2.17.2010

Asahlah Kapakmu..

Assalamualaikum, semoga rakan2 belia berada dalam keadaan terbaik melaksanakan perintah Allah & meninggalkan larangan-Nya. Umum mengetahui kebejatan sosial yang meruncing di kalangan belia dewasa ini. Ditambah dengan momokan hiburan yang melampau oleh media massa membuatkan suasana makin gamat & muda-mudi hilang arah tuju. Lantas bagaimana seharusnya belia berperanan di tengah kancah masyarakat yang menanti saat kemunculan belia harapan ?

Ingin saya kongsikan sebuah cerita bersama anda. Pada satu ketika seorang pemuda telah memohon pekerjaan di tapak penebangan balak. Hamdi namanya. Setelah dinilai, maka Hamdi berjaya mendapat pekerjaan di situ lantaran kegagahan yang dimilikinya. Pada waktu itu tiada alatan moden digunakan. Kerja-kerja dilakukan dengan menggunakan kapak & tali. Pokok-pokok yang telah ditebang dipotong lebih kecil agar mudah dialihkan. Itulah senario di tempat tersebut. Keesokan harinya, Hamdi datang dengan membawa sebilah kapak. Pada hari itu dia berjaya menebang 20 batang balak. Hanya Tuhan yang tahu betapa kekuatan yang dimilikinya.


Pada hari yang kedua, dia berjaya menebang 18 batang pokok balak. Hari yang ketiga 15 batang dapat ditebang. Semakin hari semakin sedikit jumlah pokok yang dapat ditebangnya. Hinggalah pada suatu hari dia hanya dapat menebang 2 batang balak. Sayugia, dengan rasa dukacita dia berehat di sebatang pokok. Otaknya ligat berfikir mencari punca sambil hatinya dihimpit rasa gundah. Gelagat Hamdi dilihat tauke dikejauhan. Lalu tauke menghampirinya sambil bertanyakan masalah yang dihadapi.“ Entahla tuan, semakin kuat saya bekerja tapi semakin sedikit hasil yang saya dapat. Itu yang saya runsingkan, ” kata Hamdi. Tauke tersenyum melihat keadaan Hamdi. Dia pun bertanya “ Pernahkah kamu memperuntukkan masa untuk mengasah kapakmu ?. ” Hamdi terkebil-kebil melihat taukenya. Pertanyaan itu tidak dapat dijawab. Lidahnya bagaikan terkelu seketika. Dijawab dengan nada suara kesal bercampur terkesima, “ Ttt….tak pernah tuan.”Rakan-rakan sekalian, jika diteliti cerita di atas ia memberi signifikan kepada kita.


Andaikan kehidupan kita seperti masa bekerja menebang balak. Lalu mengasah kapak adalah masa muda belia. Walaupun ianya hanya sebentar tetapi sekiranya ia digunakan dengan bijaksana, maka ia akan menghasilkan natijah yang luar biasa. Pada hari yang pertama pun sudah 20 batang balak yang berjaya ditebang, berapa pula yang bisa ditumbangkan pada hari yang kedua kalau hamdi mengambil sedikit masa mengasah kapaknya ?.Ingatlah sahabatku, masa muda begitu pantas berlalu. Bagaimana kita melalui liku-liku perjalanan di waktu itu akan memberi kesan di kemudian hari. Ambillah sedikit masa untuk anda mengasah kapak anda..Wallahu’alam…..

1 comments:

hafiz CHouJi said...

Assalaamu'alaikum warahmatullah.

Terima kasih atas perkongsian cerita menarik ini. Jazaakumullah khayran.

Saya ingin berkongsi sedikit pendapat hasilan cerita ini. Saya melihat cerita ini dari perspektif sedikit berbeza.

Bagi saya, meluangkan masa mengasah kapak itu bukanlah tamsilan waktu muda tetapi lebih menjurus kepada masa yang kita luangkan untuk menambahkan ilmu di dada - iaitu dengan melihat pekerjaan menebang kayu itu dalam konteks dakwah dan islah diri.

Maksud saya, dakwah dan islah diri memerlukan ilmu kerana amal tanpa ilmu boleh menyesatkan. Na'uzubillah. Lalu, usia muda inilah waktu terbaik diluangkan untuk "mengasah kapak" iaitu menambah ilmu di dada supaya diri dapat dilengkapkan dengan keperluan untuk dakwah masa hadapan.

Harap penjelasan saya jelas. Wallahu a'lam. :')

 

Blog Template by YummyLolly.com