9.17.2009

Surat untuk Lailatul Qadar

27 Ramadan 1430H

Assalamualaikum wbt
Dear Khadijah

How have you been? How’s your IMAAN lately? Maybe I should ask myself that question. I don’t know. I think I am really behind with my ‘ibadah. I supposed there’s no point regretting it now since Ramadan is almost over. Earlier this morning after my Subuh prayer, I started reflecting on what I have actually done in the last 26 days of Ramadan. To start with, I immediately got my periods in the first 7 days of Ramadan. Well you know what it means. 7 days of doing nothing. I know that should not be the case. I supposed I could have done more but I don’t know what to do. And I was feeling a bit down since everyone was racing to increase their ‘ibadah and there I was, not fasting and not being able to pray either. Then finally I was able to start fasting again. But now school had started. I was busy catching up with my assignments and tutes and lectures. I could not find time to sit and read the Quran during the day. But alhamdulillah I’ve been consistent with my tarawih prayers and I found myself at peace amidst the chaotic uni life. But I still could not wake up for qiyam early in the morning. I know I should have strived harder and fight over that precious sleep of mine and stand in prayers. I started feeling guilty when I thought about how before, I could get up early in the morning to watch a live sports match on TV or go to school/work or go for a holiday trip; all of which I was capable of waking up early. Why not for prayers? What other greater things triumph worshipping Allah? None! I’ve always realised that. I’ve just been stubborn. Others might think of me as ungrateful. Also true. But this Ramadan has reminded me again how dependent were we before towards Allah, and still are. When it’s near the breakfast time, I’ve always yearned for the food that I made for dinner because I was so hungry. Then I started thinking. Did I thank Allah for all the blessings of having the food on the table everyday before, even when it’s not Ramadan? As easy as Allah can provide us with food, as easy it will be for Allah to take away His food. Alhamdulillah, I thank You Allah for all your blessings, that if I started counting them, I would not be able to, because your blessings are numerous and endless. It’s near Maghrib now. Thank you Khadijah, for reading my letter. Please, please, please advise me on how I can improve the remaining Ramadan as I don’t want to miss out anymore I’m the one who will be at loss, not Allah. I pray to Allah that you will be in good health and may all your ‘ibadah be accepted and your sins pardoned. And lastly, I thank Allah for giving me such a beautiful friend like you who always remind me to look for Allah’s blessing and acceptance in everything that I do. Alhamdulillah

Yours sincerely,
Aisya

Please wait for Aisya’s reply.

9.16.2009

Lailatul-Qadr Quick Guides

4 QUICK GUIDES (from Quran and Sunnah) ON LAILATUL-QADR

1. What is Lailatul-Qadr?

"Verily! We have sent it (this Qur'aan) down in the Night of Decree (Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree is? The Night of Decree is better than a thousand months (i.e. worshipping Allâh in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months). Therein descend the angels and the Rooh (ie. Jibreel [Gabriel]) by Allaah's Permission with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn." [97:1-5]

2. When is Lailatul-Qadr?
"Seek it in Ramadan in the last ten nights. For verily, it is during the odd nights, the twenty-first, or the twenty-third, or the twenty-fifth, or the twenty-seventh, or the twenty-ninth, or during the last night." [(Sahih Hadith) Ahmad 5:318, also in sahih bukhari and muslim in a different way]

3. Why do we seek Lailatul-Qadr?
“Whoever stays up (in prayer and remembrance of Allah) on the Night of Qadr fully believing (in Allah’s promise of reward for that night) and hoping to seek reward (from Allah alone and not from people), he shall be forgiven for his past sins.” [Sahih Hadith Bukhari / Muslim]“The Night of Power is better than a thousand months.” [97:3, The Holy Quran]

Ibn Umar (Allah be pleased with them) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Seek it (Lailat-ul-Qadr) in the last (ten nights). If one among you shows slackness and weakness (in the earlier part of Ramadan), it should not be allowed to prevail upon him in the last week. [Muslim :: Book 6 : Hadith 2621]

