8.11.2010
8.10.2010
Menambah Amal, Mengejar Redha



Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan ISMA Wellington
WELLINGTON, 7 Ogos- Satu majlis pelancaran Ihya’ Ramadhan telah berlangsung di Everton Hall, Wellington sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi. Tujuan diadakan majlis pelancaran ini ialah bagi menimbulkan kesedaran dan penghayatan di kalangan pelajar Muslim Malaysia terhadap kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini berbanding bulan-bulan lain yang boleh menjadi titik tolak perubahan yang positif individu Muslim pada masa akan datang. Majlis ini yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) New Zealand cawangan Wellington dengan kerjasama Malaysian Student Departmen (MSD), Wellington Malaysian Student Organization (WMSO), Malaysian Wellington Postgraduate Society (MWPGS) serta Kelab UMNO Wellington telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr Wan Rafaei bin Wan Abdul Rahman, Chair of Malay Studies di Victoria University of Wellington. Majlis yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu telah dihadiri seramai 70 orang pelajar Malaysia.
Majlis dimulakan dengan bacaan kitab suci Al-Quran oleh saudara Mohd Aizat dan seterusnya ucapan oleh Pengarah Program Ihya’ Ramadhan (PYI), Wellington, Sarah Shaina Abdul Rahman. Dalam ucapan beliau, ada diterangkan mengenai program Ihya’ Ramadhan yang membawa maksud “menghidupkan Ramadhan” yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dengan objektifnya untuk menggalakkan warga Islam di Wellington supaya merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan secara konsisten dan berdisiplin. Beliau turut menyentuh beberapa kelebihan bulan Ramadhan seperti ganjaran pahala digandakan, pintu syurga dibuka , terjadinya peristiwa bersejarah Nuzul Quran (penurunan Al-Quran), perang Badar serta terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr.
Majlis diteruskan dengan ucapan serta perasmian daripada Prof. Dato’ Dr Wan Rafaei bin Wan Abdul Rahman. Dalam ucap tamanya beliau turut menasihati para pelajar supaya mengekalkan prestasi pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga kehormatan agama Islam terutamanya mengenai pengalaman berpuasa di luar negara, di mana beliau menggalakkan kita untuk menjelaskan kepada bukan Islam mengenai fadilat ibadah puasa. Beliau yang menyokong aktiviti sebegini diadakan turut mencadangkan agar program seperti ini turut dihadiri oleh bukan Islam bagi mendedahkan mereka mengenai agama Islam.
Setelah majlis selamat dirasmikan, Pengarah PYI dengan sukacitanya menyerahkan cenderamata tanda terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr Wan Rafaei serta “care-package” sebagai tanda simbolik penyerahan buku amal, tabung ramadhan serta bulletin Ramadhan. Hadirin turut diedarkan buku amal, tabung Ramadhan, bulletin serta poster Ramadhan. Dengan tema, “Menambah Amal, Mengejar Redha”, pihak penganjur berharap semua Muslimin dan Muslimat dapat mempertingkatkan amalan semaksimum mungkin untuk mencapai keredhaan Allah. Tujuan diedarkan Buku Amal Ramadhan yang berupa “checklist” adalah bagi memudahkan muslimin/at sekalian untuk melihat prestasi serta perkembangan amalan mereka seharian. Selain itu, penganjur juga melancarkan Tabung Ramadhan melalui Kempen Satu Hari NZD 1, Satu Tabung Satu Rumah bertujuan untuk menerapkan budaya serta melatih individu Muslim untuk bersedekah dan infak (membelanjakan harta ke jalan Allah) yang diharapkan dapat berkekalan selama-lamanya.
Di samping itu, majlis turut diserikan dengan tayangan video Program Ihya’ Ramadhan serta persembahan nasyid daripada wakil UMNO Wellington dan WMSO. Sebelum majlis diakhiri, diadakan kuiz yang berkisar mengenai ibadah puasa serta kelebihan Ramadhan. Majlis berakhir dengan makan tengah hari yang ditaja oleh Malaysian Student Department(MSD).
8.07.2010
Mencari agama yang benar - Salman Al-Farisi
Kisah ini adalah kisah nyata pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman SALMAN AL FARISY
Marilah kita simak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.
Kata Salman, “Saya pemuda Persia, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapak saya Kepala Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Saya adalah makhluk yang paling disayangi ayah sejak saya lahir. Kesayangan beliau semakin bertambah besar sejalan dengan pertumbuhan diri saya, sehingga kerana teramat sa yangnya, saya dipingitnya di rumah seperti anak gadis.
Saya membaktikan diri dalam agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsa saya). Saya diangkat menjadi penjaga api yang kami sembah, dengan tugas menjaga api itu supaya menyala siang malam dan agar jangan padam walau pun agak sejenak.
Ayahku memiliki perkebunan yang luas, dengan penghasilan yang besar pula. Kerana itu beliau mukim di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapak pulang ke desa untuk suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapak sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus perkebunan kita hari ini menggantikan Bapak’’
Aku pergi ke perkebunan kami. Dalam perjalanan ke sana aku melewati sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sermbahyang. Suara itu sangat me narik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapak di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapa saja. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku masuk ke gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Setelah kuperhatikan, aku kagum dengan cara sembahyang mereka dan ingin masuk agamanya.
Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami. “Aku tidak beranjak dari gereja itu sampai petang. Sehingga aku tidak jadi pergi ke perkebunan.
Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”
“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapak menanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, “Wahai, Bapak! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku senantiasa berada di gereja mereka sampai petang.”
Bapak memperingatkanku akan perubatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”
Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”
Bapak kuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anut. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka, bila ada kafilah yang hendak pergi ke Syam supaya memberi tahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka kuputus rantai yang membelenggu kakiku sehingga aku bebas. Lalu aku pergi bersama-sama kafilah itu ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”
“Uskup yang menjaga “jawab mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan Anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama Anda.”
