5.02.2010
HARGAI LINTASAN HATI ITU !!
4.27.2010
Dari Mana Hendak Ke Mana?
Marilah kita duduk dan beriman sejenak, dari mana kita datang dan ke manakah halatuju perjalanan hidup kita?” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari (ciptaan) -Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya “.
Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang ialah insan yang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka.
Usaha untuk menyepadukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepada matlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat.
Marilah adik-adik, kita duduk, berbual tentang apa tujuan kejadian kita. AYUH!! =)
Antara yg menarek:
-video screening
-discussion heart to heart
-refreshment, for sure..hihi
| Date: | Saturday, May 1, 2010 |
| Time: | 10:30am - 1:00pm |
| Location: | Village accomodartion, Willis St |
4.22.2010
Padanya Ada Segala (siri 1)
Pertandingan Karya
Sempena Maulid Ar-Rasul SAW
Sabar Dan Pemurah
Bunyi loceng yang bertalu-talu buat saya terjaga dari tidur. Dengan longlai saya melangkah ke pintu.
“Min?” soal saya.
“Cepatlah orang penat ni!” Terdengar satu suara yang cukup saya kenali. Lantas pintu saya buka.
“Tak boleh sabar langsung. Tak teladani Rasulullah langsung,” usik saya.
“Lin penatlah, kak. Sana sini lembap. Benci betul. Masuk bilik dulu.”
Gedegang! Pintu bilik dihempas. Masam betul muka. Mesti ada yang tak kena.
“Akak dah masak. Kalau nak makan, makanlah!” jerit saya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka semula. Tersembul wajah Lin sambil tersenyum simpul.
“Jom makan, kak!”
“Eh.. Lapar ke sebab tu marah-marah?”
“Takdelah. Lin bengang dengan orang kat Gad tu. Mentang-mentanglah kita foreigner, tak cantik, tak layan langsung. Lepas tu ada makcik mintak sedekah tu, paksa-paksa orang pulak. Suka hatilah orang nak bagi tak,” bebel Lin panjang.
“Tak elok marah-marah. Muka pun macam singa dah. Tak cun langsung. Kalau laki tengok dah lama kena cerai. Lin ingat tak kisah Rasulullah dengan arab Badwi tu?”
“Entahlah, kak. Lupa!”
“Suatu hari tu, ketika Rasulullah berjalan bersama sahabat, ada sehelai selimut yang kasar tepinya di badan Baginda SAW. Selimut tersebut dapat dicapai oleh seorang Badwi lalu dia menariknya dengan kuat sampai meninggalkan kesan dekat leher Baginda, and then Badwi tu mintak Rasulullah bagi untuknya daripada harta Allah yang ada pada Baginda. Kalau Lin,apa reaksi Lin?”
“Mestilah bengang. Dahlah nak mintak barang orang. Main kasar pulak.”
“Itulah. Tapi Rasulullah lain, Rasulullah berpaling pada Badwi tu dan senyum. Lantas Baginda perintahkan orang Badwi tu diberi sesuatu. Muliakan akhlak Rasulullah!”
“Betul. Tapi kitakan manusia biasa je. Mana boleh comparekan kita ngn Rasulullah. Jomlah makan, Lin dah lapar.”
“Memanglah kita tak layak untuk dicomparekan ngan Baginda. Tapi kita perlu cuba untuk jadi sehebat baginda. Jom makan. Lin bacakan doa. Jangan gelojoh sangat. Pelan-pelan! Akak tahu Lin lapar.”
Gadis itu menurut patuh. Kami makan dalam senyap.
“Akak, hari ni biar Lin lah yang basuh pinggan. Akak mesti penat. Esok nak examkan, pergilah study.”
“Bagus, bagus.. Lin mamnu’ juga kan. Nanti masuk bilik akak, kita baca ma'thurat sama-sama.”
“Baik.”
Idola, Tawadhu’
Selesai saja mathurat dibaca, Lin berlalu ke biliknya. Saya mengambil Quran. Cuba mengulang hafal surah-surah, risau kalau tak diulang selalu, saya akan lupa. Selesai membaca al-Quran, saya menyambung mengulangkaji.
Lama saya tenggelam dalam pelajaran. Tak sedar masa berlalu. Terasa lenguh-lenguh badan. Nescafe saya teguk. Terasa mahu menjenguk Lin.