Abu Hurairah reported that the Prophet, salla Allahu alaihi wa sallam, said " The blessed month has come to you. Allah has made fasting during it obligatory upon you. During it the gates to Paradise are opened and the gates of Hellfire are locked, and the devils are chained. There is a night [during this month] which is better than a thousand months. Whoever is deprived of its good is really deprived [of something great]. [Ahmad, an-Nisa'i and al-Bayhaqi]

4. What can we do in search of Lailatul-Qadr?
Al-Bukhari and Muslim record from 'Aishah that during the last ten days of Ramadan, the Messenger of Allah would wake his wives up during the night and then remain apart from them (that is, being busy in acts of worship). A narration in Muslim states: "He would strive [to do acts of worship] during the last ten days of Ramadan more than he would at any other time."Aisha reported that With the start of the last ten days of Ramadan, the Prophet used to tighten his waist belt and used to pray all the night, and used to keep his family awake for the prayers. [Bukhari]

It is reported from Ãyesha (R.A.): “I said ; O Rasulullah (pbuh), when I find myself in Laylatul Qadr, what shall I say?” Rasulullah (pbuh) replied; Say:“O Allah, You are the One who grants pardon for sins, You love to forgive, thus forgive me.”

9.15.2009

Al-qadr: Jangan sibuk dengan mencari ‘tanda’


KITA sekarang berada pada fasa terakhir Ramadan yang mana di dalamnya terkandung malam al-qadar. Malam paling istimewa di mana mereka yang beribadat pada malam ini akan diberi ganjaran pahala 1,000 bulan atau 84 tahun.Ia sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Malam Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan. (al-Qadr: 3)Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mustafa Abdullah bagi mengupas isu ini.

Prof. Madya Dr. Mustafa Abdullah

MEGA: Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran. Ramai juga yang membacanya pada bulan mulia ini tetapi tidak ramai yang mengambil iktibar daripadanya. Mengapa berlaku demikian?
DR. MUSTAFA: Memang Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan salah. (al-Baqarah: 185) Mengapa ada yang tidak mengambil iktibar daripada ayat-ayat Allah ini sebab utamanya adalah kerana kita tidak memahami al-Quran. Oleh yang demikian, kita tidak dapat menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, menyebabkan kita gagal menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Sejarah membuktikan bagaimana seorang yang digelar 'singa' seperti Saidina Omar al-Khattab yang pada zaman jahiliahnya sangat garang dan membenci Rasulullah SAW akhirnya menjadi insan yang hebat imannya selepas mendapat hidayah Allah menerusi ayat daripada surah Taha.
Bagi kita yang bukan Arab, hendaklah kita berusaha mempelajari al-Quran melalui pengajian-pengajian ilmu tafsir. Ini bukanlah terlalu sukar dilakukan kerana banyak institusi di negara kita sama ada masjid, surau atau juga pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan kuliah atau pengajian ilmu tafsir.Satu lagi punca berlaku begini ialah kebanyakan kita hanya mempelajari al-Quran secara tradisi. Maknanya kita mula mengaji semasa kecil dan cukup setakat khatam al-Quran sahaja. Sepatutnya pencarian ilmu itu tidak terhenti di situ.

Sebaliknya, selepas belajar mengaji kita meningkatkan ilmu dengan mempelajari ilmu tajwid dan qiraat. Apabila dewasa diteruskan dengan pengajian ilmu tafsir. Sebagai kitab yang memberi petunjuk seharusnya sikap kita kepada al-Quran adalah sama iaitu membaca, menghayati dan mengamalkannya. Sebaliknya, wujud perbezaan pendirian dalam hal ini. Mengapa ini berlaku?


DR. MUSTAFA: Tidak semua di kalangan manusia yang beragama Islam memiliki cita rasa yang sama terhadap al-Quran. Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar. (Faatir: 32)

Ayat ini menggambarkan tiga kelompok manusia yang berbeza pendirian terhadap al-Quran:
a) Golongan yang menganiaya diri sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi beramal dengan perintah Allah di dalamnya.
b) Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam Allah.
c) Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan yang bersedia melaksanakan hukum Allah dalam al-Quran.