‘Masuklah!” kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.
Belum begitu lama aku membaktikan diri kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong ummatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul tangan Uskup, disimpannya saja dalam perbendaharaannya tidak dibagi-bagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah menumpuk sebanyak tujuh peti emas. Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang memperkaya diri sendiri itu. Tidak lama kemudian iapun meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak mengu burkannya.
Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”
Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?” Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”
Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”
Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!”
Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai Bapak! Kepada siapa Bapak mempercayakanku seandainya Bapak meninggal. Dan dengan siapa aku ha rus berguru sepeninggal Bapak?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”
Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah me ninggal itu.
Kata pendeta Mosul, “Tinggailah bersama saya.”
Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana Bapak ketahui, mungkin ajal Bapak sudah dekat. Kepada siapa Bapak dapat mempercayakan ku seandainya Bapak sudah tak ada?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”
Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!”
Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar kepadanya sampai dia wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Bapak sudah tahu perihalku Maka kepada siapa Bapak dapat mempercayakanku seandainya Bapak meninggal?”
Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, “Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Anda sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayakan seandainya Anda meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”
Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan pindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat cap kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”
Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu serombongan saudagar Arab dan kabilah “kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.”
Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.”
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual mereka kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai budak belian. Pada suatu hari anak paman majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya kepada majikanku. Aku pindah dengan majikanku yang baru ini ke Yatsrib. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.
Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi beliau masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang beliau 1ancarkan kerana aku selalu sibuk dengan tugasku sebagai budak. Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pindah ke Yatsrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak pamannya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah! Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan laki-laki dari Makkah yang menda’wahkan dirinya Nabi.”
Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku bisa menimpa ma
1) Wadil Qura, sebuah lembah antara Madinah dan Syam.
2) Bani Qailah, iaitu kabilah Aus dan Khazraj
jikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar ANda? Cobalah kabarkan kembali kepadaku!”
Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!”
Besok kuambil buah kurma seberapa yang dapat kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah.
Kataku “Aku tahu Anda orang saleh. Anda datang bersama-sama sahabat Anda sebagai perantau Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekah bagi Anda. Aku lihat Andalah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku sodorkan kurma itu kehadapannya.
Beliau berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi beliau tidak menyentuh sedikit juga makanan itu apalagi untuk memakannya.
Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!”
Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang dapat kukumpulkan. Ketika Rasulullah pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada beliau.
Kataku, “Aku lihat Anda tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk Anda.”
Rasulullah memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan beliau mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengan dia. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”
Kemudian kudatangi beliau di Baqi’, ketika beliau mengantarkan jenazah sahabat beliau untuk dimakamkan di sana. Aku melihat beliau memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada beliau, aku berjalan mengitari sambil menengok ke punggung beliau, untuk melihat cap kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya beliau tahu maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti punggungnya, sehingga aku melihat dengan jelas cap kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku langsung menggumulnya, lalu kuciumi dia sambil menangis.
Tanya Rasulullah, “Bagaimana kabar Anda?”
Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat beliau. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.
sumber : dakwah.info
8.01.2010
Pelancaran Ihya' Ramadhan
Assalamualaikum wbt
Bersempena dengan Ramadhan yang akan menjelang, kami Ikatan Muslimin Malaysia New Zealand (ISMA NZ) cawangan Wellington dengan kerjasama Malaysian Student Department New Zealand (MSD NZ) dan Malaysian Student Council akan mengadakan PELANCARAN IHYA' RAMADHAN.
Ihya' adalah bermaksud menghidupkan atau menghayati. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk :
Menimbulkan kesedaran dan penghayatan terhadap kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini berbanding bulan-bulan lain yang boleh menjadi titik tolak kepada perubahan yang positif pada masa akan datang
Menggalakkan warga Islam di Wellington supaya merebut peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat sepanjang bulan ramadhan secara konsisten dan berdisplin
Mengeratkan silaturrahim antara komuniti Muslim Malaysia di Wellington
Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan seperti tazkeerah di ambang Ramadhan, persembahan nasyid, penyerahan buku rekod amal Ramadhan, penyerahan sampul infaq Ramadhan dan banyak lagi. Berikut adalah detail program:
TARIKH : 7 OGOS 2010
TEMPAT : EVERTON HALL
WAKTU : 10.00 AM - 1.00 PM
Juadah ringan juga akan disediakan. Marilah kita bersungguh-sungguh membuat persiapan menghadapi bulan yang mulia ini.
Telah datang kepadamu Ramadan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa dan memakbulkan doa. Allah melihat kamu
berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal yang baik daripada dirimu. Keranaorang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah pada bulan ini. (Hadis riwayat Ath-Thabrani)
Jangan ketinggalan! insyaAllah bermanfaat
7.30.2010
Islam Awareness Week 2010
Dengan Izin ALLAH (INSYAALLAH)
Kadang-kala kita keliru dengan keputusan yang telah dibuat. “Betulkah keputusan yang aku buat ini? Apakah ini yang terbaik untukku?”
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalan-Nya, agar kamu beruntung” (Al-Ma’idah: 35).
Kita berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk menuju kepadaNYA dalam kehidupan kita. Namun, apa yang terbaik itu hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…” (Al-Baqarah:286)
Allah tidak akan membebani kita dengan beban yang tak akan mampu untuk kita hadapi. Selagi kita mampu untuk hadapi ujian itu, berusahalah untuk menuju kepadaNya dengan sabar dan solat. InsyaALLAH, dengan izinNYA kita akan mampu mencapai wasilah yang terbaik.
Don’t’ despair and never loose hope
Cause ALLAH is always by your side
InsyaALLAH
InsyaALLAH


