"dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu di dalamnya: sihat, dan kesempatan (waktu)" [HR Bukhari]
Kita selalu rasa tidak cukup masa. bila time dekat exam, terkocoh-kocoh mahu study sehinggakan banyak tanggungjawab yang diabaikan bila time management tidak betul, semua benda pun menjadi kelam kabut. itulah masalah sebenar.
selalu bila ditanya tentang update tugasan or homework ke..or bila memuhasabah mutabaah yang tertunggak..mesti kabut. huru-hara nk mensiapkannya, mula la terhegeh2 nak contact orang, mula nak buka buku, mula la nak itu, nak ini...itu case belum habis deadline lagi..
tp bila dah abes deadline, n dah kantoi x siap. ditanya kenapa x siap, maka mula la mencari alasan..n yang bestnya, diri ini mula nk menyalahkan makhluk itu.. makhluk bernama masa..
ya, masa itu adalah makhluk, Allah yang cipta. dan kita semua tertakluk di bawah influence masa tuh tuh.. tapi, takkan nak salahkan masa, kawan. kan masa Allah bagi kepada semua orang sama je. 7 hari seminggu. 24jam sehari. 60minit sejam. 60saat seminit. 1 saat ... so kalau semua orang pun ada masa yg sama macam kita, so takkan nak kata masa itu tak menyebelahi kita, masa tu saja je nk penatkan kita.. jadi, lihat kembali mana masa dihabiskan, maka yang salah itu bukannya masa. tp BAGAIMANA KITA MENGURUS MASA..
tp x semudah yg dikata, perlu juga mujahadah oh Allah, berikan aku keberkatan masa!! teringat pula kata seseorang.. kerja yang ada itu lebih banyak daripada masa yang ada..
itulah dia..
kalau masa itu ditumpahkan/disumbangkan kepada benda yg bukan kerja.. itu yg kata takde masa tuh!! itu yg x bekerja tuh!
apa benda yang bukan kerja tuh?
i)berjalan-jalan tanpa tujuan (shopping etc) ii) tidur..tapi sebenrnya x ngantuk pun. dan tak penat mana pun.. iii) banyak sgt jumping2 blog, smpai leka waktu iv) facebooking v) besembang,chatting,tgk movie etc patut la nk masak pun rasa macam membuang masa
patut la nk contact family pun rasa cam x cukup masa
habis juzuk 30? habis kisah sahabat? 40 hadis dari riadhus salihin?
kawan, mimpi la kalau camni.. *** hmmm..rijal itu ada dalam dirinya harisun ala waqtihi..dan munazhamun fi syuunihi..
hmm.. sah! belum cukup rijal lagi nih!!
so apa ubatnya di sini?
jangan salahkan kerja yg diamanahkan kepada kita tu
detect3! detect ke mana masa2 yg kita ada tuh dilesapkan.. haa.. apa lagi.. ckup lah tuh!.mari menyambung kerja =D ****** waAllahua'alam
"maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).. [94:8]
Assalamualaikum, semoga rakan2 belia berada dalam keadaan terbaik melaksanakan perintah Allah & meninggalkan larangan-Nya. Umum mengetahui kebejatan sosial yang meruncing di kalangan belia dewasa ini. Ditambah dengan momokan hiburan yang melampau oleh media massa membuatkan suasana makin gamat & muda-mudi hilang arah tuju. Lantas bagaimana seharusnya belia berperanan di tengah kancah masyarakat yang menanti saat kemunculan belia harapan ?
Ingin saya kongsikan sebuah cerita bersama anda. Pada satu ketika seorang pemuda telah memohon pekerjaan di tapak penebangan balak. Hamdi namanya. Setelah dinilai, maka Hamdi berjaya mendapat pekerjaan di situ lantaran kegagahan yang dimilikinya. Pada waktu itu tiada alatan moden digunakan. Kerja-kerja dilakukan dengan menggunakan kapak & tali. Pokok-pokok yang telah ditebang dipotong lebih kecil agar mudah dialihkan. Itulah senario di tempat tersebut. Keesokan harinya, Hamdi datang dengan membawa sebilah kapak. Pada hari itu dia berjaya menebang 20 batang balak. Hanya Tuhan yang tahu betapa kekuatan yang dimilikinya.
