10.23.2009

Drop or Not??

Alkisah….. disebuah kampung yang diberi nama Kampung Damai Sentosa. Ada seorang budak lelaki bernama Nasib bin Baik. Dia merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri bernama Baik bin Selamat dan Kasih binti Sayang. Nasib seorang anak yang sangat taat dan patuh kepada ibu bapanya. Dia merupakan anak sulung daripada 6 orang adik–beradiknya. Sebagai abang yang paling sulung Nasib berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapanya menyara keluarga. Dia membantu menyara keluarga dengan menangkap ikan di sungai.


Pada suatu hari suam-suam kuku panasnya, Nasib telah turun ke sungai. Selalunya Nasib akan menangkap ikan di Sungai Selamat. Tetapi pada hari itu Nasib telah membuat keputusan untuk pergi menangkap ikan di Sungai No Return Back. Seperti namanya, sungai ini hanya dibolehkan setiap orang pergi sekali sahaja dan tiada kali kedua. Ini kerana dalam sungai tersebut ada seekor naga yang bernama Naga No Excuse, yang mempunyai kepekaan yang teramat mantap dalam mengesan bau manusia yang lalu dikawasan sungai itu. Sesiapa yang lalu dikawasan itu lebih dari sekali akan dibahamnya hidup-hidup tanpa ada rase belas kasihan sekelumit pun di hatinya. dannn…. Lebih dahsyat lagi….. manusia hanya boleh berada di sungai itu dalam masa 1 jam sahaja. Lebih dari itu memang confirm akan jadi santapan enak buat si naga.

Walaubagaimanapun, Nasib begitu yakin dan bersemangat bahawa hari ini adalah hari baginya. Hari dimana ikan-ikan di sungai tersebut tertarik… termakan… tersangkut dek umpan cacing yang menyelerakan dihujung perangkap ikannya. Nasib pun mula melompat ke dalam sampannya yang agak keusangan itu. Sampan tersebut merupakan sampan warisan tujuh keturunan ayahnya.


Nasib pon mendayung-dayung sampannya sampai lah ke suatu kawasan yang diberi nama Lubuk Ikan Pelahap. Selepas membreak sampannya, Nasib pon menurunkan pukat tujuh keturunan (ya pukatnya juga warisan tujuh keturunan). Nasib menanti dengan penuh sabar. Masa terus berlalu. Ikan yang ditunggu tidak kunjung tiba. Nasib melihat jam tangan yang baru dibelinya. Jam tepat menunjukkan pukul 11.55 pagi waktu tempatan. Lagi 5 minit, kalau tak ada yang tersangkut memang kena gerak dululah jawabnya.

Pap…..prappppp……. Tiba-tiba……. Jeng-jeng…….

Sekumpulan ikan yang sangat banyak tersangkut di pukatnya. Nasib begitu gembira sekali. Nasib cuba menarik pukatnya….. Tapi…… malangnya…. Dia tak mampu. Teramat beratlah untuk Nasib mengangkat pukatnya itu…. Mahu jugak beberapa tonne. Dia menggunakan segala kudrat yang ada untuk berusaha segigih mungkin untuk menarik kesemua ikan-ikan tersebut. Tiba-tiba…Nasib mendengar air berkocak dengan sangat ganas dan menuju kearahnya….. Oh tidak!!!…. Dia kesuntukan masa…. Ada lebih kurang 1 minit lagi untuk die beredar dari situ. Nasib begitu bingung skali. Patut diperah jugak segala usahanya untuk menarik kesemua ikan yang ada atau Nasib terima seadanya ikan-ikan yang ada melompat-lompat masuk ke dalam sampan tujuh keturunannya dan terus beredar dari kawasan itu sepantas yang mungkin.

Nasib agak tertekan pada ketika itu. Jelmaan wajah Pak Baik dan Mak Kasih muncul dikotak pemikirannya. Satu persatu wajah adik beradiknya muncul. Apa yang perlu dilakukan. Kocakan air semakin kencang dan mengganas. Kelibat Naga No Excuse mula kelihatan. Kelajuannya semakin bertambah dan makin hampir dengan Nasib, dianggarkan kurang dari jarak 50 meter. Keadaan begitu kalut dan tegang sekali….drop or not?? DROP or NOT??? Si naga makin laju makin laju sehingga lah...

“Aggghhh!!!” Nasib berteriak. Teriakan Nasib mengejutkan dirinya sendiri dan ayam-ayam yang terkurung di dalam reban di belakang umahnya. “Ooopocottt Kokokokok!! Kokokokok!! Nasib beristighfar beberapa kali sambil mengucap tahmid kepada Allah kerana apa yang dialaminya sebentar tadi hanyalah mimpi semata-mata. Nasib melihat jam di dinding biliknya tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi. Nasib terus bangun dari tempat tidurnya dan melangkah menuju ke bilik air. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud seperti kebiasaannya. Selesai sahaja menunaikan solat sunat, Nasib duduk seketika di atas tikar sembahyang tujuh keturunan milik ayahnya. Dia berfikir-fikir tentang mimpinya tadi. Apakah yang perlu dia lakukan sekiranya dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukannya dia membuat pilihan? Bagaimana dia tahu yang tindakan yang bakal diambil adalah yang terbaik buat dirinya serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada dirinya dan juga orang lain? Nasib menadah tangan sambil berdoa;


“ Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah aku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya da petaka. Aku mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah aku (Ya Allah) iman yang sebernanya sehingga aku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada ku, keluarga dan anak-anak ku serta sesiapa sahaja yang bersama-sama ku. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib ku ditentukan oleh diri kami sendiri, walupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yag paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Amin Ya Rabbal ‘alamin”...


Sampai di situ sahaja ceritanya. Sekiranya anda mahu menyambung cerita ini lagi dalam versi anda sangat-sangat dialukan-alukan.

Cerita di atas sememangnya ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia walaupun ada beberapa perkara yang agak kurang logik di dalam cerita di atas. Pengajaran yang cuba disampaikan melalui cerita di atas ialah tentang kepentingan pergantungan kita kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Setiap hari, kita seringkali berdepan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Kadangkala kita begitu buntu dan tak tahu apakah cara penyelesaian ataupun pilihan terbaik untuk kita ambil dan bertindak. Mintalah pertolongan dari Allah. Janganlah kita lokek untuk berdoa kepada Allah. Allah amat kasih dan suka kepada hambanya yang berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaddu'. Petunjuk Allah itu lebih dekat bagi hambanya yang sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan darinya. Sesunguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong”.

Doa ini telah menjadi perisai dan pelindung buat Nabi Ibrahim tatkala baginda dicampakkan ke dalam api. Dengan izin Allah, baginda telah terselamat. Doa ini juga dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi serangan dari pasukan Ahzab.

Allah mengetahui diri kita lebih baik dari diri kita sendiri. Sekiranya, apa yang dihajati atau dipohon tidak dimakbulkan, jangan berputus asa, barangkali apa yang dipinta bukanlah yang terbaik buat kita dan Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang nilaiannya jauh lebih baik dari apa yang diharapkan. Inshallah.. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya.
(Riwayat Muslim).

Pada kelazimannya, hati kita akan berasa puas dan tenang sekiraya perkara yang hendak dilakukan adalah berupa kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya, hati menjadi gelisah serta gundah-gulana sekiranya kemaksiatan atau dosa yang kita lakukan. Sebagai renungan bersama, saya akhiri post kali ini dengan wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Moga menjadi panduan berguna buat diri kita semua.

1) Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana sewaktu aku memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2) Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3) Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.


Wallahu A’lam.


-IslamDiHatiKu-





0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com