Bapa kepada salah seorang ahli Ikatan Muslimin Malaysia New Zealand (ISMA-NZ), Akh Mohd Nadly Aizat bin Muhd Nudri telah dimasukkan ke Hospital CCU Putrajaya pada 20 April 2010 kerana masalah buah pinggang (kidney failure). Akh Nadly akan pulang ke Malaysia hari ini di atas urusan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, pihak ISMA-NZ memohon dan menyeru kepada saudara/saudari sekalian agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Nadly dan keluarganya.
Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun Akh Nadly di;
Account Name: M N A B NUDRI
Bank: The National Bank of New Zealand
Account No: 06-0729-0547633- 00
Ref: DERMA
Kepada sesiapa yang mahu menziarahi ayah beliau atau sebarang bantuan bolehlah menghubungi Nadly di talian begin_of_the_skype_highlighting +60124861788end_of_the_skype_highlighting+60124861788
Pihak ISMA-NZ juga menyeru saudara/saudari sekalian agar terus mendoakan kemudahan urusan Akh Nadly dan keluarganya dan semoga ayah Akh Nadly diberi kesembuhan yang berpanjangan.
This entry is dedicated especially for the brothers and sisters in New Zealand who would like to join our winter gathering Jalinan Ukhuwah New Zealand (or better known as JUNZ).
InshaAllah, we will have brothers and sisters from Auckland, Palmerston North, Wellington, Christchurch and Dunedin.
Hungry for more info?
Hehe, we're sorry but you’ll have to wait!!
This is just a teaser.
One thing for sure, it would be in WELLINGTONon 25 June to28 June 2010
and its going to be beneficial, inshaAllah.
In 3 words, Spiritual, Emotional and Physical Enlightenment. Umm ok make that 4.
So, What are you waiting for?
Auckland, Palmy, Welly, Christchurch, Dunny,
Brothers, Sisters, Come and Join us!!
oh, by the way, this is our sweetest JUNZ memory last year!!
Jaulah Musim Luruh North Island 2010 telah diadakan buat julung-julung kalinya pada 2-6 April 2010. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 50 orang peserta dari Auckland, Palmerston North dan Wellington di pekan Rotorua selama 2 hari 3 malam.
Perjalanan program di kepulauan Utara bermula sejak pagi 2 April 2010 di mana sebanyak sembilan buah kenderaan daripada ketiga-tiga lokaliti berkenaan meluncur menuju ke Rotorua seawal jam 10 pagi lagi. Walaupun mengalami sedikit kelewatan kerana keadaan trafik yang agak sesak, kesemua peserta selamat tiba di Kiwi Paka, kawasan penginapan dan program sejurus sebelum masuknya waktu Isya’ pada hari berkenaan.
Sepanjang tiga hari berprogram, para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti kerohanian, fizikal dan pembinaan ukhuwah. Selain program solat berjemaah dan tazkirah Subuh dan Maghrib, para peserta dapat saling berkenalan dan mengeratkan silaturahim menerusi Ta’aruf Games yang ada. Walaupun baru pertama kali berjumpa, ia tidak menjadi penghalang bagi para peserta untuk saling mengenali dan bekerjasama dalam segala hal.
Pagi 3 April sudah tentunya menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh para peserta. Sementara peserta wanita menguji ketabahan jiwa masing-masing dengan permainan seperti Bungee, Swoop, Skyswing dan Horse Riding, peserta-peserta lelaki pula tidak kurang hebatnya dengan aktiviti-aktiviti seperti Mini Golf dan Luge. Daripada aktiviti-aktiviti ini, para peserta dididik dengan cara-cara berhibur yang dibenarkan oleh syara’ dan untuk mengambil pengajaran daripada aktiviti-aktiviti yang memerlukan kecekalan hati serta pergantungan secara total kepada Allah SWT.
Setelah selesai solat Subuh secara berjemaah serta sedikit tazkirah ringkas pada pagi 4 April, para peserta mula bergerak ke Palmerston North bagi merealisasikan Lunch@Palmy, sebuah program suai kenal antara para peserta Jaulah dan pelajar-pelajar Malaysia di Palmerston North. Di sepanjang perjalanan, para peserta sempat singgah di HukaFallsdanLake Taupo bagi menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT dan juga sesi penggambaran berkumpulan. Keindahan dan kedamaian air yang membiru dapat jugalah diibaratkan dengan keindahan ukhuwah yang terjalin setibanya para peserta Jaulah di Palmerston North. Sambutan yang baik oleh wakil-wakil ISMA-NZ di Palmerston North, keramahan serta semangat kebersamaan yang terpancar di bumi Palmerston merupakan antara kenangan paling indah bagi semua peserta Jaulah ini. Setelah menjamu selera dan berta’aruf, para peserta Jaulah meneruskan perjalanan ke Wellington pula.
Perjalanan dari Palmerston North ke Wellington memakan masa selama 2 jam dan akhirnya para peserta dari Wellington selamat tiba di halaman rumah masing-masing pada jam 9.00 malam.