Seorang ulama terkenal, Muhammad Syakib Arslan berkata beberapa sebab yang membawa kemunduran umat Islam antaranya adalah kejahilan tetapi boleh diajar dan dibentuk.
Kedua, mempunyai ilmu tetapi tidak sempurna. Ini lebih bahaya daripada orang jahil yang lebih mudah diajar. Ketiga, rosak akhlak menyebabkan piawaian hidupnya adalah kebendaan.
Selain kehebatan malam al-qadr, al-Quran juga diturunkan pada waktu malam. Apakah hikmahnya?

DR. MUSTAFA: Antara hikmahnya, Allah SWT turun ke langit dunia setiap malam dan penurunan al-Quran pada waktu malam itu adalah satu kemegahan dan kemuliaan.
Kedua, ia memberi isyarat tentang beribadat pada waktu malam itu tidak ada riak. Menurut Imam al-Sya'rawi, beribadat dengan sebenar kepada Allah tanpa riak adalah dilakukan pada waktu malam. Seorang yang riak dan nifak tidak mampu beribadat pada waktu malam.
Ketiga, ia juga adalah isyarat kepada kelebihan solat waktu malam. Rasulullah SAW bersabda yang maksud-Nya: Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah puasa sunat bulan Muharam manakala solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat tengah malam (qiamullail). (riwayat Muslim) Keempat, kitab samawi juga diturunkan pada waktu malam. Bermula dengan Suhuf Ibrahim sehingga kepada al-Quran. Manusia dalam kegelapan maka turunnya cahaya Allah (kitab) bagi menerangi kehidupan. Kelima, malam itu membayangkan keadaan gelap yang dihadapi oleh umat manusia. Maka muncul cahaya dalam kegelapan menerusi perutusan Nabi Muhammad SAW, penurunan al-Quran iaitu cahaya yang dapat menerangi hidup manusia yang hanyut dalam kegelapan jahiliah.

Kita selalu mendengar tanda-tanda malam al-qadar antaranya pokok sujud pada malam tersebut dan air yang masin menjadi tawar. Adakah ini berlandaskan nas yang sahih?

DR. MUSTAFA: Ini adalah pandangan orang lama-lama dan ia termasuk dalam riwayat Israeliyat. Tidak ada sumber yang jelas tentangnya. Tetapi ia masih ada sehingga hari ini kerana tanda-tanda tersebut terdapat dalam kitab-kitab jawi lama. Jadi, guru-guru agama masih menggunakannya. Bagaimanapun, jika ada tanda-tanda tentang lailatul qadar, ia tidak boleh menggunakan akal atau logik tetapi mengikut nas. Alamat atau tanda secara langsung seperti yang dijelaskan oleh Ibn Uthaimin dalam Fatawawa Rasa'il Ibn Uthaimin antaranya:

1. Sinar cahaya sangat kuat pada malam al-qadr dibandingkan dengan malam-malam lain.
2. Bertambanh kuatnya cahaya pada malam itu.
3. Ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat daripada malam-malam yang lain.
4. Angin dalam keadaan tenang pada malam al-qadr. Tidak bertiup kencang dan tidak ada rebut petir. Ini berdasarkan hadis dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Aku melihat lailatuk qadr kemudian dilupakannya. Lailatul qadr turun pada 10 akhir (bulan Ramadan) iaitu malam yang tenang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak hujan. (riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
5. Terkadang Allah memperlihatkan malam al qadr kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana yang terjadi pada diri para sahabat Nabi SAW.
6. Kenikmatan beribadat dirasakan oleh seseorang pada malam itu lebih tinggi daripada malam-malam lainnya.
7. Alamat selepas terjadi (iaitu pada pagi harinya) di antaranya, matahari terbit dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan berbeza dengan hari-hari biasa.
Ini berdasarkan hadis dari sahabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan; Sesungguhnya Rasulullah mengkhabarkan kepada kami: Sesungguhnya matahari terbit pada hari itu dalam keadaan yang tidak tersebar sinarnya. (riwayat Muslim)
8. Alamat yang menyebutkan bahawa tidak ada atau sedikit nyalakan anjing pada malam al-qadr adalah tidak benar kerana ada ditemui pada 10 malam terakhir Ramadan anjing dalam keadaan menyalak.