Pintu biliknya saya ketuk. Salam diberi.
“Waalaikumussalam. Masuklah, kak. Alahai sopannya, ketuk pintu pulak.”
“Apa salahnya. Sama-sama dapat pahala. Tengah buat apa?”
“Tengok ni, kak. Artis baru, Yuna. Cantik, pakai tudung. Suara pun best. Bolehlah buat idola,” ceritanya beriya.
“Oo.. Cantik. Tapi akak rasa Lin perlu cari orang lainlah buat idola.”
“Contohnya?”
“Rasululullah SAW,” jawab saya lancar.
“Alah, akak. Lin bukannya tak nak. Tapi tengoklah Lin macam mana. Jauh lagi tu nak capai akhlak Baginda.”
“Usahalah dulu! Akak pun bukannya perfect. Malulah kita mengaku umatnya, sedangkan tak mahu berakhlak seperti akhlak Baginda. Sedangkan barat pun mengagungkannya akhlaknya. Artis tu tawadhu' ke? Sentisa bercakap benar ke? Sabar ke?”
“Entahla, kak. Tak kenal pun lagi.”
“Ha.. Rasulullah dah cukup lengkap. Allah pun berfirman dalam surah al-Qalam, ayat 4. Dan bahawasanya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia. Tak cukup lagi ke?”
“Kalau nak famous?”
“Rasulullah dah wafat berapa tahun, dik? Pernahkah sehari berlalu tanpa ada cerita tentang Baginda diungkit. Who is the most influential person in history? Rasulullah jugakkan.”
“Betullah, kak. Nanti Lin nak tukar sumber inspirasilah. Mahu jadi sehebat Baginda. Dah habis study ke kacau orang ni?” ujar Lin sambil tersenyum.
“Itu tandanya mahu menghalau ke?” gurau saya.
“Lin dah ngantuk. Esok kelas pukul 8.”
“Ok. Tidurlah. Kejut akak awal sikit kalau bangun. Nak mandi wajib. Boleh qiam sekali.”
“Insya Allah. Rajinnya qiam. Dah habis revise semua dah? Lin kalau musim examkan, buat yang wajib pun, alhamdulillah.”
“Masa kita pun milikNya, Lin. Ilmu pun milikNya. Kalau tamak dengan masa dan Dia tak bagi ilmu tu, kita tak boleh nak salahkanNya kan. Lagipun, hari-hari pun kita buat dosa. Ajal pun tak tau bila. Kalau Rasullullah sampai bengkak-bengkak kaki sebab qiam sedangkan Baginda insan yang dijanjikan syurga. Kita patutnya lagi perlu beribadah lebih dari itu. Tawadhu' kan Baginda. Lagi bersyukur. Kalau Lin, cikgu cakap awak kalau tak boleh jawab pun takpe, cikgu bagi awak markah penuh, camne?”
“Beraya sakanlah Lin, kak. Mahunya tidur, bangun and makan je.”
“Tulah bezanya kita dengan Baginda. Tidurlah Lin. Jangan lupa kejut akak. Misscall pun takpe. Baca doa tidur tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
bersambung....
http://ismamesir.com/v1/
Hulurkan bantuan, ringankan beban

Bapa kepada salah seorang ahli Ikatan Muslimin Malaysia New Zealand (ISMA-NZ), Akh Mohd Nadly Aizat bin Muhd Nudri telah dimasukkan ke Hospital CCU Putrajaya pada 20 April 2010 kerana masalah buah pinggang (kidney failure). Akh Nadly akan pulang ke Malaysia hari ini di atas urusan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pihak ISMA-NZ memohon dan menyeru kepada saudara/saudari sekalian agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Nadly dan keluarganya.
Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun Akh Nadly di;
Account Name: M N A B NUDRI
Bank: The National Bank of New Zealand
Account No: 06-0729-0547633- 00
Ref: DERMA
Kepada sesiapa yang mahu menziarahi ayah beliau atau sebarang bantuan bolehlah menghubungi Nadly di talian begin_of_the_skype_highlighting +60124861788 end_of_the_skype_highlighting+60124861788
Pihak ISMA-NZ juga menyeru saudara/saudari sekalian agar terus mendoakan kemudahan urusan Akh Nadly dan keluarganya dan semoga ayah Akh Nadly diberi kesembuhan yang berpanjangan.