Bagi peserta dari Auckland pula, pengembaraan diteruskan pada 5 April apabila peserta lelaki yang menumpang di rumah Pn Ruzaini, salah seorang staf Malaysian Students Department (MSD) dan peserta perempuan yang berkampung di rumah wakil-wakil ISMA-NZ Wellington di Willis Village menziarahi rumah Pn Ruzaini dan Pn Siti Jalilah. Peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya bagi membina hubungan yang baik dengan MSD agar usaha-usaha ISMA-NZ dalam membina generasi harapan dapat difahami dan diterima oleh masyarakat amnya, dan masyarakat Malaysia di New Zealand umumnya.
Malam 6 April 2010 menandakan pengakhiran bagi Jaulah Musim Luruh North Island 2010. Empat buah kenderaan dari Auckland selamat tiba di perkarangan Huia Residence setelah menempuh perjalanan selama 12 jam dari Wellington pada jam 8.30 malam. Walaupun perjalanan yang ditempuh amat sukar, tetapi kesukaran itulah yang dapat mendidik para peserta supaya sentiasa berserah diri kepada Allah semata-mata, salah satu ciri individu Muslim yang diidam-idamkan.
Pihak penganjur dari ISMA-NZ Auckland, Palmerston North dan Wellington ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan JaulahMusimLuruhNorthIsland ini. Bersyukur kami di atas segala nikmat dan peluang yang diberikan oleh Allah dalam mencapai objektif jaulah. Semoga ukhuwwah akan terus terjalin di atas dasar “La ila ha illalah” dan semoga hati ini akan lebih dekat kepada Allah dengan melihat kekuasaan alam ciptaanNya. Berjaulah Membina Ukhuwwah.
Dengan ini kakak-kakak ingin menjemput adik-adik untuk sesi 'Brunch Gathering'! Details adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 April 2010 (Ahad) Masa : 11am - 1pm Tempat : No 8, Willis Village, Willis Street.
Kita akan ada sesi perkongsian pengalaman sempena dengan jaulah kita tempoh hari ye. Sejak balik dari jaulah/trip, kita masih belum bersua muka, terasa rindu di dalam hati, cewahhh..hehe. Alhamdulillah kita ada duit lebih dari trip haritu dan akan dipulangkan kepada semua.Kita akan ada sesi penyampaian cenderahati juge,yeay!! so jangan ketinggalan, it will be fun insyaAllah :D
Warga SOI ingin menjemput anda mengisi cuti easter ini dengan dua program yang menarik. Details seperti berikut: *klik poster untuk paparan lebih besar
ISLAMIC FUNDAMENTAL COURSE @ SEMINAR ASAS-ASAS ISLAM 15 APRIL 2010 9 am - 5 pm
EVERTON HALL
untuk pendaftaran penyertaan, sila balas ke: seedofislam@gmail.com
SEMINAR PEMIKIRAN IMAM HASAN AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA
This is such a beutiful song by Maher Zain.It's so true that Allah has shown in front of signs in His creations.In camels,sky,sea and land. Most importantly in ourselves.For us to think. That He is the absolute Creator.The One and only that is Eternal and Everlasting .
"He has created man: He has imparted unto him articulate thought and speech. [At His behest] the sun and the moon run their appointed courses; the stars and the trees prostrate themselves [before Him]. And the skies has He raised high, and has devised [for all things] a measure, so that you [too, O men,] might never transgress the measure [of what is right]: weigh, therefore, [your deeds] with equity, and cut not the measure short!" (55:3-9) "It is Allah Who created everything in the best of form…It is He Who created and perfected all things." (32:7, 87:2)
So take a second... Think and ponder... And look for His signs...
Open Your Eyes Look around yourselves Can't you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony
Let's start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside.. No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger love and pain And all the things you're feeling Can you touch them with your hand? So are they really there?
Lets start question in ourselves Isn't this proof enough for us? Or are we so blind To push it all aside..? No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
When a baby's born So helpless and weak And you're watching him growing.. So why deny Whats in front of your eyes The biggest miracle of life..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look quiet we'll see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds If you just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Allah.. You created everything We belong to You Ya Robb we raise our hands Forever we thank You.. الحمد الله Alhamdulillah..
Kami warga SOI ingin menjemput adik-adik untuk sesi Movie Morning! (ala-ala Movie Night tapi buat siang) :P
Butir-butir adalah seperti berikut:
Hari: Ahad, 28hb Mac 2010 Masa: 1030 am Tempat: no 8, 142, WillisVillage, Willis Street. Filem: 'Sultan Muhammad Al-Fateh'
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
"Wahai hamba-Ku! Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyian-Ku. Bukan untuk meramai-ramaikan kamu. Bukan untuk meminta pertolongan kamu bagi melakukan sesuatu yang tidak mampu Aku lakukannya sendiri. Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau menolak kemudaratan. Aku menciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah dan banyak berzikir kepada-Ku, dan bertasbih kepada-Ku pagi dan petang" [Hadis Qudsi]