Ada juga yang beranggapan jika dapat malam al-qadr maka pada bulan lain bolehlah buat maksiat. Adakah ini betul?
DR. MUSTAFA: Ini silap. Apabila dapat pahala 1,000 bulan tidak bermaksud akan menafikan syariat yang lain yang dikenakan oleh Allah. Mendapat ganjaran lailatul qadr adalah keistimewaan tetapi syariat lain seperti kewajipan solat, puasa, zakat dan lain-lain masih perlu kita tunaikan. Tentang alamat tadi, tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda malam al-qadr kita tidak mendapat malam tersebut. Menurut Imam al-Munawi dalam Fayd al-Qadir: “Barangkali seorang yang bangun pada malam al-qadr itu tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya.
“Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadat pada malam itu)”.

petikan dari: utusan.com.my

9.12.2009

salam aidilfitri

hati hiba mengenang ramadhan bakal berlalu

hati gembira mengenang syawal bakal menjelma

sama-sama menggunakan masa yang ada

salam aidilfitri s.o.i mengucapkan buat warga wellington

video penyeri hehehe.. =)

jgn lupa beribadah 7 malam terakhir!!!!

9.07.2009

Senyum, sabar, dan berlapang dada

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusia pun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Semua ini datang dari perasaan dan fikiran kita, oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaganya dengan sentiasa melakukan kebaikan. Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jadi, binalah hubungan berkali-kali tanpa putus asa. Berilah dan teruslah memberi dan sentiasa didik perasaan kita kerana perasaan adalah bayangan fikiran. Jika fikiran kita positif, perasaan kita akan gembira. Sebaliknya, apabila perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negatif. Justeru, dengan menjaga perasaan, bererti kita juga menjaga fikiran kita. Perasaan dan fikiran itu saling berkaitan. Perasaan itu umpama nyala api manakala fikiran itu adalah unggunnya.

Kaedah pertama untuk menjaga perasaan ialah dengan memberi senyuman. Berilah senyuman kepada semua. Senyuman itu ada dua jenis. Pertama, kerana gembira. Kedua, kerana ingin menggembirakan. Senyum kerana gembira menggambarkan perasaan kita pada masa itu, akan tetapi senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Sungguh pun ada kalanya dalam hati sendiri bergelojak dengan masalah, badan sendiri sedang sakit, diri sedang letih, tetapi demi sahabat di depan mata, kita senyumlah jua. Bukan kerana gembira tetapi kerana ingin menggembirakan.

Inilah senyuman yang dikaitkan dengan iman, yang disamakan dengan satu sedekah. Semata-mata kerana Allah SWT, dan kasih sayang kita terhadap rakan dan orang-orang di sekeliling kita. Rugikah kita dengan senyuman itu? Tidak. Insya-Allah, niat kita untuk menggembirakan orang lain akan dibalas oleh Allah dengan kegembiraan yang setara atau yang lebih lagi.




Cara kedua untuk menjaga perasaan kita adalah dengan memberi salam. Jangan anggap salam itu hanya diberikan ketika hendak memasuki rumah atau ketika hendak bertemu dan berpisah sahaja. Salam boleh dihulurkan sebaik ingin tidur atau bangun dari tidur. Hulurkan salam dan senyuman waktu pertama kali bertentang mata selepas bangun dari tidur atau sebelum menutup mata untuk tidur. Atau jika bersua semula setelah sudah agak lama berada di bilik yang lain. Berilah salam pada setiap masa, terutamanya pada orang-orang terdekat dengan kita, seperti rakan sebilik, serumah, sekelas, sefakulti, dan pada sesiapa yang kita jumpa apabila keluar ke Cuba St, Oriental Bay, mahupun Lambton Quay. Bukankah salam itu merupakan satu doa?