4.18.2010
JUNZ 2010...can't wait!!
Assalamualaikum to allThis entry is dedicated especially for the brothers and sisters in New Zealand who would like to join our winter gathering Jalinan Ukhuwah New Zealand (or better known as JUNZ).
InshaAllah, we will have brothers and sisters from Auckland, Palmerston North, Wellington, Christchurch and Dunedin.
Hungry for more info?
Hehe, we're sorry but you’ll have to wait!!
This is just a teaser.
One thing for sure, it would be in WELLINGTON on 25 June to 28 June 2010
and its going to be beneficial, inshaAllah.
In 3 words, Spiritual, Emotional and Physical Enlightenment. Umm ok make that 4.
So, What are you waiting for?
Auckland, Palmy, Welly, Christchurch, Dunny,
Brothers, Sisters, Come and Join us!!
oh, by the way, this is our sweetest JUNZ memory last year!!
4.17.2010
Suka duka Jaulah Musim Luruh North Island
Jaulah Musim Luruh North Island 2010 telah diadakan buat julung-julung kalinya pada 2-6 April 2010. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 50 orang peserta dari Auckland, Palmerston North dan Wellington di pekan Rotorua selama 2 hari 3 malam.
Perjalanan program di kepulauan Utara bermula sejak pagi 2 April 2010 di mana sebanyak sembilan buah kenderaan daripada ketiga-tiga lokaliti berkenaan meluncur menuju ke Rotorua seawal jam 10 pagi lagi. Walaupun mengalami sedikit kelewatan kerana keadaan trafik yang agak sesak, kesemua peserta selamat tiba di Kiwi Paka, kawasan penginapan dan program sejurus sebelum masuknya waktu Isya’ pada hari berkenaan.
Sepanjang tiga hari berprogram, para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti kerohanian, fizikal dan pembinaan ukhuwah. Selain program solat berjemaah dan tazkirah Subuh dan Maghrib, para peserta dapat saling berkenalan dan mengeratkan silaturahim menerusi Ta’aruf Games yang ada. Walaupun baru pertama kali berjumpa, ia tidak menjadi penghalang bagi para peserta untuk saling mengenali dan bekerjasama dalam segala hal.
Setelah selesai solat Subuh secara berjemaah serta sedikit tazkirah ringkas pada pagi 4 April, para peserta mula bergerak ke Palmerston North bagi merealisasikan Lunch@Palmy, sebuah program suai kenal antara para peserta Jaulah dan pelajar-pelajar Malaysia di Palmerston North. Di sepanjang perjalanan, para peserta sempat singgah di
Perjalanan dari Palmerston North ke
Bagi peserta dari Auckland pula, pengembaraan diteruskan pada 5 April apabila peserta lelaki yang menumpang di rumah Pn Ruzaini, salah seorang staf Malaysian Students Department (MSD) dan peserta perempuan yang berkampung di rumah wakil-wakil ISMA-NZ Wellington di Willis Village menziarahi rumah Pn Ruzaini dan Pn Siti Jalilah. Peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bagi membina hubungan yang baik dengan MSD agar usaha-usaha ISMA-NZ dalam membina generasi harapan dapat difahami dan diterima oleh masyarakat amnya, dan masyarakat Malaysia di New
Malam 6 April 2010 menandakan pengakhiran bagi Jaulah Musim Luruh North Island 2010. Empat buah kenderaan dari
Pihak penganjur dari ISMA-NZ Auckland, Palmerston North dan
Ehsan: http://ismanewzealand.com/v1/?p=285
4.09.2010
Brunch Gathering!
Dengan ini kakak-kakak ingin menjemput adik-adik untuk sesi 'Brunch Gathering'! Details adalah seperti berikut:Masa : 11am - 1pm
Tempat : No 8, Willis Village, Willis Street.
Kita akan ada sesi perkongsian pengalaman sempena dengan jaulah kita tempoh hari ye. Sejak balik dari jaulah/trip, kita masih belum bersua muka, terasa rindu di dalam hati, cewahhh..hehe. Alhamdulillah kita ada duit lebih dari trip haritu dan akan dipulangkan kepada semua.Kita akan ada sesi penyampaian cenderahati juge,yeay!! so jangan ketinggalan, it will be fun insyaAllah :D
Jumpa nanti ye, sayang semua kerana Allah SWT.
