10.23.2009

Drop or Not??

Alkisah….. disebuah kampung yang diberi nama Kampung Damai Sentosa. Ada seorang budak lelaki bernama Nasib bin Baik. Dia merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri bernama Baik bin Selamat dan Kasih binti Sayang. Nasib seorang anak yang sangat taat dan patuh kepada ibu bapanya. Dia merupakan anak sulung daripada 6 orang adik–beradiknya. Sebagai abang yang paling sulung Nasib berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapanya menyara keluarga. Dia membantu menyara keluarga dengan menangkap ikan di sungai.


Pada suatu hari suam-suam kuku panasnya, Nasib telah turun ke sungai. Selalunya Nasib akan menangkap ikan di Sungai Selamat. Tetapi pada hari itu Nasib telah membuat keputusan untuk pergi menangkap ikan di Sungai No Return Back. Seperti namanya, sungai ini hanya dibolehkan setiap orang pergi sekali sahaja dan tiada kali kedua. Ini kerana dalam sungai tersebut ada seekor naga yang bernama Naga No Excuse, yang mempunyai kepekaan yang teramat mantap dalam mengesan bau manusia yang lalu dikawasan sungai itu. Sesiapa yang lalu dikawasan itu lebih dari sekali akan dibahamnya hidup-hidup tanpa ada rase belas kasihan sekelumit pun di hatinya. dannn…. Lebih dahsyat lagi….. manusia hanya boleh berada di sungai itu dalam masa 1 jam sahaja. Lebih dari itu memang confirm akan jadi santapan enak buat si naga.

Walaubagaimanapun, Nasib begitu yakin dan bersemangat bahawa hari ini adalah hari baginya. Hari dimana ikan-ikan di sungai tersebut tertarik… termakan… tersangkut dek umpan cacing yang menyelerakan dihujung perangkap ikannya. Nasib pun mula melompat ke dalam sampannya yang agak keusangan itu. Sampan tersebut merupakan sampan warisan tujuh keturunan ayahnya.


Nasib pon mendayung-dayung sampannya sampai lah ke suatu kawasan yang diberi nama Lubuk Ikan Pelahap. Selepas membreak sampannya, Nasib pon menurunkan pukat tujuh keturunan (ya pukatnya juga warisan tujuh keturunan). Nasib menanti dengan penuh sabar. Masa terus berlalu. Ikan yang ditunggu tidak kunjung tiba. Nasib melihat jam tangan yang baru dibelinya. Jam tepat menunjukkan pukul 11.55 pagi waktu tempatan. Lagi 5 minit, kalau tak ada yang tersangkut memang kena gerak dululah jawabnya.

Pap…..prappppp……. Tiba-tiba……. Jeng-jeng…….

Sekumpulan ikan yang sangat banyak tersangkut di pukatnya. Nasib begitu gembira sekali. Nasib cuba menarik pukatnya….. Tapi…… malangnya…. Dia tak mampu. Teramat beratlah untuk Nasib mengangkat pukatnya itu…. Mahu jugak beberapa tonne. Dia menggunakan segala kudrat yang ada untuk berusaha segigih mungkin untuk menarik kesemua ikan-ikan tersebut. Tiba-tiba…Nasib mendengar air berkocak dengan sangat ganas dan menuju kearahnya….. Oh tidak!!!…. Dia kesuntukan masa…. Ada lebih kurang 1 minit lagi untuk die beredar dari situ. Nasib begitu bingung skali. Patut diperah jugak segala usahanya untuk menarik kesemua ikan yang ada atau Nasib terima seadanya ikan-ikan yang ada melompat-lompat masuk ke dalam sampan tujuh keturunannya dan terus beredar dari kawasan itu sepantas yang mungkin.

Nasib agak tertekan pada ketika itu. Jelmaan wajah Pak Baik dan Mak Kasih muncul dikotak pemikirannya. Satu persatu wajah adik beradiknya muncul. Apa yang perlu dilakukan. Kocakan air semakin kencang dan mengganas. Kelibat Naga No Excuse mula kelihatan. Kelajuannya semakin bertambah dan makin hampir dengan Nasib, dianggarkan kurang dari jarak 50 meter. Keadaan begitu kalut dan tegang sekali….drop or not?? DROP or NOT??? Si naga makin laju makin laju sehingga lah...