Ketiga, berjabat tangan. Budayakan berjabat tangan dan memeluk rakan (sama jantina) ketika mula bertemu atau hendak berpisah. Jangan sekali-kali kedekut untuk menghulurkan tangan buat bersalaman. Jika terasa bersalah, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Bila dihulurkan tangan, jangan pula ego untuk tidak menyambutnya. Maafkanlah sahabat kita, bukan dengan hanya dengan kata-kata dan hati, tetapi juga dengan perbuatan yakni dengan cara berjabat salam.

Mengucapkan salam, memberi senyuman dan sering berjabat tangan akan menyuburkan ikatan hati-hati antara kita. Salam itu umpama “baja”, senyuman itu umpama “air” dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun ukhuwwah kita. Hati-hati kita juga akan menjadi lebih tenang. Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenangan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Berlapang dada lah, dan jagalah perasaan sendiri agar ceria selalu. Insya-Allah keceriaan itu akan memudahkan kita menjaga perasaan kita dan orang-orang di sekeliling kita. Orang yang gembira selalunya dapat menggembirakan orang lain. Hindarilah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa. Tetapi jika kadang-kadang rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama-lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun ukhuwwah kita. Jadilah sumber kegembiraan, jadikanlah diri kita sebab untuk orang lain gembira. Sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan sahabat dan keluarga kita dengan ikhlas. Insya-Allah, kebaikan yang kita berikan akan kembali kepada kita semula.
Seperti dalam Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Dan Kami telah menurunkan bebanmu. Yang telah memberatkan punggungmu.Dan Kami angkat keharuman namamu? Sesudahnya di mana ada kesulitan di situ ada kelapangan. Sesungguhnya, disamping kesulitan, ada kelonggaran. Karena itu, bila engkau telah selesai dari suatu pekerjaan, lakukanlah pulalah urusan yang lain dengan tekun. Namun, kepada Tuhanmu sajalah hendaknya kamu mengharapkan pembalasan pahalanya.
(Al-Insyirah 94:1-8)



Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Hulurkanlah “bunga mawar”, setiap hari, setiap masa. Insya-Allah, sebelum rakan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu. Bunga mawar itu simbolik kepada kebaikan. Maksud menghulurkan bunga mawar itu ialah buatlah kebaikan, tidak kira sama ada kecil atau besar. Seperti apa yang dikatakan oleh A’id Al Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, “orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!” Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang akan menikmati kebaikan itu sebelum orang yang ditujukan akan kebaikan itu merasa gembira.

Semua ini pokok pangkalnya adalah hati kita,
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.” Riwayat Al-Bukhari

Dan bagaimanakah caranya untuk kita membersihkan hati kita? Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang. Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil), Al Ghani (Maha Kaya), Ar Rahman (Maha Pengasih), Dan Ar Rahim (Maha Penyayang).

Hadis Qudsi:Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”
(Sahih Bukhari)

Marilah kita berdoa dengan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini, agar kita diberi keberkatan, keampunan, dan kebebasan dari api neraka untuk sama-sama mencapai matlamat hidup kita, kebahagiaan abadi di Syurga Firdaus, insya Allah.

Firman Allah:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina.” Al-Mukmin : 60


-Cahaya Tempat Ketenteramanku-

Ubahsuai dari :
http://genta-rasa.com/2009/08/05/rindu-dan-cinta-itu-untuk-siapa/
http://genta-rasa.com/2009/08/10/tafakur-di-pusara-cinta/




9.04.2009

Jalan-jalan tinjau ABP

Assalamualaikum wbt..
Mari jenguk sekitar majlis Abp.

8.31.2009

Sekitar Majlis Ayuh Bantu Palestin dan Jejak Langkah Badar

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua.

