Bismillahirahmanirrahim
Kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab alfatihah~
Hari ini saya ingin mengajak kawan-kawan semua berfikir tentang ciptaan Allah.
Apa persamaan lalat dan lebah?
“Dua-dua serangga”
“Boleh terbang!”
“Ada banyak kaki..hehe”
Haa..banyak kan persamaan mereka. Sekarang cuba fikir perbezaan diorang pula.
“Lebah hinggap kat bunga hisap madu, lalat pergi tempat busuk, makan sampah.”
“Lebah hasilkan madu, lalat bawa penyakit.”
“Eeeeiii.”
“Lebah ada sengat.”
“Lebah kiuuut, warna kuning belang-belang.”
Apa lagi sifat lebah?
“Lebah buat sarang kat sekolah,” ujar Lina.
Hurm..Mungkin fizikal diorang tak banyak beza tapi berbeza sangat kan fungsi lebah dan lalat?Sebenarnya lalat dan lebah ni melambangkan diri manusia juga tau.Kalau diberi pilihan kawan-kawan nak jadi apa? Maira(bukan nama sebenar)?
“Nak jadi lebah”
Pandangan beralih kepada Lina.
“Lebah”, jawabnya sambil mengangguk.
Diya?
“Diya nak jadi manusia…” tergelak kecil hati Zinnirah. Ya, sememangnya manusia sebaik-baik kejadian.
“Mas nak jadi cute bee!,” kata Mas dengan penuh semangat.
“Cute bee ke cute fly?”, seloroh rakan-rakan mengusik Mas diikuti gelak tawa (yang sopan).
Lalat ni sifatnya kotor, walau sedang terbang di taman bunga harum mewangi, arah tujunya tetap pada sampah dan benda kotor. Matanya tertutup dengan semua keindahan yang terbentang. Hanya perkara negatif sahaja dipandang dan disukai encik lalat.
Bagi encik lebah pula, walau dihadapannya sampah, dia sanggup bermusafir berkilo-kilometer untuk dapatkan madu. Takdenye dia cakap “alah, penat la jauh sangat bunga, taik depan mata pun jadilah,” kata-kata Zinnirah memecahkan tawa ahlul usrahnya.
Lebah juga bukan setakat memilih yang baik-baik sahaja untuk dirinya, tapi dia juga menghasilkan yang baik untuk orang lain. Untuk kita. Madu banyak sangat khasiatnya. Penyembuh macam-macam penyakit. Walaupun madu manis tapi boleh diambil oleh pesakit diabetes dengan kadar yang betul. Pengubat untuk lecur, rambut gugur, untuk kulit, selsema, imuniti badan, awet muda, macam-macam lagi la. Dan diperakui oleh saintis sejak zaman Mesir Purba hingga ke hari ini oleh seluruh dunia.
Baru-baru ni, saintis Jepun dan Australia buat penemuan baru tentang penyembuhan kanser melalui pengamalan makan madu.
Dalam alQuran pun ada cerita tentang lebah…. Surah an-Nahl, 16:69.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Lebah ada sengat. Ya. Kerana Allah ciptakan untuk mempertahankan diri dia. Takut kan lebah ni? Bukan mengganas tak bertempat, tapi sengat tu digunakan sebaiknya. Begitu juga kita orang Islam. Mana boleh biar orang tindas je kita. Kita buat baik, orang nak pergunakan kita. Kena la pertahankan diri bila diganggu anasir-anasir jahat.
Lagi satu lebah ni, sengat dia tu salah satu daripada abdomen dia, jadi bila dia sengat tu, dia akan syahid sebab sengat dia dah dikeluarkan daripada badan.
Hebat kan lebah ni? Besar kan pengorbanan dia untuk pertahankan sarang daripada diceroboh? Lepas tu dah la ambil yang berkualiti dan bagus je untuk diri sendiri, lepas tu bagi manfaat yang sangat besar pula kepada orang lain.
Kalau kita lihat sekeliling kita, ada manusia yang bersifat lalat, ada juga manusia bersifat seperti lebah.
Ada Al-Quran dalan rumah, dia lebih suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan.
Ada masjid atau surau tepi rumah, dia lebih gemar ke pusat beli belah yang jauhnya kena naik kenderaan awam melepak bersama-sama kawan.
Tapi kalau lebah, sudahlah memilih yang baik je, diberi pula kawan- kawan dan orang sekeliling benda-benda yang baik.Ajak solat jemaah sama-sama. Bila kawan tersilap, tolong tegur dengan cara yang berhikmah dan tak memalukan.Ajak buat kerja sekolah sama-sama.Bila masak lebih sedekahkan pada jiran dekat rumah.
Rumah selalu beralun dengan ayat suci alQuran.
Subhanallah~ sejuk dan tenang je hati ibu bapa kita ada anak solehah yang bukan solehah sorang-sorang, tapi kawan-kawan pun turut jadi solehah.
Kawan-kawan semua.
Cuba tanya diri kita kembali? Kita ni manusia golongan mana?
Kalangan lebah atau lalat?
Kalau lebah, alhamdulillah. Teruskan menjadi lebah hingga ke akhir hayat kita.
Tapi kalau lalat?
Jom kita berubah jadi CUTE BEE!
(macam-macam cerita dikongsikan dalam “keluarga” kami. Lina cerita pengalamannya mengusik sarang lebah dan dikejar segerombolan lebah bersama abangnya.alhamdulillah tak disengat kerana kebijaksaaan mereka merangka strategi macammana nak lari lagi sebelum kacau tu.)
Ok, kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan suratul ‘Asr.
*nama-nama di atas bukan nama sebenar.
dipetik dari http://www.kimsnet.info/v2/2010/11/anda-lebah-atau-lalat/
0 comments:
Post a Comment