“Aggghhh!!!” Nasib berteriak. Teriakan Nasib mengejutkan dirinya sendiri dan ayam-ayam yang terkurung di dalam reban di belakang umahnya. “Ooopocottt Kokokokok!! Kokokokok!! Nasib beristighfar beberapa kali sambil mengucap tahmid kepada Allah kerana apa yang dialaminya sebentar tadi hanyalah mimpi semata-mata. Nasib melihat jam di dinding biliknya tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi. Nasib terus bangun dari tempat tidurnya dan melangkah menuju ke bilik air. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud seperti kebiasaannya. Selesai sahaja menunaikan solat sunat, Nasib duduk seketika di atas tikar sembahyang tujuh keturunan milik ayahnya. Dia berfikir-fikir tentang mimpinya tadi. Apakah yang perlu dia lakukan sekiranya dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukannya dia membuat pilihan? Bagaimana dia tahu yang tindakan yang bakal diambil adalah yang terbaik buat dirinya serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada dirinya dan juga orang lain? Nasib menadah tangan sambil berdoa;


“ Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah aku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya da petaka. Aku mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah aku (Ya Allah) iman yang sebernanya sehingga aku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada ku, keluarga dan anak-anak ku serta sesiapa sahaja yang bersama-sama ku. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib ku ditentukan oleh diri kami sendiri, walupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yag paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Amin Ya Rabbal ‘alamin”...


Sampai di situ sahaja ceritanya. Sekiranya anda mahu menyambung cerita ini lagi dalam versi anda sangat-sangat dialukan-alukan.

Cerita di atas sememangnya ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia walaupun ada beberapa perkara yang agak kurang logik di dalam cerita di atas. Pengajaran yang cuba disampaikan melalui cerita di atas ialah tentang kepentingan pergantungan kita kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Setiap hari, kita seringkali berdepan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Kadangkala kita begitu buntu dan tak tahu apakah cara penyelesaian ataupun pilihan terbaik untuk kita ambil dan bertindak. Mintalah pertolongan dari Allah. Janganlah kita lokek untuk berdoa kepada Allah. Allah amat kasih dan suka kepada hambanya yang berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaddu'. Petunjuk Allah itu lebih dekat bagi hambanya yang sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan darinya. Sesunguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong”.

Doa ini telah menjadi perisai dan pelindung buat Nabi Ibrahim tatkala baginda dicampakkan ke dalam api. Dengan izin Allah, baginda telah terselamat. Doa ini juga dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi serangan dari pasukan Ahzab.

Allah mengetahui diri kita lebih baik dari diri kita sendiri. Sekiranya, apa yang dihajati atau dipohon tidak dimakbulkan, jangan berputus asa, barangkali apa yang dipinta bukanlah yang terbaik buat kita dan Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang nilaiannya jauh lebih baik dari apa yang diharapkan. Inshallah.. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya.
(Riwayat Muslim).

Pada kelazimannya, hati kita akan berasa puas dan tenang sekiraya perkara yang hendak dilakukan adalah berupa kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya, hati menjadi gelisah serta gundah-gulana sekiranya kemaksiatan atau dosa yang kita lakukan. Sebagai renungan bersama, saya akhiri post kali ini dengan wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Moga menjadi panduan berguna buat diri kita semua.

1) Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana sewaktu aku memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2) Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3) Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.


Wallahu A’lam.


-IslamDiHatiKu-





10.19.2009

Examination Help: Exam Prep Tips



Examinations are an important part of the educational process and therefore as a student, it is important you acquire some important examination skills. A few handy exam preparation tips can help you with your exam prep and study and ensure you come out flying colors.

Examination Help: Exam Prep Tips
  • Find out everything you need to know about your upcoming examination in order to prepare for it. Is it an essay exam or multiple choice questions? How long is the paper? How many marks is the exam worth? Questions such as these are very useful for examination preparation and full knowledge of the entire exam ahead of you will be good exam help.


  • One of the most examination preparation tips is reviewing past examination papers. This is an important examination skill that will help you understand the examination process for your course and give you an idea of what to expect.


  • Another useful exam tip that will help you in your examination preparation is to not only review these papers but treat them like real exam papers and use them to set yourself some practice exams. This exam study technique will help you manage time and prepare for the real exam with a real paper.


  • Exam study is very important but last minute studying does not help. Prepare for your exam in advance and avoid cramming. Exam help does not come in the form of cramming as much as you can because this will only make you more nervous.