Bagaimana hati? Bagaimana iman? Semoga masih teguh dan semakin sihat dikala bulan ramadhan sudah mula memasuki minggu kedua. Alhamdulillah, pada minggu lepas usai sudah dua majlis yang penting, Ayuh Bantu Palestin dan Jejak Langkah Badar. Jutaan ucapan terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat. Sungguh, setiap keringat yang diberikan, setiap masa yang diluangkan , ada balasan yang maha besar dari Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Sekitar Majlis Abp

Ayuh! Bantu Palestin Wellington telah berjalan dengan lancar seawall 11 pagi. Secara ringkasnya, segala objektif majlis ini telah berjaya dicapai. Di antara objektifnya adalah untuk meningkatkan rasa kasih dan sayang kita kepada Palestin , dan saudara-saudara kita di sana. Sejauh mana majlis ini berkesan? Kita boleh lihat dengan sejauh mana kita lebih peduli kepada masalah mereka di sana, yang pasti bukan sekadar masalah mereka tetapi juga masalah kita. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kita mengambil tahu tentang umat di sana. Pameran, video screening, silent bidding dan ucapan khas dari Dato’ dan Dr Zainurashid membangkitkan semangat kita, muslim di wellington. Apakah langkah seterusnya? Jangan berhenti di sini...istiqamahlah..Baiki diri untuk menjadi muslim yang lebih baik, dan lebih peduli umat.. insyaAllah.

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasalam:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من خالفهم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك.))قالوا يا رسول الله؟ : وأين هم قال ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasalam yang bermaksud:“Akan sentiada ada segolongan dari umatku, yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka, barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan ALLAH, dan mereka akan tetap sedemikian, maka para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah!!! di manakah mereka ini?
Sabda baginda: “Mereka berada di Baitul Maqdis (plastien) dan sekitar Ba
itul Maqdis.

Sekitar Majlis Jejak Langkah Badar

Menarik. Satu ayat yang cukup boleh mengambarkan keseluruhan majlis. Segala-galanya telah berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah. Ukhwah terbina, ikatan terjalin.. Alhamdulillah.. muqayyam kali ini telah banyak memberi ilmu, dan juga kenangan manis kepada semua peserta. Di antara aktiviti yang menarik adalah “program ground rules” di mana semua peserta disyaratkan untuk tidak mengeluh disepanjang program 3 hari, dan juga semua peserta diberikan tugasan untuk menghabiskan satu juzuk al-quran. Ground rules ini telah berjaya melahirkan peserta-peserta yang sentiasa bersyukur, dan menghayati al-quran dalam setiap masa. Malam seni juga tidak kurang menariknya, dengan mempamerkan bakat-bakat seni warga wellington. Setiap kumpulan telah berjaya menyampaikan masej dengan sangat baik. Tahniah.tahniah.tahniah. Tidak kurang menarik, Sesi masuk ke hutan. Di kala berpuasa, kesemua peserta telah berjaya menghabiskan 2 jam perjalanan di dalam hutan, yang objektifnya adalah untuk menghayati kesusahan sahabat Rasulullah s.a.w berjuang ketika Perang Badar berlansung , yang mana perang Badar juga berlaku pada bulan Ramadhan.

Program di akhiri dengan sesi perkongsian. Ini adalah ikrar yang telah sama-sama termeterai di antara semua peserta.
Bahawasanya kami, berikrar akan:
1) Meningkatkan kecintaan kepada Allah dan RasulNya.
2) Mengoptimumkan ibadah sehari-harian
3) Istiqamah dalam beramal
4)Mencari dan mendalami ilmu Allah
5) Sentiasa bersedia bermujahadah menentang anasir-anasir luar
6) Berani mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran
7) Berusaha untuk menjadi muslimah solehah yang sejati
8) Sentiasa bersabar dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah
9) Sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang mendorong kearah kebaikan

Mari bersama-sama berusaha sehabis baik untuk mengotakan segala ikrar yang dilafaskan. insyaAllah...Akhir kata dari SOI, sayang semua =)=)=) fillah
 

Blog Template by YummyLolly.com