2.09.2010

HIJRAHKAN DIRIMU

Hijrahkan dirimu


Masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Hari ini sudah hampir sebulan lebih kita melangkah ke tahun 1431 H dan 2010 M. Tahun-tahun yang berlalu menandakan umur kita semakin meningkat daan usia semakin singkat. Maka, seharusnya manusia melakukan perubahan dalam hidup. Dalam erti kata lain, manusia perlu berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebik baik.


Dari mana hendak dimulakan?


Hijrah bermula dengan diri sendiri, bukan melihat orang lain berubah baru hendak berubah. Jangan harapkan keluarga, masyarakat, organisasi dan negara akan berubah sekiranya diri kita sendiri tidak berubah terlebih dahulu. Perhatikan sajak di bawah, untuk memahami kepentingan memulakan hijrah dengan diri sendiri.

Ketika lepas di alam remaja,

Impianku tidak mengenal batasan,

Aku ingin mengubah dunia,

Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,

Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah,

Lalu aku bataskan jangkauan,

Memadailah jika aku dapat mengubah negara,

Namun ini juga tidak kesampaian,

Kala usia senja, pilihan terakhirku,

Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat.

Malangnya....

Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini, di perbaringan mananti maut baru kusedari,

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalh diri sendiri,

Dengan menunjukkan teladan yang baik,

Pasti aku dapat mengubah keluarga,

Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,

Aku pasti mengubah negara.

Dan siapa tahu....

Mungkin juga aku mampu mengubah dunia!


Tahu, mahu dan mampu




Perubahan pada diri pula mestilah bermula dari dalam. Allah SWT telah menjelaskan,


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka" 13:11


Untuk mengubah sikap, kita perlu mengubah akal, hati dan nafsu. Oleh itu, seseorang harus melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan. Akal mestilah diproses agar tahu. Hati diproses mahu. Dan nafsu dilatih mampu. Untuk tahu, akal diberi ilmu pengetahuan. Ilmu akan memberi jawapan kepada soalan yang tidak dapat dijawab oleh manusia seperti dia datang dari mana?, untuk apa dijadikan?, dan kemana dia akan pergi selepas kehidipan ini?.


Ilmu sahaja tidak dapat mengubah sikap manusia. Proses menanam ilmu pada akal, mesti diiringi dengan proses menyuburkan keyakinan dalam hati. Hal ini kerana, pengetahuan yang berlegar dalam akal sahaja tidak akan dapat merubah sikap. Belum ada kemahuan untuk berubah di dalam hatinya. Pengetahuan pada akal, kemahuan pada hati.


Kekuatan kemahuan lebih kuat pengaruhnya daripada kekuatan pengetahuan untuk menghasilakn perubahan. Oleh sebab itu, proses pembelajaran mesti diikuti proses pendidikan (menyuburkan ilmu). Inilah pendidikan hati. Hato diproses agar mahu berubah. Untuk mahu, hati diberi input keyakinan (iman).


Setelah tahu dan mahu, manusia mesti dilatih agar mampu merubha sikapnya. Untuk mampu, nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin. Nafsu umpama kuda liar yang perlu dijinakkan untuk menjadi tunggangan yang baeik. Nafsu bukan untuk dihapuskan, tetapi dilatih agar mampu melaksanakan kebaikan.


Hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak. tidak ada seiap yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari dari hukum sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akn berubha sama ada dengan rela atau terpaksa.


dipetik dari: majalah solusi

1.11.2010

Bicara Muslimah

Moga akhawat berada dalam iman dan kesihatan yang baik. InshaAllah untuk edisi kali ini ana nak ajak akhawat semua berkongsi kerinduan ana. Kerinduan ana yang asyik kepada kekasih Allah, Rasulullah SAW. Sejujurnya ana katakan perasaan ini hanya mula terbentuk beberapa tahun yang lepas. Setelah melazimkan diri dengan Al Quran dan As Sunnah, melayari Sirah, berqiyammulail dan berpuasa sunat, hati kian mula melembut. Detik pertama ana menyedari kerinduan ini apabila ana mendengar kisah rasulullah dengan orang Badwi. Bagaimana ana menangis terkenangkan betapa Rasulullah itu begitu mulia akhlaknya. Ketika sahabat lain ingin memukul orang badwi tersebut kerana mengotori masjid dengan najisnya, Rasulullah tenang menasihati para sahabat supaya tidak berbuat demikian bahkan menyuruh para sahabat untuk membersihkan kotoran itu terlebih dahulu, barulah orang badwi itu dinasihati. “Telah kami ciptakan untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik..”(Al Ahzab:21). Hikmahnya sentuhanmu ya Rasulullah.

Orientalis barat juga mengagumi Rasulullah. Pernah tak baca buku 100 The Most Influential Person? Penulis buku ini, Michael Hart telah mengenengahkan 100 org tokoh kepimpinan. Seorang tokoh pemimpin dikatakan hebat apabila dapat membentuk satu organisasi sosial yang mana dia dapat menyatukan masyarakat di bawah satu kepercayaan (one true belief). Dan dalam kajian beliau, hanya Muhammad bin Abdullah sahaja yang memenuhi kriteria itu.


