2.23.2011
Emergency Survival Kit
Laporan berita telah banyak menyebut bahawa kemungkinan besar Wellington pula yang akan dilanda gempa bumi bukan satu perkara mustahil.
Sehubungan itu, saya bagi pihak Malaysian Students Council (MSC) ingin mengingatkan rakan-rakan semua agar membuat persediaan awal sekiranya bencana ini berlaku (berdoalah siang malam agar ia tidak terjadi). Antara keperluan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
- Dokumen-dokumen penting yang perlu di simpan bawah kawalan pelajar
o Sijil lahir/passport/lesen memandu(jika ada)-bawa satu dompet
- Keperluan makanan
o Keperluan air untuk tiga hari (sekurang-kurangnya 3 liter SEORANG).
o Keperluan makanan (makanan segera, coklat dan muesli bar,sardin dalam tin, pembuka tin/bahan mentah untuk tiga hari
o Bahan kegunaan peribadi harian (berus dan ubat gigi dan ubat-ubatan)
- Kit Kecemasan
o Bateri/lampu suluh
o Radio/telefon bimbit (make sure credit ada, jika tidak top up sekarang)
o Selimut/sleeping bag
Tolong pastikan keperluan di atas dimasukkan di dalam satu beg dan letakkan berhampiran rakan-rakan terutama bila tidur di waktu malam.
Di pihak MSC, kami akan mengedarkan standard operating procedure menghadapi bencana alam sedikit masa lagi yang antara lain mengandungi nombor perhubungan setiap wakil kariah yang dilantik MSC untuk rakan-rakan berhubung dan tempat berkumpul jika tidak tahu ke mana hendak pergi.
Kerjasama dan perhatian rakan-rakan berkenaan perkara di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Noor Ruzaini Adam
Wakil Isma New Zealand di Wellington
b/p:
(Muammar Gadaffi Omar)
Presiden
Malaysian Students Council 2010-2011
2.03.2011
Suatu hari di pantai Tomahawk
Sambil aku menikmati bayu angin pantai Tomahawk,
Sambil aku menghayati kekuasan illahi,
Aku tiba-tiba terfikir mengapa diriku di sini?
Adakah aku di sini sama seperti burung-burung di pantai?
Terbang bebas tinggi tanpa keresahan, tanpa ikatan,
Terbang bersama rakan-rakan penuh riang..
Aku terlihat sebuah keluarga Kiwi bermain-main di pesisiran pantai
Adakah aku di sini sama seperti mereka?
Hidup kerana keluarga, pangkat dan wang
Alangkah gembiranya seperti mereka
Tapi, adakah ini kebahagian yang aku mahu?
Kebahagiaan yang boleh lesap tiba-tiba tanpa amaran
Sedang aku sibuk mencari jawapan untuk segala persoalan,
Tiba-tiba,....
Kedengaran lagu Maher Zain " Open Your Eyes " di corong telingaku
" We just have to,
Open our eyes, our hearts, and minds,
If we just look bright to see the signs,
We can’t keep hiding from the truth ..."
Ku teringat kembali pengisian oleh seorang sister yang mengingatkan aku tentang tujuan penciptaan manusia seperti yang diukirkan di dalam Al-Quran ;
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikah Khalifah di bumi..." (Al-Baqarah:30)
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Al-Dhariyat :56)
Disebalik kesejukan di Tomahawk,
Ku terasa ada kehangatan mengalir di wajahku,
Ya Allah,
Ampunilah diriku yg lalai dan alpa,
Yang lupa tentang tujuan hidupnya
walaupun telah beberapa kali Kau ingatkan,
No more hiding from the truth...
Terima kasih atas segala nikmat yang Engkau beri
dari sebelum lahir sehingga kini..
Aku teringat soalan yg penah diutarakan Doc Z,
" Bagaimana kita bersyukur dgn nikmat Allah? "
Aku mengangguk sambil tersenyum,..
0(^_^)0
Thank you Allah.......
Hasil nukilan: Puteri Dhiya Insyirah