Petang itu indah dan sungguh menenangkan. Aku dan ibu baru sahaja usai mendirikan solat asar dan membaca mathurat bersama. Sudah menjadi rutin keluargaku, setiap petang kami akan meluangkan masa bersama-sama setelah seharian melakukan urusan peribadi masing-masing. Ayah biasanya akan terus ke masjid setelah habis waktu bekerja dan akan pulang selepas isyak kerana memenuhi undangan masjid untuk menyampaikan kuliah. Ya, ayah begitu sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan juga tanggungjawab pada masyarakat. Aku kagum dengan keperibadian ayahku yang tidak mengenal erti penat juga bersyukur kerana dikurniakan ayah sepertinya. Begitu juga perasaanku terhadap ibuku. Ibuku bukan sahaja guru di sekolahnya tapi juga guru dirumah. Ibulah yang mendidik kami adik beradik serba-serbi. Akademik, mengaji dan meghafaz Quran, memasak, mengemas dan lain-lain. Didikan ibu tegas tapi penuh kelembutan begitu menambat hati dan mendisiplinkan kami.
Ibu menyediakan pisang goreng dan teh panas sebagai juadah minum petang. Se’simple’ mana pun masakan ibu itulah masakan terbaik kerana air tangan ibu sendiri. Entah mengapa petang itu tiba-tiba terbit kata-kata ini pada ibuku, “hana nak jadi isteri dan ibu sesolehah ibu bila berumah tangga nanti”. Sambil tersenyum ibu membalas, “hana tak boleh jadi isteri dan ibu sesolehah ibu!”. Tercengang aku mendengar jawapan ibuku. “kenapa pulak ibu? Salahkah hana jadi org sesolehah ibu?”. Ibu memang tidak pernah lekang dengan senyuman. “ibu tidaklah sesolehah mana wahai sayangku, hana sebaiknya mencontohi Abdullah Ibn Umar Al-khattab”. “Siapakah dia dan kenapa hana harus mencontohi dia?”, aku bertanya. “ Abdullah Ibn Umar Al-khattab merupakan anak kepada Umar Al-khattab sahabat Rasulullah SAW. Suatu hari, Abdullah menunggang baghal menempuh perjalanan di padang pasir yang cuacanya sangatlah panas. Di pertengahan jalan, Abdullah menemui seorang lelaki sedang berjalan kaki. Abdullah pun turun dari baghalnya dan menjemput lelaki tadi menunggang baghalnya. Lelaki itu berasa hairan dan bertanya pada Abdullah mengapa Abdullah besikap demikian baik padanya. Abdullah menjawab, “aku suka melakukan segala apa kebaikan yang telah ayahku lakukan, dan aku akan lakukannya lebih baik dari yang ayahku lakukan”. Sebab itulah hana kene jadi lebih baik dari ibu, fahimti ya habibi(faham sayangku?)”. Begitu rupanya.
Ibu mahu aku jadi yang lebih baik dari dirinya, masyaALLAH. Bertambah lagi rasa sayang dan kekaguman aku pada ibuku. Mampukah aku menjadi lebih baik dari ibuku Ya ALLAH?. “ibu, doakan hana jadi wanita solehah ye? Dan lagi satu, biar hana yang kemas dapur harini, kesian ibu penat”. “Ibu selalu doakan yang terbaik buat hana, baiknya anak ibu. Ni yang ibu bertambah sayang ni”. Seperti biasa, perbualanku dengan ibu pasti membuahkan pengajaran dan manfaat bukan sekadar bual-bualan kosong. Segala puji-pujian kepada ALLAH yang mengurniakan keluarga yang sakinah dan mawaddah ini.
Dipetik dari http://www.kimsnet.info/v2/2011/05/lebih-baik-daripada-ayahku/
0 comments:
Post a Comment