Adolf Hitler dalam bukunya, ‘Mein Kamps’ yang bermaksud ‘Perjuanganku’ mengatakan bahawa manusia yang paling bagus adalah yang dapat menggabungkan para ‘theorist’, mengendali manusia dan seterusnya memimpin. Dan ciri ini beliau hanya dapat lihatnya pada diri Rasulullah. Tokoh Jerman ini dikenali dunia apabila beliau mengalihkan kepercayaan bangsa Jerman yang mengagungkan bangsa Aryan kepada ideology ciptaannya.

Dan sebenarnya ramai lagi orientalis barat yang memuji Rasulullah. Tetapi apakah sebenarnya dasar kepada pengakuan mereka terhadap kehebatan Rasulullah? Ya, cara mereka menilai Rasulullah samalah seperti mana mereka menilai Hitler, Lenin, Stailin dan lain-lain tokoh pemimpin. Mereka cuba memupuk kefahaman yang Rasulullah adalah role model di kalangan tokoh-tokoh yang lain. Mereka meletakkan Rasulullah setara dengan tokoh-tokoh yang lain.

Tetapi ini tidak berlaku di hati mereka yang menghayati Islam sebagaimana Ia diturunkan. Rasulullah itu adalah utusan Allah, penyampai wahyu Allah. Itulah Rasulullah di hati umat Islam. Kemudian barulah kita kenali Rasulullah sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, genius, panglima perang yang hebat dan lain-lain lagi. Orientalis barat menggunakan neraca yang berbeza dalam menilai Rasulullah, bukan berdasarkan Al Quran dan Sunnah, the most authentic sources J.

“Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, merka benar-benar dalam kesesatan yang nyata,” (Al Jumu’ah:2)

Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada Umar dan bertanya, “Wahai Umar, adakah aku lebih kau sayangi dari hartamu?” Umar menjawab, “Ya.” “Lebih dari ibu bapamu?” “Ya,” “Lebih dari anak-anakmu?” “Ya.” Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Lebih dari dirimu sendiri?” “Tidak” jawab Umar. “Belum sempurna lagi imanmu,” jawab Rasulullah. Umar terkedu dan sedih, dan terus mengakui bahawa Rasulullah lebih dia sayangi dari dirinya sendiri.

Sunnah telah mengajarkan kita untuk menyayangi Rasulullah lebih dari kita menyayangi harta, semua manusia lain bahkan diri kita sendiri. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk kita apply theory ini dalam kehidupan seharian kita? Tak kenal maka tak cinta. Malu rasanya jika sebagai umatnya kita tidak mengenali Rasulullah sedang ahli-ahli kitab terdahulu amat mengenali Rasulullah (Al A’raf:157), (Al An’am:20). Maka dalam ruangan kecil ini kita akan berkenalan dengan Rasulullah dan matlamat Rasulullah diutuskan kepada sekalian manusia.

Rasulullah diutuskan untuk menyampai dan menegakkan risalah Islam. Rasulullah diutuskan untuk membawa manusia kembali menyembah Allah yang Esa, tidak ada Ilah lain selain Allah. Rasulullah mengajarkan kita neraca pertimbangan Al Quran dan Sunnah dalam menjalani kehidupan di dunia. Jika kita sekadar bersandarkan kebiasaan atau norma kehidupan sebagai neraca, maka jadilah kita seperti kaum Nabi Luth yang menganggap homosexual itu sebagai satu norma yang ia amat jelas bertentangan dengan syarak dan fitrah manusia.

Rasulullah diutuskan sebagai Idola. Tidaklah kita menjadikan Rasulullah sebagai Idola dari segi zahirnya sahaja seperti membela janggut, memakai jubah dan serban (Yalah, muslimah tidak dapat nak ikut sunnah Rasulullah yang ini J), tapi ikutilah Sunnah Rasulullah yang terbesar iaitu perjuangan Rasulullah menegakkan Risalah.

Rasulullah diutuskan untuk mengajar kita nilai kemanusiaan. Manusia adalah Khalifah di muka bumi ini. Marilah kita menilai diri kita, inikah dia makhluk yang suatu masa dahulu malaikat sujud kepadanya? Rasulullah mengajarkan kita kedudukan manusia yang mulia maka tidak layak baginya untuk menyembah manusia lain mahupon sesuatu yang lebih rendah kemuliannya seperti nafsu.