  • Get enough sleep. This is said over and over again and it is absolutely essential as a clear mind will help you remember better.


Exam Day: Examination Help

  • It is the day of the exam and you might have read all the examination preparation tips possible, but you might still feel butterflies in your stomach. It is normal to be nervous on the day of the exam but try not to let that take control of you.


  • An important exam tip to remember is you must make use of your reading time. This is the period during which you get to read your paper, fully understand its contents and if your examination offers a choice of questions, then you must use the reading time to choose to answer questions that you are best prepared for.


  • Reviewing old papers and practicing exams will also help you to understand examination questions better – an important examination skill to acquire. On the day of the exam, read your paper well and then proceed to answer the questions in a systematic manner. Fully understand what the question is asking and answer to the point, without rambling on about details that are not required.


  • Time yourself well to make sure you answer all the questions in your paper.


  • Once you have finished writing your paper, another exam tip to keep in mind is to review your paper. Going over your paper one last time before you submit it might help you spot some errors you might have made while you were rushing through the paper the first time around.

Examination preparation tips are not complicated and with a little planning and organization, your exam study can be fully optimized so you have the best possible exam preparation skills to achieve the best results.



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. " (29:69)

"kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya" 3:159








Gelisah yang mendera

Pada suatu malam Nabi SAW tidak dapat melelapkan matanya. Baginda memalingkan mukanya ke sana dan ke mari, dan mengantuk tak dirasakannya. Menyedari keadaan tersebut, isteri baginda bertanya,

“Mengapa engkau tidak dapat tidur, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab,

“Ada sebiji kurma, terletak di suatu tempat, tadi. Kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku berasa kesal kerana buah itu mungkin telah ke mari untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.”

Buah yang dimakan baginda mungkin kepunyaan dirinya sendiri. Tetapi kerana para dermawan selalu menghantar sedekah ke rumah baginda untuk diagih-agihkan, perbuatan memakan kurma itu tadi telah menimbulkan keraguan di dalam hatinya.






Demikianlah ketelitian Nabi SAW mengenai setiap perkara yang dilakukannya-hatta yang sekecil buah kurma itupun dihitung-hitungnya. Ambillah pengajaran : Kita seharusnya juga menilai setiap tindak-tanduk kita, agar kita takkan berasa kesal di kemudian hari. Dan berkhidmatlah kepada Allah dengan senang hati. InsyaAllah dunia kita akan lebih berseri.

10.10.2009

Yang paling afdal

Ini ada sebuah hadith yg agak panjang.

Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Husain dari Abu Idris Al-Khaulani bahawa Abu Dzarr r.a. bercerita: "Pada suatu hari aku masuk ke dalam masjid dan menemui Rasulullah saw. sedang duduk seorang diri; maka aku mendekatinya dan duduk di sampingnya, kemudian terjadilah dialog (soal-jawab di antara beliau dan aku).

1. Aku (Abu Dzarr) bertanya, "Ya Rasulullah, engkau memerintahkan aku bersolat?"Beliau (Rasulullah) menjawab: "Solat adalah sebaik-baik perbuatan,maka perbanyakkanlah atau sedikit."

2. Aku tanya, "Amal apakah yang paling afdhal?"Beliau jawab:"Beriman kepada Allah dan berjihad fi sabiilih (pada jalanNYA)."

3. Aku tanya,"Mu'min yang bagaimanakah yang paling afdhal?"Beliau jawab: "Ialah yang terbaik akhlaknya."

4. Tanya, "Muslim yg bagaimanakah yang paling selamat?"

Jawab: "Ialah yg menyelamatkan orang-orang dari gangguan lidahnya dan tangannya."

5. Tanya, "Hijrah yg bagaimanakah yg afdhal, ya Rasulullah?"Jawab: "Ialah hijrah dari (meninggalkan) perbuatan maksiat."

6. Tanya,"Solat yang bagaimanakah yang afdhal, ya Rasulullah?"Jawab:"Berkhusyu' yang panjang (lama berdiri)."

7. Tanya,"Hamba-hamba sahaya manakah yg paling afdhal utk dimerdekakan?"Jawab:"Hamba yg paling mahal harganya dan yg paling disayang oleh pemiliknya."

8. Tanya,"Sedekah yg bagaimanakah yg paling afdhal, ya Rasulullah?"Jawab:"Pemberian dari orang yg masih kekurangan (tidak kaya) dan pemberian secara rahsia kepada fakir miskin."