Pada hari yang kedua, dia berjaya menebang 18 batang pokok balak. Hari yang ketiga 15 batang dapat ditebang. Semakin hari semakin sedikit jumlah pokok yang dapat ditebangnya. Hinggalah pada suatu hari dia hanya dapat menebang 2 batang balak. Sayugia, dengan rasa dukacita dia berehat di sebatang pokok. Otaknya ligat berfikir mencari punca sambil hatinya dihimpit rasa gundah. Gelagat Hamdi dilihat tauke dikejauhan. Lalu tauke menghampirinya sambil bertanyakan masalah yang dihadapi.“ Entahla tuan, semakin kuat saya bekerja tapi semakin sedikit hasil yang saya dapat. Itu yang saya runsingkan, ” kata Hamdi. Tauke tersenyum melihat keadaan Hamdi. Dia pun bertanya “ Pernahkah kamu memperuntukkan masa untuk mengasah kapakmu ?. ” Hamdi terkebil-kebil melihat taukenya. Pertanyaan itu tidak dapat dijawab. Lidahnya bagaikan terkelu seketika. Dijawab dengan nada suara kesal bercampur terkesima, “ Ttt….tak pernah tuan.”Rakan-rakan sekalian, jika diteliti cerita di atas ia memberi signifikan kepada kita.
Andaikan kehidupan kita seperti masa bekerja menebang balak. Lalu mengasah kapak adalah masa muda belia. Walaupun ianya hanya sebentar tetapi sekiranya ia digunakan dengan bijaksana, maka ia akan menghasilkan natijah yang luar biasa. Pada hari yang pertama pun sudah 20 batang balak yang berjaya ditebang, berapa pula yang bisa ditumbangkan pada hari yang kedua kalau hamdi mengambil sedikit masa mengasah kapaknya ?.Ingatlah sahabatku, masa muda begitu pantas berlalu. Bagaimana kita melalui liku-liku perjalanan di waktu itu akan memberi kesan di kemudian hari. Ambillah sedikit masa untuk anda mengasah kapak anda..Wallahu’alam…..
Bulldozer rejim Zionis roboh rumah penduduk Jerusalem
Rabu , 04/11/2009 – Bulldozer rejim Zionis Isnin lalu telah meranapkan sebuah rumah penduduk Palestin Jerusalam di kawasan Silwan yang terletak selatan dari Masjid Al-Aqsa di Jerusalam.Sumber tempatan menyatakan majlis bandaran IOA tersebut merobohkan rumah tersebut atas dasar dibina tanpa permit. Majlis bandaran yang dikuasai pihak Yahudi enggan mengeluarkan permit pembinaan kepada rakyat palestin walaupun di bandar mereka sendiri, tetapi mengalukan pendatang Yahudi untuk menetap sesuka hati.Menurut sumber, pasukan dari majlis bandaran tersebut diiringi oleh sejumlah besar pihak tentera dan polis yang turut menutup seluruh kawasan tersebut bagi melindungi kerja-kerja pemusnahan.
Bila tiba musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli. Aku akan pulun* mengajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah. Sasaran kutuju, guli-guli kuperolehi. Setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat. Guli-guli yang beraneka warna itu aku letak bersepah-sepah. Akhirnya emak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guliku untuk dipertaruhkan.
Masih teringat zaman kecil-kecil dahulu...
Bila tiba musim layang-layang, semua pakat main layang-layang. Aku akan pulun mengajak ayah pergi membeli layang-layang Doraemon kesukaanku yang berharga 50 sen. Bila pulang, benang aku simpul sebagai layar, tali aku lempar sebagai pelayang. Layang-layang terbang tinggi, aku pun gembira sakan. Bila layang-layang tersangkut di pokok, selipar aku lempar tinggi ke sasaran namun hampa. Layang-layang seakan enggan kembali menjejak tanah. Mujur selipar tidak tersangkut. Hampa... aku pulang ke rumah, menyuruh abang membuat layang-layang daripada surat khabar. Setelah siap, aku terbangkannya ke langit dan kembali gembira bermain layang-layang. Setelah beberapa bulan, musin daun-daun getah dan angin pun tamat menandakan musim layang-layang pun juga tamat. Benang aku lempar jauh, layang-layang aku biar tersangkut di atas pokok. Akhirnya emak juga yang menyimpan semuanya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim itu akan berkunjung lagi dan aku pasti tercari-cari sang benang dan layang-layang.