Maka marilah kita sama-sama melihat dari kaca mata iman untuk menghayati peribadi Rasulullah SAW, menghayati perjalanan Sirah Rasulullah dan mengambil pengajaran seterusnya kita hadamkan dan terjemahkannya dalam kehidupan seharian kita. Pelajarilah dari Rasulullah cara terbaik dalam melakukan amal ibadah, berekonomi, berpolitik, bergurau dan sebagainya. Kisah terakhir dari ana buat tatapan muslimah semua, Rasulullah pernah memberitahu para sahabat bahawa yang akan masuk syurga nanti hanyalah orang-orang muda, sehingga membuatkan seorang perempuan tua menangis kerana khuatir dirinya tidak akan masuk syurga. Kemudian Rasulullah menjawab, Yalah, kerana apabila masuk syurga nanti semua orang akan kembali muda. Rasulullah bergurau rupanya J. Selawat dan Salam buat mu Ya Rasulullah.

Rujukan: Forum Maulidur Rasul anjuran FAMSY-Malaysian Division, Msian Hall Melbourne 2004

http://pembinaselangor.com/?cat=5

12.30.2009

Promosi Musim Panas

Assalamualaikum wrth. kepada semua dan Salam Maal Hijrah 1431.


Bagaimana cuti musim panas anda yang sudah melebihi usia sebulan sehingga kini? Kami mengharapkan agar masa-masa terluang di rumah dapat digunakan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat juga berfaedah, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga pada masyarakat di sekeliling yang sangat memerlukan sumbangan anda ketika ini.Kami di SOI berbesar hati ingin menjemput anda semua ke beberapa program besar yang telah disusun oleh ISMA New Zealand, bersama-sama ISMA Australia dan Malaysia, untuk sama-sama kita memanfaatkan masa cuti kita ini insyaAllah.

Antara program-programnya adalah:





1) Semai Mesra OZ/NZ - Program persediaan buat para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand

Bukit Caya Seri Alam, Shah Alam

Jumaat -Ahad (8-10 Januari 2010)








2) Jalinan Ukhuwwah Musim Panas 2010 - Program perhimpunan khas musim panas bagi pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Australia, New Zealand dan negara-negara luar lain yang sedang bercuti di Malaysia.

Kem Herba, Hulu Langat

Jumaat-Ahad (22-24 Januari 2010)




11.28.2009

Open Your Eyes

11.26.2009

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan


'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Petikan artikel dari: iluvislam.com

11.24.2009

Sambutan Aidiladha

Assalamualaikum semua,

Bersemperna kedatangan Hari Raya Idul Fitri pada 28 December 2008 bersamaan dengan 10zulhijjah 1430 H, SOI berbesar hati ingin menjemput anda untuk hadir bersama-sama ke "SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 09". Untuk tahu lebih lanjut mari kita baca butiran selanjutnya. Mari!!!!

Dimana??
Ohw tak jauh... InshaAllah sambutan akan diadakan di 75, Fairlie Terrace, Kelburn Rumah aisyah/nad).

Bila tue??
Kita akan adakan pada 27 November 2009 (malam 10 zulhijjah), hari Jumaat kira-kira 2 hari lagi.

Ada apa nanti?
Haaa macam-macam ada... Nak tahu?? Mahu!!! InshaAllah pada hari itu, kita akan bertakbir dan solat bersama-sama, ada tayangan video, jamuan raya, tazkirah dan qiam (optional)Wah!!! Best!! InshaAllah boleh mula datang pukul 7pm...

Mari kawan-kawan kita datang!! Moga-moga Allah memberi kelapangan dan menyatukan hati-hati kita untuk sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada kisah disebalik hari raya qurban, memuhasabah serta memahami makna pengorbanan serta kepentingannya dalam konteks kehidupan kita sebagai hamba Allah dan pelajar muslim yang sedang belajar.

11.22.2009

Dua sahabat

Dua sahabat berjalan-jalan menyusuri tepian pantai.
Di tengah perjalanan, tiba-tiba salah seorang sahabat menampar sahabatnya. Sang sahabat yang ditampar sedih hatinya. Karena kesedihannya, dia menuliskan kejadian itu di pasir pantai.

“Pada hari ini, saya telah ditampar oleh sahabat saya”


Lalu sahabat tadi tetap meneruskan perjalanan dengan sahabatnya. Tiba-tiba di tengah jalan, dia tersandung dan terlanggar batu karang. Kakinya terluka dan berdarah. Tiba-tiba, sahabat yang menamparnya tadi dengan cepat membantunya dan segera mengubati lukanya. Sang sahabat yang terjatuh tadi menuliskan kejadian itu di batu karang.


“Pada hari ini sahabat saya menolong dan membantu saya”


Si sahabat yang bingung melihat sahabatnya selalu menuliskan peristiwa-peristiwa yang dialami mereka bertanya,


“Ya, sahabat, mengapa engkau lakukan semua ini?”


Lalu si sahabat tadi menjawab,


“Aku menuliskan peristiwa tamparan engkau di pasir pantai, agar ketika gelombang air laut datang, tulisan itu akan tersapu olehnya. Lalu aku menulis tentang pertolonganmu di batu karang, agar tulisan itu akan tetap ada untuk selamanya.”


 

Blog Template by YummyLolly.com