9. Tanya,"Ayat apakah di antara ayat-ayat yg diturunkan kpdmu yg paling besar?"Jawab:"Ayat Kursi, dan tujuh langit itu jika dibandingkan dengan Kursi, melainkan seperti sebuah cincin (atau lingkaran besi) yg berada di tengah-tengah padang pasir, dan perbandingan Arasyterhadap Kursi adalah perbandingan padang pasir itu terhadap cincin tadi."

10. Tanya,"Berapakah bilangan Nabi-Nabi, ya Rasulullah?"Jawab:"Seratus dua puluh empat ribu." (124,000)11. Tanya,"Berapakah yg menjadi Rasul di antara mereka, ya Rasulullah?"Jawab:"Sebanyak tiga ratus tiga belas." (313)

12. Tanya,"Siapakah yg pertama, ya Rasulullah?"Jawab:"Adam."

13. Tanya,"Apakah dia seorang Nabi yg diutus ?"Jawab:"Benar, dia diciptakan oleh Allah dengan tanganNYA, ditiupkan ruh ke dalam tubuhnya yangdisempurnakan." Dan selanjutnya Rasulullah bersabda:"Hai Abu Dzarr, empat dari mereka adalah dari golongan Siryaniun, iaitu Adam, Syith, Nuh, dan Idris, iaitu Nabi pertama yg dapat menulis dengan pensel. Dan empat Nabi dari keturunan Arab, iaitu Hud, Syuaib, Saleh, dan Nabimu, hai Abu Dzarr."

14. Abu Dzarr bertanya,"Berapa kitab telah diturunkan Allah, ya Rasulullah?"Ar-Rasul saw. jawab:"Seratus empat kitab (104). Kepada Syith tlh diturunkan lima puluh halaman, Idris tiga puluh halaman, Ibrahim sepuluh halaman, Musa sebelum Taurat ada sepuluh halaman,di samping kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an."

15. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah isi lembaran yg diturunkan kepada Ibrahim?"Jawab:"Isinya ialah: Hai Raja yg berkuasa, dipuji dan sombong, sesungguhnya AKU tidak mengutusmu untuk mengumpulkan dunia, melonggokkan sebahagian di atas sebahagian, akan tetapi AKU mengutusmu untuk menerima doanya orang yg teraniaya agar tidak sampai kepada-KU, kerana AKU tidak akan mengembalikannya walaupun ia datang dari seorang yg kafir.

Seorang yg bijaksana akan membahagi masanya menjadi beberapa waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, beberapa waktu utk bertanya pd dirinya sendiri (muhasabah), beberapa waktu utk merenungkan ciptaan Allah, dan beberapa waktu lagi utk mengurus keperluan makan dan minumnya. Seorang yg bijaksana tidak akan meributkan (menyibukkan) diri melainkan utk tiga tujuan: mencari bekal utk hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yg halal.

Seorang yg bijaksana hendaklah mengenal zamannya, tekun mengurus urusannya, dan menjaga lidahnya. Barangsiapa yg menyesuaikan bicaranya dengan perbuatan, maka akan jarang berbicara melainkandalam hal-hal yg mengenai dirinya."

16. Tanya,"Apakah isi lembaran-lembaran yg diturunkan ke atas Musa, ya Rasulullah?"Jawab:"Isinya adalah semua peringatan dan ibarah; aku hairan dari orang yg yakin akan mati bagaimana ia dapat bersuka-ria, aku hairan dari orang yg yakin dgn adanya takdir bagaimana iamembanting tulang bekerja, aku hairan dari org yg melihat keadaan dunia yg selalu berubah bagaimana ia dapat tenang mempercayainya dan aku hairan dari orang yg yakin adanyahari hisab besok, bagaimana ia enggan beramal."

17. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah ada yg sampai kpd kita sesuatu yg dulu ada di tangan Ibrahim dan Musa, dan apakah yg diturunkan Allah kepadamu?"Jawab:"Ada, cubalah baca hai Abu Dzarr, 'Sesungguhnya beruntunglah orang yg membersihkan diri (dengan beriman) dan ia ingat akan nama Tuhannya, lalu ia bersembahyang. Tetapi kamu (orang2 kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.' Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab2 yg dahulu (iaitu) kitab2 Ibrahim dan Musa."