Masih segar ingatanku beberapa bulan yang lalu…
Saat Palestin dibedil Israel, demonstrasi memenuhi jalanan, amarah memuncak ke langit, doa’ berutus tidak putus-putus ke Sidratul Muntaha, tabung bergolek-golek mencari derma. Aku suka. Aku gembira melihat suasana kaum muslimin. Aku lancarkan program mencari derma, aku layarkan kertas-kertas bernota sengsara, aku membidas musuh-musuh bertulang dusta. Aku bersyukur, aku redha, aku gembira.
Masih segar ingatanku lewat tengah hari yang baru sahaja berlalu...
Tiada lagi yang semangat bercerita tentang palestin. tiada lagi berita-berita terkini yang dulu selalu diperkatakan. Cubaan membeli barangan beruntungkan zionis mula berleluasa. Boikot hanya tinggal kenangan. Musim Palestin makin menghampiri waktu surutnya. Namun, aku bukan lagi kanak-kanak hidup bersulam gembira. Aku dewasa beramanahkan Islam yang mulia. Islam dan Palestin bukan bermusim jihadnya tetapi perlu disemat dalam jiwa supaya sentiasa hidup akan semangat perjuangannya. Emak tiada di sini, tiada di sisi untuk mengutip sisa-sisa semangatku tetapi aku sendiri harus menyusuri jalan-NYA. Aku tidak boleh lagi mengikut musim seperti musim kanak-kanakku bermain guli, bermain layang-layang, terjun sungai dan main masak-masak.
Perjuangan ISLAM tiada surut musimnya seperti permainan kanak-kanak dahulu. Ia sentiasa membara, sentiasa bergelora.
Alkisah….. disebuah kampung yang diberi nama Kampung Damai Sentosa. Ada seorang budak lelaki bernama Nasib bin Baik. Dia merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri bernama Baik bin Selamat dan Kasih binti Sayang. Nasib seorang anak yang sangat taat dan patuh kepada ibu bapanya. Dia merupakan anak sulung daripada 6 orang adik–beradiknya. Sebagai abang yang paling sulung Nasib berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapanya menyara keluarga. Dia membantu menyara keluarga dengan menangkap ikan di sungai.
Pada suatu hari suam-suam kuku panasnya, Nasib telah turun ke sungai. Selalunya Nasib akan menangkap ikan di Sungai Selamat. Tetapi pada hari itu Nasib telah membuat keputusan untuk pergi menangkap ikan di Sungai No Return Back. Seperti namanya, sungai ini hanya dibolehkan setiap orang pergi sekali sahaja dan tiada kali kedua. Ini kerana dalam sungai tersebut ada seekor naga yang bernama Naga No Excuse, yang mempunyai kepekaan yang teramat mantap dalam mengesan bau manusia yang lalu dikawasan sungai itu. Sesiapa yang lalu dikawasan itu lebih dari sekali akan dibahamnya hidup-hidup tanpa ada rase belas kasihan sekelumit pun di hatinya. dannn…. Lebih dahsyat lagi….. manusia hanya boleh berada di sungai itu dalam masa 1 jam sahaja. Lebih dari itu memang confirm akan jadi santapan enak buat si naga.
Walaubagaimanapun, Nasib begitu yakin dan bersemangat bahawa hari ini adalah hari baginya. Hari dimana ikan-ikan di sungai tersebut tertarik… termakan… tersangkut dek umpan cacing yang menyelerakan dihujung perangkap ikannya. Nasib pun mula melompat ke dalam sampannya yang agak keusangan itu. Sampan tersebut merupakan sampan warisan tujuh keturunan ayahnya.
