buatlah setakat yang terdaya. Kita juga boleh berzikir, bertasbih, beristighfar. Apabila kita berzikir dan bertasbih, lebih baik kita lakukan dengan setulus hati dan ikhlas.

Fatimah: Oh macam mana itu? Saya nih kalau berzikir pun selepas solat saja. Selalu lupa untuk berzikir pada waktu-waktu lain.

Asma: Betul tu. Kita tak menjadikan zikir dan tasbih itu sebagai amalan. Mungkin sebab kita tidak memahami dengan mendalam maksud zikir. Contohnya Allahuakbar, maksudnya Allah Maha Besar. Kita sepatutnya menjiwai zikir kita dengan meletakkan Allah di atas segala-galanya di dunia ini, menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidup kita di dunia ini. Jadi, jom kita banyakkan zikir daripada menyanyi lagu yang tidak berfaedah itu.

Fatimah: Oh betul tu. Hurm..kalau saya nak berdoa. Ada doa spesifik ke?

Asma: Ha lagi satu kita sangat-sangat digalakkan untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh. Salah satu doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan ialah “Allahumma innaka afuwwun, karimun, tuhibbu’l-afwa, fa’fu anni.” Yang bermaksud, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka kepada keampunan, maka ampunilah aku.

Fatimah: Oh, jadi saya kena sebut doa tuh je ke? Tak boleh ke kalau saya nak berdoa benda lain juga?

Asma: Eh takdelah. Itu salah satu doa yang disuruh oleh Rasulullah saw. Tapi kalau awak nak berdoa untuk ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, cikgu-cikgu, pensyarah, jiran- jiran, serta saudara-saudara kita di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Malaysia, India, Indonesia, hatta satu dunia pun boleh. Itu lagi bagus dan amat digalakkan. Boleh berdoa untuk cemerlang dunia dan akhirat, mendapat ganjaran syurga serta dapat jodoh yang baik juga tau? Hehehe

Fatimah: Haha. Baiklah, insya Allah saya akan amalkan selepas ini. Oh, jadi, saya boleh lakukan solat sunat tahajud, bertasbih, berdoa dan apa lagi ya?

Asma: Sebelum itu, untuk berdoa, ada adab-adabnya. Dalam surah Al-A’raf, ayat 55, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”. Yang penting, niat berdoa itu kena ikhlas. Ha berbalik kepada soalan awak tadi itu, awak boleh juga membaca al-Quran dan maksudnya sekali. Ini supaya kita jadi lagi terkesan dengan bacaan kita. Perempuan yang uzur pun boleh lakukannya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, jangan jadikan “cuti” yang dianugerahkan oleh Allah disia-siakan macam itu sahaja. Semua orang pun nak dapat pahala kan?

Fatimah: Betul tu. Dulu saya selalu pikir, bila uzur saja, tidak boleh beribadat. Ish, jahil sungguh saya dulu. Terima kasih Asma ingatkan saya.

Asma: Saya pun sama juga macam awak. Masih mencari ilmu agama dan cuba memahaminya. Saya tidak mahu dipandang sebagai Muslim hanya pada nama. Lagi pun, sayang kalau ibadah puasa kita tidak dipandang oleh Allah kerana kurangnya ibadah sunat lain. Sebab itulah pentingnya kita untuk muhasabah akan diri kita. Awak percaya tak kalau saya katakan waktu yang paling sesuai untuk muhasabah atau refleks diri adalah pada tengah-tengah malam ketika semua orang tidur?

Fatimah: Saya pun rasa macam itu. Sebab suasana waktu itu tenang dan sunyi tanpa ada gangguan kan?

Asma: Ha’ah. Pada waktu itulah, sangat sesuai untuk kita meluahkan apa-apa jua perasaan dan mengadu kepada Allah tentang diri kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan terdapat dalam satu hadis riwayat Muslim di mana, Rasulullah saw bersabda Allah akan turun ke langit dunia pada dua pertiga malam untuk mengampunkan hamba-hambaNya yang memohon keampunan, memakbulkan doa hambaNya yang sedang berdoa serta memperkenankan permintaan hambaNya yang mempunyai hajat sehingga terbit fajar. Beruntungnya kepada sesiapa yang mendapat peluang berharga ini.

Fatimah: Saya rasa terharu dan hiba. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya walaupun kebanyakkannya lalai dan terlalu mengejar dunia, contohnya kita. Sudah diberi banyak anugerah seperti dapat merasai pengalaman belajar di luar negara, cukup makanan dan pakaian serta sihat tubuh badan, tapi amat susah untuk beribadah. Puasa pun tidak ikhlas, sebab itulah cepat lapar agaknya. (sambil mengesat air mata yang meleleh di pipi)

Asma: Alhamdulillah, itu maknanya kita masih diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. Maka janganlah kita sia-siakan peluang ini. Bukan senang tau. Lagipun kita tidak boleh jamin kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Boleh jadi ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Jadi kenalah bekerja kuat sedikit. Mudah-mudahan syurga milik kita. Amin.

Fatimah: Amin. Baiklah, selepas ini saya pun nak berlumba-lumbalah tingkatkan ibadat kepada Allah.

Asma: Yosh! Kita boleh lakukannya. Eh asyik sangat bersembang ini, marilah kita tadarus Quran sementara nak tunggu waktu berbuka.

-Lidya Alya-

 

Blog Template by YummyLolly.com