18. Abu Dzarr bertanya,"Apakah wasiatmu kepadaku, ya Rasulullah?"Ar-Rasul saw menjawab:"Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah,kerana itu (taqwa) adalah pokok segala urusanmu."

19. Abu Dzarr bertanya lagi,"Apa lagi ya Rasulullah?"Rasulullah saw. menjawab:"Bacalah Al-Qur'an dan berzikirlah (ingatlah) kepada Allah, kerana itu akan menjadi zikir buatmu di langit dan cahaya bagimu di dunia."

20. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"Jawab:"Hindarilah banyak ketawa, kerana itu mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah."

21. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"Jawab:"Laksanakanlah kewajipan berjihad, kerana itu merupakan kerahiban perjuangan bagi umatku."

22. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"Jawab:"Hendaklah engkau selalu diam (tidak bercakap) melainkan untuk kebaikan, kerana itu dapat mengusir syaitan dan dapat menolongmu dalam urusan agamamu."

23. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"Jawab:"Lihatlah kepada orang yg di bawahmu dan janganlah melihat orang yg berada di atasmu, agar engkau tidak memandang rendah akan nikmat yg Allah berikan kepadamu."

24. Abu Dzarr bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah? Jawab:"Cintailah orang2 fakir miskin dan duduklah bersama-sama mereka, agar engkau tidak memandang rendah dan kecil nikmat Allah kepadamu."

25. Bertanya Abu Dzarr,"Apa lagi, ya Rasulullah?"Rasulullah saw. menjawab:"Hubungilah kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungannya dengan engkau."

26. Tanya Abu Dzarr,"Apa lagi ya Rasulullah?"Jawab Rasululllah:"Katakanlah apa yang haq (yg benar) walaupun itu merupakan hal yg pahit."

27. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"Jawab:"Janganlah engkau takut dicerca orang kerana membela agama Allah."

28. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"Jawab:"Apa yang engkau ketahui tentang dirimu akan mencegahmu mencampuri urusan orang lain dan janganlah engkau sesalkan bahawa orang tidak melakukan apa yg engkau sukai. Dan cukup sebagai aib bahwa engkau mengetahui tentang orang lain apa yg engkau tidak mengetahui tentang dirimu sendiri."Kemudian Rasulullah saw. memukul dadaku dengan tangannya seraya bersabda: "Tiada aqal seperti kebijaksanaan, tiada wara' seperti memahami diri dan tiada kebanggaan seperti akhlak yang baik."TERJEMAHAN SINGKAT TAFSIR IBNU KATSIER, JILID 2, pp. 610-619.

10.05.2009

Nafsu dan akal

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

10.01.2009

Untuk mu teman

Ingatkah engkau wahai teman?
Bertemu. Tidak kerana nama.
Berkasih. Tidak kerana harta.
Sayang. Bukan kerana rupa.
Ingatkah?

Teman,
Di kala bergema seruan dari Tuhanmu
MengesakanNya, menyembah Yang Maha Satu.
Sudikah teman, kau sambut tanganku?
Sudikah teman, kau duduk di sisiku?
Sudikah teman, kau sambut jatuhku?

Izinkan aku teman, menghulur tanganku.
Izinkan aku teman, meneguhkan dirimu.
Izinkan aku teman, menyentuh hatimu.

Teman, walau ada beza di antara kita,
Yakinlah! Yakinlah temanku
Titik persamaan hanya satu!
Yakinlah teman! Ia pada iman di hatimu.

Teman,
Ingatlah kembali wahai temanku.
Siapa yang menyatukan di antara hati-hati kita?
Siapa yang mendekatkan antara yang jauh dipisah benua?
Siapa yang menerangkan di kala hati kita gelita?
Siapa? Siapa temanku?

Teman,
Tali ini, sambutlah!
Jalan ini, susurilah
Sesungguhnya syurga itu terlalu indah..

Jika hari ini terasa perit pedihnya terluka hati,
Jika hari ini ada yang merajuk memencil diri,
Yakinlah! Yakinlah dengan iman di hatimu,
Bahawa syurga itu terlalu indah untuk dibazirkan dengan sengketa ini.

Teman, sambutlah!
Asyhadu an laa ila ha illaLlah,
Wa asyhadu anna muhammadarrasuluLlah.
Pergilah kamu teman
Pergilah dalam keadaan tunduk kepadaNya.

Hasil nukilan,
Sahabat badr
 

Blog Template by YummyLolly.com