8.13.2009

NAKBAH PALESTIN

Perisriwa Nakhbah berlaku pada 15/5/1948, tahun ini genap 61 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.



Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.



Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.
Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam yang sememangnya mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.


Gaza, dengan keluasan 6km x 25km, hari ini bertukar dari sebuah bandar menjadi kem tahanan (Concentration Camp) terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel (pemimpin beragama Yahudi) dan Mesir (pemimpin beragama Islam !!).

Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga turut perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung di pagi Aidil Adha yang diterima Saddam Hussein masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam. Beliau pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan melancarkan peluru berpandu Scudnya ke beberapa bandar di “Israel” pada tahun 1990.

Yahudi zionis berjaya membentuk negara Israel walaupun pemimpin mereka silih berganti .Dalam tempoh hanya 60 tahun mereka berjaya memencilkan negara-negara arab muslim yang melingkari negara mereka.Ternyata keupayaan mereka itu sering mereka kaitkan –entah benar atau tidak- dengan tebal iman mereka merealisasikan tuntutan kitab suci mereka dan janji-janji yang mereka dakwa termaktub dalam kitab-kitab mereka.Sesiapa pun yang memimpin negara Israel samada dari parti Likud ataupun Parti Buruh , apa juga dasar baru yang mereka perkenalkan , atau apa juga rancangan jangka pendek mereka ataupun jangka panjang mereka , ternyata semuanya bermatlamatkan satu tujuan iaitu menubuhkan Israel Raya.


Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir dan tidak berlaku di negara-negara umat Islam yang lain.

Diedit dari : Mufti.perak.gov.my

8.11.2009

Ayuh Bantu Palestin!


Assaalamualaikum semua,.. [jawab jgn x jawab] 
 
Ape kaba? Semoga semua sihat2 blaka dibawah sinaran nurNya.. 
Amin.
 
Seperti mane yg telah rancak digosip2kan,. insyaAllah pada 
29 Ogos akan diadakan Roadshow Palestin di Wellington bersama 
tetamu undangan yg diterbangkan khas drpd Malaysia, Dr. Zainur 
Rashid. 
 
Details Roadshow Palestin ; 
                Tarikh ; 29 Ogos 2009         
                Hari   ; Sabtu
                Waktu  ; 11 am – 5.00 pm
                Tempat ; Union Hall, Level 2, 
                         Student Union Building, 
                         Kelburn 
 
                       
Ayuh sama2 kita buka’n mata melihat palestin kini, pinjam’n 
telinga mendengar mengenai palestin, ringan’n tangan membantu 
palestin dan lembut’n hati dan ikhlas’n diri untuk hadiri 
Roadshow Palestin.
 
 
“Untukmu doa2 kami wahai Al-Aqsho yang mulia dan Palestina yang             
              tercinta. Kami kan terus bersama mu…”   
 



8.09.2009

Islamic Awareness Week 2009



Assalaamm alaykum warahmatullah wabarakatuh

Hi all!

We are happy to inform you that the whole of next week beginning 10th August 2009 will be dedicated to Islam Awareness Week (IAW) all throughout New Zealand. The theme for this year's IAW is "Al-Mizan"- Finding a Balance in Life. Click here for more information from Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ).

Briefly, these are the events that will be going on in Victoria University Wellington, Kelburn campus.


August

10th, Monday

11th, Tuesday

12th, Wednesday

13th, Thursday

11-2pm

Information Stall

Free Sausage Sizzle

Quad

Information Stall

Quad

Information Stall

Quad

Information Stall

Quad

Prayer room open day* (9am-4pm)

6 -8.30pm

The Middle Path: a lecture by Sheikh Amir


Union Hall


Movie

screening: Muhammad (pbuh) the last prophet.

Meeting room 3

Sister’s night

Union Hall

Lecture by Sheikh Anwar

Union Hall


In addition to that, Kilbirnie Mosque (Masjid) Open Day
Saturday, 15th August 2009
9am - 3pm

(check out the attached flier)

*Prayer room at Kelburn campus, KK202a will be open to everyone on the open day with loads of informative and fun-filled activities.
Muslims wanting to do their prayers must use the Memorial Theatre Foyer from 12pm - 5pm on the day.

Lastly, do get involved in the activities and we would appreciate it if you could lend a hand anytime you can.

Jazakumullah khair


MSVUW Committees 08/09


8.06.2009

Kenali Palestin


Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [17 : 1]


1. Di manakah Palestin?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.
2. Apakah istimewanya Palestin kepada umat Islam?
Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :
* Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.
* Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
* Bahkan ramai para anbiya yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini. Semoga Allah memberkati mereka semua.
* Palestin adalah tanah jihad. Berlaku banyak peperangan di sana. Palestin adalah bumi yang disirami darah syuhada' yang ramai dari kalangan para sahabat dan Tabien.

3. Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?
Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.
Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.
4. Siapakah penduduk Palestin?
Bangsa berketurunan al-Kananiyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan’an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.
Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.
Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.


Wahai para pejuang Ummah ini,
Jangan kamu sekali-kali lupa, sejak lebih 800 tahun yang lalu,
Palestin dan Baitul-Maqdis berada di bawah kekuasaan hamba-hamba Allah SWT
yang beriman selama lebih 700 tahun
Dan bumi suci ini baru berada di tangan kuffar
hanya sejak 80 tahun yang lalu.

Salahuddin Al-Ayubi telah mengambil kembali bumi bertuah ini
setelah kuffar menjajahnya hanya selama 88 tahun.
Insha-Allah kita akan mengambilnya kembali juga.

Cuma ingatlah,
Wahai para pejuang,
Salahuddin Al-Ayubi mengambilnya kembali pada 1187 dengan
Jihad Fi Sabilillah.
Kini, bagaimanakah kita akan mengambilnya?
.......
Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar


8.04.2009

Perlancaran Tabung Bersamamu Palestin

Assalamualaikum semua,


Bersempena dengan Roadshow Aman Palestin NZ 2009 ini, kami melancarkan Tabung Bersamamu Palestin. Pemberian sumbangan boleh diberikan samada dalam bentuk bantuan kewangan ataupun barangan. Antara barang yang boleh disumbangkan termasuklah hasil karya lukisan, barangan elektrik, gadet elektronik atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk disumbangkan. Hasil kutipan barangan akan dilelongkan pada hari kemuncak Ayuh Bantu Palestin (ABP) di Wellington yang bakal berlangsung pada 29 Ogos 2009. Hasil duit lelongan akan disalurkan ke dalam tabung Bersamamu Palestin. Segala penyerahan barangan boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga tarikh 25 Ogos 2009. Ayuh rakan-rakan, sama-samalah kita menghulurkan bantuan, walaupun nilainya kecil dimata kita tetapi amat bermakna buat saudara kita di sana.





“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui".


(Al-Baqarah: 261)




8.03.2009

Coming to our doorsteps! ROADSHOW AMAN PALESTIN 2009



Ada apa dengan Palestin?
Siapa Palestin?
Do we need to care?
Yep! we do! because Palestinian are our brother and sister
What can we do to help them?

Nantikan.. Ayuh!Bantu Palestin, 29 Ogos 2009
Anjuran IsmaNz dan Aman Palestin

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Al-Hujurat:10)

Apa alasan untuk tidak membantu?
Ayuh! Bantu Palestin

Selamat Datang Tetamu Istimewaku..



Pada kebiasaannya, bila tiba musim peperiksaan pasti kita akan melipat gandakan usaha untuk menghadapinya. Pelbagai persediaan pasti dilakukan; buat revision, buat past year, buat group discussion dengan kawan-kawan dan sebagainya. Alhamdulillah kerana kita punya kesedaran diri untuk pergunakan masa yang ada untuk melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu di dada sebelum tibanya hari peperiksaan.

Tapi bagaimana pula dengan persiapan diri kita dalam menghadapi bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tidak lama lagi? Adakah sehebat usaha kita menghadapi peperiksaan atau lebih lagi? Bulan Ramadhan adalalah “hadiah” istimewa dari Allah untuk kita semua. Bulan barakah yang dijanjikan kepada hamba-hambanya dengan kerahmatan, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW;

“Telah datang kepadamu Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa dalamnya; pada bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. Juga ada pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barang siapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)


Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda:


Telah datang kepadamu Ramadan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa dan memakbulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal yang baik daripada dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah pada bulan ini.
(Hadis riwayat Ath-Thabrani)


“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”


Rasulullah SAW tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan Ramadhan. Baginda sering menyampaikan khabar gembira kepada sahabat-sahabat tentang kemuliaan dan keagungan bulan ini. Para sahabat sentiasa menantikan kehadiran Ramadhan dengan penuh kerinduan serta memperlipatgandakan amal soleh mereka sejak 6 bulan lagi sebelum kedatangan Ramadhan. SubhanaAllah……

Anda dan saya bagaimana pula?? InshaAllah, masih belum terlambat lagi untuk kita mempersiapkan diri dengan sebaik-baik mungkin untuk menerima kunjungan “tetamu” istimewa ini. Antara persiapan yang boleh dilakukan oleh kita termaksuklah;



Akhir kata.. berusahalaah!!! emp!
 

Blog Template by YummyLolly.com