"dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu di dalamnya: sihat, dan kesempatan (waktu)" [HR Bukhari]
Kita selalu rasa tidak cukup masa. bila time dekat exam, terkocoh-kocoh mahu study sehinggakan banyak tanggungjawab yang diabaikan
bila time management tidak betul, semua benda pun menjadi kelam kabut. itulah masalah sebenar.
selalu bila ditanya tentang update tugasan or homework ke..or bila memuhasabah mutabaah yang tertunggak..mesti kabut. huru-hara nk mensiapkannya, mula la terhegeh2 nak contact orang, mula nak buka buku, mula la nak itu, nak ini...itu case belum habis deadline lagi..
tp bila dah abes deadline, n dah kantoi x siap. ditanya kenapa x siap, maka mula la mencari alasan..n yang bestnya, diri ini mula nk menyalahkan makhluk itu.. makhluk bernama masa..
ya, masa itu adalah makhluk, Allah yang cipta. dan kita semua tertakluk di bawah influence masa tuh tuh..
tapi, takkan nak salahkan masa, kawan. kan masa Allah bagi kepada semua orang sama je. 7 hari seminggu. 24jam sehari. 60minit sejam. 60saat seminit. 1 saat ... so kalau semua orang pun ada masa yg sama macam kita, so takkan nak kata masa itu tak menyebelahi kita, masa tu saja je nk penatkan kita..
jadi, lihat kembali mana masa dihabiskan, maka yang salah itu bukannya masa. tp BAGAIMANA KITA MENGURUS MASA..
tp x semudah yg dikata, perlu juga mujahadah
oh Allah, berikan aku keberkatan masa!!
teringat pula kata seseorang.. kerja yang ada itu lebih banyak daripada masa yang ada..
itulah dia..
kalau masa itu ditumpahkan/disumbangkan kepada benda yg bukan kerja.. itu yg kata takde masa tuh!! itu yg x bekerja tuh!
apa benda yang bukan kerja tuh?
i) berjalan-jalan tanpa tujuan (shopping etc)
ii) tidur..tapi sebenrnya x ngantuk pun. dan tak penat mana pun..
iii) banyak sgt jumping2 blog, smpai leka waktu
iv) facebooking
v) besembang,chatting,tgk movie etc
patut la nk masak pun rasa macam membuang masa
patut la nk contact family pun rasa cam x cukup masa
habis juzuk 30?
habis kisah sahabat?
40 hadis dari riadhus salihin?
kawan, mimpi la kalau camni..
***
hmmm..rijal itu ada dalam dirinya harisun ala waqtihi..dan munazhamun fi syuunihi..
hmm.. sah! belum cukup rijal lagi nih!!
so apa ubatnya di sini?
jangan salahkan kerja yg diamanahkan kepada kita tu
detect3! detect ke mana masa2 yg kita ada tuh dilesapkan..
haa.. apa lagi.. ckup lah tuh!.mari menyambung kerja =D
******
waAllahua'alam
"maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).. [94:8]
0 comments:
Post a Comment