1.06.2011

Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidupku?


Beberapa hari ini, aku asyik berfikir. Tentang macam-macam perkara. Tentang kehidupan diriku, keluarga, rakan-rakan, persekitaran dan juga masyarakat sekeliling. Rata-rata semua orang sibuk dengan sambutan tahun baru, daripada pertunjukan bunga api, konsert artis sehingga jualan murah hujung tahun! Adakah ini erti sebenar tahun baru bagi kita? Bergembira menyambut tahun baru dengan berpesta, memasang azam dan setelah berlalunya minggu-minggu terawal di tahun baru, kehidupan kita kembali seperti biasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya.

Fenomena ini mungkin normal dan biasa di kalangan orang-orang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Tidak mempunyai ultimate goal dalam diri mereka. Azam mereka bersandarkan semata-mata pada material dan pencapaian di dunia sahaja. Itu pun jika berjaya dicapai, bagaimana jika tiada usaha dan tidak berjaya mengecapi apa yang dicita-citakan pada awal tahun? Bukankah itu sia-sia dan hanya omong kosong. Pastinya itu bukan KITA! Ya, sebagai hamba Allah, tuntutan terhadap diri kita jauh lebih banyak dari itu. Cuba kita renungkan sekejap dan refleks apa yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelumnya?

PADA DIRI SENDIRI

Bagaimana tahap kualiti solat kita? Doa kita? Munajat kita? Ibadat sunat kita? Ikhlaskah? Khusyukkah? Bandingkan dengan tahap penghayatan kita ketika menonton filem, televisyen, mendengar lagu?

Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran dan Hadis? Bandingkan dengan masa yang kita habiskan untuk membaca blog-blog gossip, majalah hiburan, stalk orang di Facebook.

Berapa banyak kisah sirah dan para sahabat yang kita tahu? Bandingkan dengan update terkini yang kita tahu tentang artis popular, bintang bola sepak, perkembangan industri perfileman.
PADA KELUARGA

Pernahkah kita mengajak ahli keluarga kita mengerjakan kebaikan? Pernahkah kita mengajak mereka solat berjemaah, tadarus al-Quran, berpuasa sunat, menderma?

Pernahkah kita forward tazkirah melalui email atau text kepada ahli keluarga kita?

Pernahkah kita mendoakan mereka sama-sama masuk syurga dengan kita?

PADA RAKAN-RAKAN

Pernahkah kita menegur rakan kita ketika dia melakukan dosa, maksiat, zina atau melakukan perkara-perkara lagha?

Bagaimana reaksi kita apabila rakan kita bangga menceritakan tentang boyfriend dan kisah percintaan mereka? Sebagai pendengar setia atau pencegah?

Berapa banyakkah masa yang telah kita sama-sama habiskan bersama rakan-rakan untuk bergosip, mengumpat dan bercakap benda-benda yang tidak berfaedah?

Berapa banyakkah masa telah kita habiskan untuk melepak bersuka ria, bermain-main, menonton TV dengan kawan-kawan?
PADA UMAT ISLAM

Bagaimanakah tahap pengetahuan kita tentang isu Palestin, Afghanistan, Pakistan?

Apakah perasaan sebenar kita mengenai saudara-saudara kita di Palestin?

Apakah reaksi aku ketika rakan-rakanku sibuk mempromosi mengenai isu Palestin?

Pernahkah aku menghulurkan sedikit bantuan kepada saudara-saudaraku di negara lain yang dizalimi dan ditindas?

Pernahkan aku terfikir untuk berkorban harta dan nyawa untuk mereka?

Adakah aku seorang yang peduli umat?

"Barang siapa yang tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka"-sabda Rasulullah s.a.w

Bagi orang-orang yang beriman,

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An'am, ayat 32)

Dunia bukan untuk bermain-main, dunia ladang akhirat

Maka fikirkanlah! Apakah yang telah kita lakukan sepanjang usia kita yang menyumbang ke arah mengembalikan kegemilangan agama Allah seperti zaman Rasulullah saw dahulu?

Sudah tiba masanya kita berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Ya, berhijrah dalam erti kata menjadi Muslim yang lebih berkualiti dan berguna untuk agama,diri, keluarga, bangsa dan Negara!

Ingatlah, tepuk dada tanya iman! Sesungguhnya Iman terjemahan amal, cita-cita terjemahannya perancangan.

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu"

(HR Bukhari dan Muslim)

-Lidya Alya, Wellington-

1.02.2011

Sudah tajamkah senjata kita?





Acapkali kita mendengar org mengatakan bahawasanya “doa adalah senjata seorang mukmin”. Namun sejauh manakah kita benar2 menghayati kata-kata tersebut?

Allah berfirman yang mahfumnya : Berdoalah kepadaKu, nescaya pasti Aku perkenankan doa (permintaan) kamu.


Doa adalah dambaan seorang hamba agar Allah swt memberi pertolongan kepadanya.
Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri serta tanda pengabdian diri kepada Allah swt. Ia juga merupakan sumber kekuatan seorang mukmin.

Apabila seorang mukmin menadah tangan, memohon sesuatu daripada Allah, jiwanya akan menjadi tenang dan bahagia karena pada detik2 sentimental itu ia berkesempatan utk meluahkan segala perasaannya pada Allah yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.

Allah pasti akan memperkenankan doa seseorg selagi seseorg itu tidak mempersekutukan Allah. Doanya mungkin diperkenankan terus, ditangguhkan sedikit waktunya, ditukarkan dengan lebih baik atau diperkenankan di akhirat.

Oleh yang demikian, janganlah kita cepat berputus asa gara2 doa kita tidak diperkenankan dengan serta merta. Teruslah berdoa walaupun untuk sekecil-kecil permintaan. Allah maha pengasih dan maha mengetahui.

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

Di tahun baru ini, ayuh sama2 kita tajamkan senjata kita. Bersama kita mengangkat tangan bermunajat dan berdoa pada Allah Tuhan sekian alam.

Wallahualam bi shawab,..

Puteri dhiya insyirah
-Wellington-
 

Blog Template by YummyLolly.com