Nasib pon mendayung-dayung sampannya sampai lah ke suatu kawasan yang diberi nama Lubuk Ikan Pelahap. Selepas membreak sampannya, Nasib pon menurunkan pukat tujuh keturunan (ya pukatnya juga warisan tujuh keturunan). Nasib menanti dengan penuh sabar. Masa terus berlalu. Ikan yang ditunggu tidak kunjung tiba. Nasib melihat jam tangan yang baru dibelinya. Jam tepat menunjukkan pukul 11.55 pagi waktu tempatan. Lagi 5 minit, kalau tak ada yang tersangkut memang kena gerak dululah jawabnya.
Pap…..prappppp……. Tiba-tiba……. Jeng-jeng…….
Sekumpulan ikan yang sangat banyak tersangkut di pukatnya. Nasib begitu gembira sekali. Nasib cuba menarik pukatnya….. Tapi…… malangnya…. Dia tak mampu. Teramat beratlah untuk Nasib mengangkat pukatnya itu…. Mahu jugak beberapa tonne. Dia menggunakan segala kudrat yang ada untuk berusaha segigih mungkin untuk menarik kesemua ikan-ikan tersebut. Tiba-tiba…Nasib mendengar air berkocak dengan sangat ganas dan menuju kearahnya….. Oh tidak!!!…. Dia kesuntukan masa…. Ada lebih kurang 1 minit lagi untuk die beredar dari situ. Nasib begitu bingung skali. Patut diperah jugak segala usahanya untuk menarik kesemua ikan yang ada atau Nasib terima seadanya ikan-ikan yang ada melompat-lompat masuk ke dalam sampan tujuh keturunannya dan terus beredar dari kawasan itu sepantas yang mungkin.
Nasib agak tertekan pada ketika itu. Jelmaan wajah Pak Baik dan Mak Kasih muncul dikotak pemikirannya. Satu persatu wajah adik beradiknya muncul. Apa yang perlu dilakukan. Kocakan air semakin kencang dan mengganas. Kelibat Naga No Excuse mula kelihatan. Kelajuannya semakin bertambah dan makin hampir dengan Nasib, dianggarkan kurang dari jarak 50 meter. Keadaan begitu kalut dan tegang sekali….drop or not?? DROP or NOT??? Si naga makin laju makin laju sehingga lah...
“Aggghhh!!!” Nasib berteriak. Teriakan Nasib mengejutkan dirinya sendiri dan ayam-ayam yang terkurung di dalam reban di belakang umahnya. “Ooopocottt Kokokokok!! Kokokokok!! Nasib beristighfar beberapa kali sambil mengucap tahmid kepada Allah kerana apa yang dialaminya sebentar tadi hanyalah mimpi semata-mata. Nasib melihat jam di dinding biliknya tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi. Nasib terus bangun dari tempat tidurnya dan melangkah menuju ke bilik air. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud seperti kebiasaannya. Selesai sahaja menunaikan solat sunat, Nasib duduk seketika di atas tikar sembahyang tujuh keturunan milik ayahnya. Dia berfikir-fikir tentang mimpinya tadi. Apakah yang perlu dia lakukan sekiranya dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukannya dia membuat pilihan? Bagaimana dia tahu yang tindakan yang bakal diambil adalah yang terbaik buat dirinya serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada dirinya dan juga orang lain? Nasib menadah tangan sambil berdoa;
“ Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah aku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya da petaka. Aku mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah aku (Ya Allah) iman yang sebernanya sehingga aku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada ku, keluarga dan anak-anak ku serta sesiapa sahaja yang bersama-sama ku. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib ku ditentukan oleh diri kami sendiri, walupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yag paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Amin Ya Rabbal ‘alamin”...
Sampai di situ sahaja ceritanya. Sekiranya anda mahu menyambung cerita ini lagi dalam versi anda sangat-sangat dialukan-alukan.
Cerita di atas sememangnya ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia walaupun ada beberapa perkara yang agak kurang logik di dalam cerita di atas. Pengajaran yang cuba disampaikan melalui cerita di atas ialah tentang kepentingan pergantungan kita kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Setiap hari, kita seringkali berdepan dengan situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Kadangkala kita begitu buntu dan tak tahu apakah cara penyelesaian ataupun pilihan terbaik untuk kita ambil dan bertindak. Mintalah pertolongan dari Allah. Janganlah kita lokek untuk berdoa kepada Allah. Allah amat kasih dan suka kepada hambanya yang berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaddu'. Petunjuk Allah itu lebih dekat bagi hambanya yang sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan darinya. Sesunguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.
“Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong”.
Doa ini telah menjadi perisai dan pelindung buat Nabi Ibrahim tatkala baginda dicampakkan ke dalam api. Dengan izin Allah, baginda telah terselamat. Doa ini juga dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi serangan dari pasukan Ahzab. Allah mengetahui diri kita lebih baik dari diri kita sendiri. Sekiranya, apa yang dihajati atau dipohon tidak dimakbulkan, jangan berputus asa, barangkali apa yang dipinta bukanlah yang terbaik buat kita dan Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang nilaiannya jauh lebih baik dari apa yang diharapkan. Inshallah.. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. (Riwayat Muslim).
Pada kelazimannya, hati kita akan berasa puas dan tenang sekiraya perkara yang hendak dilakukan adalah berupa kebaikan atau ketaatan kepada Allah. Sebaliknya, hati menjadi gelisah serta gundah-gulana sekiranya kemaksiatan atau dosa yang kita lakukan. Sebagai renungan bersama, saya akhiri post kali ini dengan wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Moga menjadi panduan berguna buat diri kita semua.
1) Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana sewaktu aku memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah. 2) Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.
3) Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.
Examinations are an important part of the educational process and therefore as a student, it is important you acquire some important examination skills. A few handy exam preparation tips can help you with your exam prep and study and ensure you come out flying colors.
Examination Help: Exam Prep Tips
Find out everything you need to know about your upcoming examination in order to prepare for it. Is it an essay exam or multiple choice questions? How long is the paper? How many marks is the exam worth? Questions such as these are very useful for examination preparation and full knowledge of the entire exam ahead of you will be good exam help.
One of the most examination preparation tips is reviewing past examination papers. This is an important examination skill that will help you understand the examination process for your course and give you an idea of what to expect.
Another useful exam tip that will help you in your examination preparation is to not only review these papers but treat them like real exam papers and use them to set yourself some practice exams. This exam study technique will help you manage time and prepare for the real exam with a real paper.
Exam study is very important but last minute studying does not help. Prepare for your exam in advance and avoid cramming. Exam help does not come in the form of cramming as much as you can because this will only make you more nervous.
Get enough sleep. This is said over and over again and it is absolutely essential as a clear mind will help you remember better.
Exam Day: Examination Help
It is the day of the exam and you might have read all the examination preparation tips possible, but you might still feel butterflies in your stomach. It is normal to be nervous on the day of the exam but try not to let that take control of you.
An important exam tip to remember is you must make use of your reading time. This is the period during which you get to read your paper, fully understand its contents and if your examination offers a choice of questions, then you must use the reading time to choose to answer questions that you are best prepared for.
Reviewing old papers and practicing exams will also help you to understand examination questions better – an important examination skill to acquire. On the day of the exam, read your paper well and then proceed to answer the questions in a systematic manner. Fully understand what the question is asking and answer to the point, without rambling on about details that are not required.
Time yourself well to make sure you answer all the questions in your paper.
Once you have finished writing your paper, another exam tip to keep in mind is to review your paper. Going over your paper one last time before you submit it might help you spot some errors you might have made while you were rushing through the paper the first time around.
Examination preparation tips are not complicated and with a little planning and organization, your exam study can be fully optimized so you have the best possible exam preparation skills to achieve the best results.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. " (29:69)
"kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya" 3:159
A giant ship engine failed. The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a young. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He inspected the engine very carefully, top to bottom.
Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed! A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars. "What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!" So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill." The man sent a bill that read:
Tapping with a hammer...... ......... ........ $ 2.00 Knowing where to tap.......... ......... ...... $ 9,998.00
Effort is important, But knowing where to make an effort makes all the difference! berusehelah! em!
"Wahai hamba-Ku! Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyian-Ku. Bukan untuk meramai-ramaikan kamu. Bukan untuk meminta pertolongan kamu bagi melakukan sesuatu yang tidak mampu Aku lakukannya sendiri. Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau menolak kemudaratan. Aku menciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah dan banyak berzikir kepada-Ku, dan bertasbih kepada-Ku pagi dan petang" [Hadis Qudsi]