3.11.2011

"Dedikasi buat kamu. Senyumlah ya"

Semoga hari anda ceria selalu, cukuplah supaya Allah sentiasa di hati. Ala-ala iklan tv 9 gitu, "Dekat di hati.." Ingat Dia, nanti hati pun jadi tenang. Ingat bukan setakat di lidah, kiranya, pandanglah sesuatu itu dengan mata hati.. Adakalanya kita terlupa ujian Dia itu untuk jadikan kita lebih bersabar.. Bila kita ingat begitu, insya-Allah hati akan tenang kerana mana mungkin Allah ciptakan segala sesuatu tanpa hikmah-Nya?

"Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada Ku, dan jangan kau ingkar kepada Ku." (Al-Baqarah: 152)

Jangan mengharapkan kepada yang lain, sebab macam mana Allah nak jaga dan pegang erat hati kita serta bantu diri kita kalau perkara lain dah ambil alih tempat yang khas untuk Allah itu, kan? Kebanyakan daripada kita terlalu pentingkan yang luaran, tetapi kecantikan dalaman, iaitu hati selalu terabai..kesian hati..

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Perjalanan ke arah kehidupan yang bahagia hanya akan tamat apabila kita mengambil keputusan untuk berhenti. Kadang-kadang kita terfikir, 'kalaulah aku dapat kehidupan/sesuatu yang orang lain ada, mesti aku akan lebih bahagia..'

Tapi..betul ke pandangan tu? Tak semestinya.. Lagipun;

Setiap ujian adalah nikmat supaya kita lagi dekat dengan Allah. Setiap ujian adalah nikmat supaya kita lagi dekat dengan Allah. Setiap masalah tak semestinya derita. Setiap masalah tak semestinya derita.




Kita selalu anggap pelangi kat atas kepala orang, tak pernah kat atas kepala sendiri. Kadang-kadang tu kan, kita tak sedar, orang yang kita nampak macam paling senang atau bahagia kat dunia ni, tak semestinya dia akan bahagia selamanya. Tak semestinya sepanjang hari tu dia bahagia.. Adakalanya dia sendiri hampir tewas disebabkan ujian hidup yang pelbagai. Tapi disebabkan ketabahan hati yang kuat dan percayanya dia kepada Allah, itulah kebahagiaan yang sebenar..Tak semestinya apa yang kita lihat dengan mata kasar itu merupakan kebenaran yang sebenarnya..

Elakkan daripada terlalu membenci sesuatu perkara itu, sebab boleh jadi itulah perkara yang akan menyebabkan kita makin faham hala tuju hidup ini. Tak semestinya apa yang kita terlalu suka itu akan bawa kebaikan berpanjangan untuk kehidupan ni. Jadi, jangan terlalu suka kepada sesuatu perkara, nanti kita akan benci pula kepada apa yang disukai. Elakkan daripada terlalu membenci kepada sesuatu, nanti silap hari bulan kita pula suka kepada apa jua perkara yang dibenci secara berlebihan itu. Allah lebih mengetahui, dan kita tidak mengetahui.

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)



Kadang-kadang tu, fikiran jadi melayang-layang. Silap hari bulan boleh sampai ke planet Marikh, kot. Itulah sebabnya, kita kena cuba elakkan daripada terlalu berangan-angan, atau terlalu alpa dengan masa lapang. Bukan apa, elok-elok duduk seorang diri, takut-takut nanti setan pun join sekali... parah jadinya nanti.

"yang dilaknati Allah dan setan itu mengatakan,'Aku pasti akan mengambil bahagian tertentu daripada hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka,'..."

(An-Nisa':118-119).


Ada apa dengan ujian hidup?


'Aku dah tak tahu sampai bila lagi aku nak pertahankan kesabaran aku ni. Wujud ke dalam diri aku kesabaran yang tinggi? Mampu ke aku nak contohi Rasulullah saw? Aku manusia biasa. Aku tak tahu sama ada aku mampu nak bertahan lagi. Kekuatan diri makin menghilang. Mana perginya diri aku yang dahulu dapat bersabar? Mana perginya sebahagian daripada kekuatan dalam diri aku tu?? Tanggungjawab semakin bertambah... Ya Allah...sedihnya hati ku...Dan selayaknya, harus aku ubah dari dalam. Segalanya bermula dari dalaman. Perlahan-lahan tak mengapa, asalkan kita berusaha meneruskan suatu perjuangan itu, kerana kita tahu, Allah akan memandang akan usaha kita, bukan setakat hasilnya..''

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,." (Al-Baqarah: 45)

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah:153)

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."

( Ali-Imran:139)




Sedikit kata-kata

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”


“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”


-Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."(Al-Israa':36).

"(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukan-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh."
(Al-Hajj:31)

.

Sedikit petikan daripada sebuah buku.


Tajuk buku: Fikir-fikirlah (Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj)

PENGHARGAAN BUAT DIRI. (m/s 246)
'Kita tak mungkin menemukan daratan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai.'

"HARGAI diri anda. Bagaimanapun anda bersangka yang buruk-buruk tentang diri anda, anda sebenarnya lebih baik daripada apa yang anda sangka itu. Anda tetap ada kelebihan, tetap ada keistimewaan.

Kita jadi tak reda dengan apa yang kita ada apabila selalu bandingkan diri dengan yang lebih tinggi daripada kita. Cuba bandingkan dengan yang lebih rendah daripada kita, kita akan lihat macam-macam kelebihan."

Kesimpulannya


Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Biarlah diri ini kadangkala menderita kini, tetapi, penghujungnya nanti, berbahagia..


Tak semua yang kita rancang akan menjadi. Tapi, andai kita betul-betul ikhlas ingin mencapai sesuatu matlamat itu, sudah pasti Allah akan menunjukkan jalannya. Jika kurang berjaya, atau masih tidak dapat apa-apa yang diingini, bersabarlah kerana Allah sebenarnya ingin memberikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita sering harapkan. Allah tetap sayang hamba-hambaNya.. Tanyalah diri, adakah aku akan tewas dengan pujukan rayu syaitan dan hawa nafsu?



Yours truly,

-Ash Faith '12

May Allah bless~

 

Blog Template by YummyLolly.com